"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, November 23, 2008

Rashid: Saya sanggup ke penjara jika bukti daftar pengundi 'hantu'

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mengulangi keperluan mempunyai daftar pemilih baru lagi bersih, yang boleh diterima pakai oleh pelbagai pihak.

Sambil menekankan bahawa daftar pemilih semasa berusia 50 tahun, dokumen asal yang digunakan sejak negara merdeka, Ab. Rashid berkata, pendaftaran baru perlu untuk memastikan senarai pemilih yang bersih dan bebas daripada dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun beliau mengakui usaha tersebut memerlukan peruntukan kewangan kira-kira RM40 juta.

"Ia seperti mengadakan bancian kebangsaan, memerlukan wang sebanyak RM40 juta," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini Rabu lalu.

1 comment:

Unknown said...

Rashid, kau ni memang memalukan orang Kelantan!