"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 23, 2008

Farid: Saya sedar risiko lepaskan jawatan Senator, Kabinet

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan, hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator buat penggal kedua dengan memahami "risiko" bakal dialami.

Bagaimanapun beliau yakin pengundi Kuala Terengganu juga akan memahami 'pengorbanan' itu dengan memberi sokongan kepadanya untuk berkhidmat dalam kapasiti yang berbeza kelak.

Sambil memahami risko kehilangan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kedudukan sebagai ahli Dewan Negara apabila turun gelanggang 6 Januari ini, Ahmad Farid berkata:

"Ya, dari satu sudut ia merupakan tindakan berisiko, tetapi pada masa yang sama, saya mengharapkan bahawa pengundi-pengundi dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu dapat memahami keadaan ini dan memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan tugas dalam kapasiti yang berbeza."

"Kalau dulu (saya berkhidmat) sebagai ahli Dewan Negara dan kali ini sebagai ahli Dewan Rakyat (jika memenangi pilihan raya kecil 17 Januari).

"Saya mengharapkan bahawa mereka akan memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada mereka dalam kapasiti yang berbeza," kata Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu ini ketika ditemui mStar Online di sini.

Kira-kira dua jam sebelum ditemui, Ahmad Farid mengangkat sumpah sebagai Senator untuk penggal kedua pagi ini.

Turut serta mengangkat sumpah hari ini ialah Naib Ketua Wanita Umno Terengganu, Fatimah Hamat.

Pelantikan mereka diputuskan oleh kerajaan negeri seminggu yang lalu.

Sehubungan itu, pelantikan Ahmad Farid sebagai ahli Dewan Negara kemungkinan hanya bertahan selama dua minggu memandangkan beliau akan meletakkan jawatan berkenaan pada 5 Januari tahun iaitu sehari sebelum hari penamaan calon.

Tindakan itu dibuat bagi membolehkan beliau bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Ahmad Farid berkata, pejabatnya sedang menguruskan soal berkenaan.

Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 November lalu.

Terdahulu ketika ditanya sebab beliau mengangkat sumpah sedangkan sudah diumumkan sebagai calon pilihan raya kecil, Ahmad Farid memberitahu, langkah itu bertujuan memastikan kelancaran pengurusan Kementerian Dalam Negeri.

"Sebab kementerian perlu terus bergerak, buat masa sekarang menteri di luar negara dan (seorang) timbalan menteri sedang bercuti... seorang timbalan menteri perlu berada di sana (kementerian) untuk menguruskan dokumen," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri.

-mSTAR Online

3 comments:

Anonymous said...

Topeng perak,
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu memahami risko kehilangan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kedudukan sebagai ahli Dewan Negara sekiranya dia kalah dalam pertandingan tersebut.

Oleh kerana itu dia berharap pengorbanannya itu akan dibalas oleh orang Kuala Terengganu dengan kemenangan.

Untuk tatapan pengundi Kuala Terengganu....Orang ini berkorban untuk rakyat Terengganu atau dia berkorban untuk kepentingan diri nya sendiri...?

Sekiranya dia kalah maka hilanglah segala kedudukan dan pangkatnya, tapi apabila dia menang dia akan memiliki lebih banyak dari apa yang ada padanya sekarang...

Gunakan akal yang waras bagi menilai segala tipu muslihat orang ini dan juga parti nya....

Anonymous said...

Kalau dia yakin dia boleh menang, apa salahnya berkorban sikit. Ini untuk kepentingan rakyat dan parti juga.

Anonymous said...

SELAMAT MALAYSIA
Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
“U” Punya Bapa YIP KUM FOOK melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
“U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
“U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
Sekian, Terima Kasih.
YANG BENAR,
RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
GOMBAK, SELANGOR

SAVE MALAYSIA
MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
"U" Your father YIP KUM FOOK do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
"U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
"U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

Thank you,
THE TRULY,
People Who Love Malaysia
Gombak