"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, November 30, 2008

Lim: Tiada rombakan melibatkan Fairus

Pulau Pinang tidak bercadang membuat rombakan dalam kerajaan berikutan komen negatif terhadap timbalan ketua menterinya Mohammad Fairus Khairuddin yang tersebar meluas di laman blog sekarang, kata ketua menteri Lim Guan Eng.

"Seperti saya katakan tadi, saya tidak bercadang membuat sebarang rombakan exco Pulau Pinang buat masa ini.

"Saya rasa perkara yang diutarakan ini adalah di bawah bidang kuasa PKR dan saya akan menerima apa-apa keputusan yang dibuat oleh PKR," katanya dalam sidang media di kongres tahunan PKR di Shah Alam hari ini.

Beliau diminta mengulas tuduhan bahawa pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan negeri itu berada bawah prestasi sebenar.

fairus khairuddin and penangSelain pernah ditegur penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohammad Fairus turut didesak melepaskan jawatannya sebagai timbalan ketua menteri I oleh wakil-wakil rakyat BN.

Wakil rakyat Penanti itu, satu kerusi DUN dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang dikuasai Anwar, meletakkan jawatan sebagai pemimpin persatuan bola sepak negeri selepas didesak berbuat demikian tidak lama dulu.

Kini satu blog khas "Alahai ... Fairus TKM Penang" dibangunkan untuk mengecam kepimpinannya dengan alasan Anwar sendiri gagal mengubah sikap wakil rakyat muda itu.

Mengulas lanjut, Lim berkata, penggantian Mohammad Fairus tidak perlu ditimbulkan kerana beliau tidak mendapat apa-apa pandangan daripada PKR berkaitan perkara itu.

"Saya tidak menerima sebarang tuduhan atau isyarat daripada kepimpinan parti (PKR)."

Ditanya beberapa kali tentang prestasi Mohammad Fairus, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa bergerak sebagai satu pasukan.

"Kamu mahu lakukan lebih baik. Jadi, jangan terlalu berpuas hati. Kalau kata puas hati, tidak ada ruang membaiki diri. Kita ingin buat lebih baik."

Sementara itu, exco kerajaan negeri Abdul Malik Kassim ketika ditemui media berkata, menjadi perkara biasa wakil rakyat ditegur oleh orang ramai.

Semua orang mendapat teguran, termasuk dirinya sendiri, tambahnya.

-malaysiakini

No comments: