"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, October 03, 2008

Kehabisan Stok Di Stesen Minyak Kes Terpencil

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerusi pemantauan awal mendapati bahawa masalah kehabisan stok bekalan minyak yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini adalah kes terpencil yang melibatkan beberapa stesen minyak sahaja.

"Pemeriksaan hari ini mendapati daripada 3,095 stesen minyak di seluruh negara, hanya 10 stesen kehabisan stoknya," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata ia terdiri daripada empat stesen minyak di Kelantan, dua stesen di Kuala Lumpur, dua lagi di Pahang, dan masing-masing satu di Selangor serta Johor, dan menurutnya sembilan daripada stesen itu memperolehi bekalan minyak daripada syarikat yang sama.

Menurutnya kekurangan bekalan minyak petrol itu berpunca daripada kegagalan sesetengah pengusaha stesen minyak membuat pesanan yang mencukupi sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri, serta kelewatan penghantaran bekalan.

Shahrir berkata kes itu dianggap terpencil serta tidak membimbangkan, dan kesemua syarikat minyak yang terlibat sedang berusaha memastikan bekalan minyak diperolehi pada hari ini juga.

Beliau berkata pihaknya sudah mengarahkan syarikat-syarikat minyak meningkatkan penghantaran bekalan minyak petrol ke seluruh negara bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi untuk menampung permintaan pengguna.

No comments: