"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 02, 2008

Penggemar 'Nasi Ganja' Kini Boleh Lepaskan 'Ketagihan' Dalam Suasana Lebih Selesa

IPOH, 2 Okt (Bernama) -- Penggemar 'nasi ganja' yang berkunjung ke bandar raya ini kini boleh melepaskan 'ketagihan' mereka dalam suasana yang lebih selesa dengan pembukaan sebuah restoran baru di Pusat Perniagaan Greentown di sini baru-baru ini.

Restoran Nasi Vangge merupakan cawangan pertama gerai Nasi Kandar Ayam Merah yang telah beroperasi di Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom di sini sejak tahun 1956 lagi.

Gerai tersebut bukan sahaja yang tertua di bandar raya ini, malah yang paling popular dalam kalangan penggemar nasi kandar.

Pengarah Urusan Restoran Nasi Vangge Sdn Bhd Saiful Sidik Abdullah berkata restoran baru itu dibuka 24 jam dan mampu menyediakan 250 tempat duduk kepada pelanggan pada satu-satu masa selain menyediakan pilihan lebih 200 jenis masakan.

Selain mengekalkan masakan ayam merah atau ayam Madras yang membuatkan seseorang itu `ketagih' dengan kesedapannya, restoran itu kini turut menyediakan menu masakan Thai, makanan barat, tandoori dan sup serta lebih 50 jenis minuman.

Ditanya apakah ramuan yang membuatkan 'nasi ganja' begitu popular dan boleh bertahan terlalu lama, Saiful Sidik berkata antara sebab utamanya ialah masakan itu mengekalkan ketulenan dan keaslian rempah masakan yang disediakan.

Katanya masakan ayam merah atau ayam Madras mengambil masa lapan jam untuk disediakan sebelum disimpan khusus untuk mendapat rasa yang sejati.

Selain itu, katanya, pihaknya juga mendapat pembekal khusus dari beberapa bandar di India dan Madras (Chennai) untuk membekalkan ramuan yang sungguh istimewa itu.

Walaupun nama asal masakan itu ialah Nasi Kandar Ayam Merah, kebanyakan orang menggelarkannya sebagai 'nasi ganja' kerana kesedapannya boleh membuatkan orang merasa 'ketagih'.

Warga bandar raya ini yang pernah mencuba 'nasi ganja' itu pasti akan menjadi pelanggan setia masakan itu manakala orang dari luar pula tidak akan lupa singgah makan di situ setiap kali berkunjung ke bandar raya ini.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Restoran Nasi Vangge boleh menghubungi nombor telefon 05-254 6786 atau Saiful Sidik di 016-529 3233.

No comments: