"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, October 03, 2008

Tubuh Unit Khas Siasat Mereka Tidak Bernegara, Kata Suhakam

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu kerajaan membentuk satu pasukan petugas khas untuk mengkaji rakyat Malaysia dengan status tidak bernegara.

Pesuruhnjaya Suhakam Datuk N.Siva Subramaniam berkata pasukan petugas itu khasnya mesti meneliti masalah teras dan yang lain seperti dokumentasi untuk menyelesaikannya.

Beliau berkata isu itu perlu ditangani segera.

"Adalah menyedihkan apabila mendapat tahu sekarang ini ada antara rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki dokumen pengenalan.

"Ini pencabulan hak asasi manusia memandangkan tiada rakyat Malaysia harus dinafikan hak kewarganegaraan," kata beliau kepada Bernama apabila diminta mengulas kes-kes rakyat Malaysia tidak bernegara yang mendapat perhatian sejak kebelakangan ini.

Baru-baru ini, seorang pekerja rencam P.Ragu dari Johor terpaksa ke Perak bersama keluarganya untuk meminta bantuan Sultan Perak bagi mendapatkan MyKad, selepas bergantung kepada dokumen pengenalan sementara sejak 1998.

Setiausaha Agung MIC Datuk Dr S. Subramaniam menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 20,000 rakyat Malaysia keturunan India masih tidak mempunyai dokumen pengenalan yang sah.

Subramaniam berkata ini mungkin sebahagian kecil daripada bilangan yang lebih besar.

Beliau berkata Suhakam pernah mengendalikan kes-kes seperti ini sebelum ini dan setiap kali Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjawab proses mendapatkan dokumen pengenalan adalah rumit dan mengambil masa yang lama.

"Masalah ini sudah lama berlarutan dan nampaknya tiada usaha serius yang diambil untuk menyelesaikannya.

"Jika masalah ini berpunca kerana sistem atau birokrasi, maka sistem perlu ditukar atau prosedur perlu dipermudah. Jangan menyusahkan orang ramai," katanya.

Beliau mencadangkan agar JPN menggajikan lebih ramai pegawai yang mahir dalam dialek-dialek tempatan untuk membantu warga tempatan mendaftar.

Subramaniam berkata terdapat keperluan untuk mengadakan lebih banyak program kesedaran dan pendidikan akan mengapa penting bagi ibu bapa mendaftar identiti anak-anak mereka, khasnya di luar bandar.

Sementara itu, Siva berkata Suhakam juga akan menyiasat satu lagi kes di mana seorang wanita Cina-Kadazan berusia 78 tahun di Penampang diberi kad pengenalan merah dengan status pemastautin tetap selepas beliau hilang kad pengenalan birunya.

"Perkara seperti itu sepatutnya tidak berlaku. Ini menunjukkan JPN kurang cekap. Bagaimana mereka boleh merampas kewarganegaraan seorang rakyat Malaysia," katanya.

No comments: