"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, November 30, 2008

Rantau Panjang Dinaiki Air, Penduduk Mula Berpindah

Lebih 200 penduduk di kawasan Kedai Lama, di sini mula berpindah ke pusat pemindahan Stesen Keretapi Rantau Panjang berikutan air naik secara mendadak melebihi satu meter di kawasan berkenaan.

Beberapa tempat di kawasan tumpuan pelancongan yang bersempadan dengan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand itu dinaiki air dari Sungai Golok yang melimpah melepasi paras bahaya sejak petang semalam.

Seorang penduduk Nasir Mat Min, 47, ketika ditemui berkata beliau mula berpindah ke pusat pemindahan itu pada kira-kira pukul 11 pagi setelah kawasan rumahnya dinaiki air secara mendadak.

"Pukul 7 pagi air belum naik lagi tetapi ketika sibuk mengemas rumah air mula naik menyebabkan kami sekeluarga terus berpindah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Nasir berkata penduduk kawasan itu sememangnya terpaksa berpindah setiap tahun memandangkan rumah mereka terletak di tebing Sungai Golok.

Bagi seorang lagi mangsa banjir, Abdullah Mohamad, 52, beliau memilih untuk tinggal di dalam lori buah milik menantunya berikutan pusat pemindahan itu telah penuh.

"Saya tinggal dalam lori ni bersama dua orang anak, seorang menantu dan cucu kerana rumah telah dinaiki air melebihi 0.5 meter kira-kira pukul 9 pagi tadi," katanya.

Sementara itu tinjauan di kawasan zon bebas cukai mendapati kebanyakan premis perniagaan juga ditutup setelah kawasan berkenaan turut dinaiki air.

Bagi seorang pemilik kedai pakaian, Fatimah Dollah, 51, beliau mengemas barangan di kedainya sejak semalam sebagai persedian menghadapi banjir.

"Kebanyakan peniaga telah berkemas kerana pengalaman beberapa tahun sebelum ini air banjir sentiasa masuk ke dalam kedai hingga melebihi paras lututmenyebabkan banyak barangan jualan rosak," katanya.

Tinjauan Bernama di pusat pemindahan itu mendapati keadaan tidak selesa memandangkan ruangan pusat pemindahan yang sempit berbanding jumlah penduduk yang terpaksa berpindah semakin ramai.

Mangsa banjir termasuk warga tua dan kanak-kanak terpaksa bersesak-sesak dan ada di antara mereka yang terpaksa menumpang di kaki lima Stesen Keretapi Rantau Panjang.

No comments: