"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 25, 2008

Gerakan P. Pinang Sedia Bantu Kerajaan Negeri

PULAU PINANG, 25 Nov (Bernama) -- Gerakan Pulau Pinang sanggup untuk membantu kerajaan negeri menangani isu kelembapan ekonomi global, kata pengerusinya Datuk Dr Teng Hock Nan.

Beliau berkata dalam keadaan ekonomi dunia ketika ini, adalah penting langkah proaktif diambil untuk menanganinya.

"Kerajaan negeri sekarang perlu meneruskan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang ditadbir oleh Gerakan sebelum ini bagi memastikan ekonomi Pulau Pinang terus maju," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Teng berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu menyedari tentang kewujudan Pelan Pembangunan Strategik Pulau Pinang Kedua (2001-2010) yang dilaksanakan kerajaan negeri terdaulu.

Beliau berharap Guan Eng meneruskan usaha yang telah disediakan kerajaan negeri sebelum ini bagi memesatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

1 comment:

Unknown said...

Kenyataan lidah bercabang...tapi sinonim ini boleh dilihat sebagai pengajaran kepada umno /BN amnya...Fahami lah demokrasi dengan sebaik-baiknya....Kenapa saluran gas dari telaga dipantai Kelantan disalurkan ke siam bukannya ke Kelantan...?????