"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 23, 2008

Cadangan Perak Beri Hak Milik Pegangan Ditangguhkan - malaysiakini

Cadangan kerajaan Perak untuk memberikan hak milik tanah pegangan kekal bagi Kampung Tersusun dan Kampung Baru di negeri itu tidak boleh dilaksanakan sehingga keputusan dicapai oleh Majlis Tanah Negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata Dasar Tanah Negara menetapkan bahawa pegangan untuk selama-lamanya hanya diberikan bagi maksud tujuan penggunaan Kerajaan Persekutuan untuk tujuan awam dan tujuan tertentu yang terhad.

Sehubungan itu, katanya Majlis Tanah Negara mengambil keputusan satu mesyuarat khas diadakan bagi tujuan membincangkan perkara itu dalam masa terdekat dan kertas kerja kerajaan Perak dibincangkan.

"Daripada segi dasar dan Perlembagaan negara, ia tidak boleh dibuat secara unilateral, ia mesti melalui Majlis Tanah Negara.

"Jadi, cadangan kerajaan negeri Perak tidak boleh dilaksanakan sehingga keputusan Majlis Tanah Negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-64 di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin bahawa dasar kerajaan Perak untuk memberikan hak milik tanah pegangan bebas kepada penduduk Kampung Baru dan Kampung Tersusun tidak akan mendatangkan masalah kepada negeri itu pada masa depan.

Mohammad Nizar berkata ini kerana ia hanya membabitkan saiz tanah yang kecil iaitu 6,000 hektar atau 0.01 peratus daripada jumlah keluasan tanah di Perak.

Ia membabitkan 110,000 hak milik iaitu 60,000 kepada Kampung Tersusun dan 50,000 bagi Kampung Baru dan pemberiannya akan dibuat secara berperingkat.

Najib berkata kerajaan negeri Perak mempunyai alasan berhubung perkara itu tetapi apa jua alasan tidak boleh bertentangan dengan Dasar Tanah Negara yang diputuskan oleh Majlis Tanah Negara.

Katanya ini kerana kewujudan majlis ini berasaskan kepada Perlembagaan Negara dan tujuannya untuk menyelaraskan Dasar Tanah Negara agar wujud keseragaman antara negeri-negeri.

Sementara itu, Najib berkata Sistem E-tanah akan diteruskan di dua buah negeri lagi iaitu di Negeri Sembilan dan Melaka mulai tahun depan selepas projek perintis di Pulau Pinang.

Beliau berkata sekiranya projek ini berjalan dengan lancar dan memberi kesan, maka ia akan diperluaskan ke seluruh negara.

1 comment:

Anonymous said...

Beria2 sangat nak jadi hero nak tarik perhatian orang ramai. Sampai nak bagi hak milik kekal ke atas tanah2.