"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 07, 2008

Bapa Ayam Ancam Wanita Asing - malaysiakini

Takut diugut dengan ancaman oleh bapa ayam menyebabkan ramai wanita warga asing yang menjadi pelacur di negara ini enggan mendedahkan sindiket berkenaan.

Selain berdepan dengan ancaman nyawa, bahaya turut menanti ibu bapa dan keluarga mereka di negara asal.

Perkara ini didedahkan Pengarah Penguatkuasa Imigresen Datuk Ishak Mohamad, (Pak Sako) yang mengetuai operasi serbuan di sebuah restoran yang menjadi lokasi transit wanita yang menawarkan khidmat seks.

Apa la yang nak dihairankan dengan perkara ugut-mengugut macam ni? ini bukan kes baru, kes-kes macam ni dah lama berlaku dalam Malaysia. tapi apa tindakan penguatkuasa dalam menangani kes-kes macam ni?

Apa yang kita tau kalau dekat Malaysia ni, penguasa cuma tau nak tangkap je, tapi pemberi maklumat selalunya terdedah dengan bahaya. tiada jaminan keselamatan diri dan keluarga. kalau dah macam tu, nak buat macam mana? tutup mata, tutup mulut, biarkan sahaja semuanya berlaku didepan mata lebih selamat dari lapor.

Lagipun "bukan anak beranak aku yang kena"... kalau "anak beranak sendiri yang kena" pun... ada jaminan keselamatan diri pengadu dan mangsa ke dari pemangsa ke? tanggung sendiri la jawabnya...

Tu masalah yang paling utama, sebabnya, dari dulu tak dibendung... ni dah jadik nanah. dah jadik barah... nak ubat macam mana?

Kalau bab ugut mengugut ni pun dah jadik biasa dekat Malaysia ni... tak percaya? tanya para politikus... wanita asing??? pun tanya politikus...

Paling bagusnya ialah bila ada yang sampai kena bunuh lepas tu di"C4"kan pulak mayatnya...

Katanya ada VIP yang terlibat... betul tak betul, hanya "depa" yang tau...

Kesimpulannya, kalau dah VIP sendiri pun tunjuk contoh macam tu, yang samseng-samseng dekat bawah pulak tukang follow... anak-anak "ketam" tak kan tak ikut sama??? - kemana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi...

No comments: