"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 25, 2008

Pembinaan kumpulan ke-2 kapal ronda TLDM diterus - malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembinaan kumpulan kedua projek kapal ronda milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan diteruskan selepas enam kapal ronda dalam kumpulan pertama diserahkan kepada kerajaan pada awal tahun 2010.

Menurut Perdana Menteri, projek itu merupakan sebahagian daripada usaha mempertingkatkan keupayaan tempur TLDM dan kerajaan komited untuk melaksanakannya.

''Projek kapal ronda ini bukan sahaja untuk meronda dan menjaga kedaulatan perairan negara, malahan bagi penugasan khas di perairan strategik di serata dunia.

''TLDM perlu memperkasakan angkatannya dengan perolehan lebih banyak kapal tempur bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan termasuk ekoran ancaman keselamatan di laluan perdagangan antarabangsa," katanya pada majlis penamaan kapal ronda PV5 TLDM dengan nama 'Kelantan' di Boustead Naval Shipyard, di sini hari ini.

Pelancaran kapal Kelantan itu dilakukan oleh Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid yang turut disaksikan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.

Abdullah berkata, 'Kelantan' mempunyai keistimewaan kerana ia dibina oleh sebuah syarikat tempatan, Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.

Katanya, kejayaan membina kapal perang canggih itu melambangkan kejayaan dan kemampuan anak tempatan serta menjadikan impian Malaysia membina kapal perang tercanggih menjadi kenyataan.

Kerajaan juga berharap syarikat tempatan dapat meningkatkan taraf dan memperluaskan bidang pasaran mereka ke luar negara melalui kerjasama strategik pintar dengan syarikat antarabangsa.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, kapal peronda ke-6 milik TLDM akan dilancarkan pada Mac tahun depan.

Beliau berkata, Kapal Kelantan yang dilancarkan hari ini dijangka dapat beroperasi pada tahun depan.

No comments: