"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, October 03, 2008

Rumah Ghafar Baba Hendaklah Dijadikan Memorial, Kata Bekas Isteri

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Heryati Abdul Rahim, bekas isteri Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba, merayu kepada kerajaan supaya menjadikan rumah bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai sebuah memorial.

Rumah itu yang terletak di Jalan Tengku Ampuan, Taman Duta di sini, kata beliau hendaklah dijadikan Memorial Tun Ghafar Baba sebagai memperingati jasa dan bakti bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

"Tun ialah seorang wira. Jadi adalah lebih wajar ada sebuah memorial untuk Allahyarham bagi memperingatinya. Allahyarham sepatutnya diberikan kedudukan khas dalam sejarah tanah air.

"Generasi akan datang hendaklah jangan melupakan Allahyarham kerana beliau juga melakukan sesuatu untuk negara," katanya kepada Bernama setelah menziarah pusara Allahyarham di perkarangan Masjid Negara di sini hari ini.

Heryati diiringi oleh anaknya Kartika Sari.

Rumah itu, kata Heryati dibeli pada 1996 dan kemudiannya dijadikan kediaman rasmi Allahyarham sehingga beliau meninggal dunia pada April, 2006.

Katanya beliau masih tinggal di rumah itu tetapi bersedia untuk berpindah jika pihak berkuasa mahu menjadikan rumah tersebut sebagai sebuah memorial.

Ghafar ialah Timbalan Perdana Menteri dari 1986 hingga 1993.

Beliau mencatat rekod dengan bertanding pada 11 pilihan raya umum sejak negara ini mengadakan pilihan raya umum pertama pada 1955, dengan yang terakhir pada 1999.

No comments: