"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 07, 2008

Lebih 85 undi: Gopeng digesa mesyuarat semula

Seramai 20 anggota perwakilan Umno Gopeng hari ini membantah keputusan persidangan perwakilan bahagian Ahad lepas kerana mendakwa berlaku penipuan dalam pengiraan undi.

Memorandum bantahan oleh ketua Umno cawangan Taman Lapangan Permai, Ahmad Ishak kepada setiausaha kerja badan perhubungan Perak, Datuk Hasbullah Othman yang mewakili pengerusi badan itu Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Menurut Bernama, Ahmad berkata bantahan itu dibuat kerana terdapat lebihan 85 kertas undi yang dikira dalam pemilihan berkenaan.

"Seramai 373 perwakilan menghadiri mesyuarat tersebut dan apabila keputusan dikeluarkan terdapat lebihan 85 undi untuk pemilihan ahli jawatankuasa," beliau dipetik berkata.

Beliau mendesak mesyuarat perwakilan Gopeng diadakan semula dengan pengundian diurus sendiri oleh badan perhubungan negeri
dan bukan lagi wakil dari bahagian lain.

Agensi berita itu melaporkan, pada mesyuarat lalu, bekas timbalan ketua bahagian itu Hamzah Mohd Kasim dipilih sebagai ketua dengan memperoleh 186 undi, mengalahkan dua pencabarnya Mustaffa Kamal Mohd Nawi (102 undi) dan Rustam Affandy Abdul Aziz (77 undi).

sumber - malaysiakini

No comments: