Merujuk kepada jawapan bertulis oleh Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat semalam (6 Nov), bahawa status 11,842 orang pemilih yang menggunakan kad pengenalan lama masih belum ditentukan statusnya oleh ahli panel SPR kerana kini sedang disemak oleh pihak JPN, penjelasan tersebut sungguh tidak masuk akal memandangkan kita sudah ada satu sistem perisian seperti SPINTRA yang digunakan.
Jawapan di atas diberikan bagi soalan lisan saya dalam Dewan Rakyat semalam ke-32, berkenaan "status dan perkembangan mengenai 11,842 pemilih (tercatat dalam daftar pemilih SPR 2004) yang menggunakan kad pengenalan lama yang belum dapat dikesan sehingga kini".
Sistem rangkaian maklumat SPRINTRA yang diwujudkan oleh SPR sewajarnya memastikan sistem pilihanraya dijalankan dengan telus, adil dan bebas memandangkan belanjawan besar diperuntukan dalam Bajet 2009.
Namun amat mengecewakan kerana SPR yang bertanggungjawab dalam menentukan barisan kepimpinan yang bakal menerajui masa depan Negara ini telah disalahgunakan demi kepentingan sesetengah pihak.
Terdapat bukti kukuh yang didapati di Kuantan menunujukkan bahawa SPR telah melakukan penipuan dengan menggunakan daftar pemilih. Beberapa kes yang melibatkan pemilih yang berumur melebihi 100 tahun dan yang telah meninggal dunia telah di keluarkan dari daftar pemilih sewaktu pembersihan daftar pemilih hujung tahun 2006 akan tetapi nama pemilih tersebut, telah dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih yang diguna pakai dalam PRU12 Mac lalu. Kad pengenalan baru diwujudkan seolah-oleh si mati lahir pada 1985, sedangkan berdasarkan kad pengenalan lama beliau lahir pada 1885.
Apakah peruntukan untuk SPR ini wajar diluluskan sedangkan ia masih belum dapat menjamin ketelusan sistem pilihanraya? Sampai bilakah rakyat Malaysia harus melalui penipuan demi penipuan padahalnya sesetengah pihak tertentu yang mendapat habuannya?
Saya menyeru agar integriti SPR dikembalikan supaya dapat bertindak sebagai badan yang bebas, dan bukan lagi menjadi boneka Barisan Nasional dengan mengorbankan harapan seluruh rakyat Malaysia dalam memacu masa depan Negara.
FUZIAH SALLEH
Ahli Parlimen Kuantan
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment