"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 23, 2008

Sertai PAS esok? Zahar masih berfikir

Di sebalik desas-desus akan menyertai parti pembangkang esok, Ketua Umno Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim sebaliknya memberitahu, beliau masih memikirkan tentang kemungkinan tersebut.

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Zahar berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada meninggalkan Umno dan seterusnya menyertai pembangkang atau terus bersara daripada dunia politik.

"Saya masih memikirkannya. Yang anda dengar (menyertai pembangkang petang ini) itu khabar angin sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ura-ura kononnya beliau bersama 20 ketua UMNO cawangan bahagian itu akan meninggalkan parti untuk menyertai Pas pada petang ini.

Kumpulan berkenaan dikatakan akan menyerahkan borang keahlian PAS mereka kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali disaksikan kepimpinan Pas negeri itu dalam satu majlis khas.

Mengulas lanjut, Zahar bagaimanapun mengakui yang beliau kemungkinan besar akan menyertai PAS jika memutuskan untuk menyertai pembangkang.

"Berdasarkan ideologi parti yang sesuai dengan saya, saya akan pilih PAS tapi saya masih lagi menunggu pendapat daripada penyokong-penyokong saya.

"Jika saya menyertai pembangkang, mereka juga nampaknya akan mengikut jejak langkah saya," katanya.

Zahar sebelum ini digantung keanggotaannya dalam UMNO selama tiga tahun kerana membuat kenyataan mengkritik parti.

-mSTAR Online

6 comments:

Anonymous said...

teruskan je Datuk.....saya pun dari PJ Selatan jugak...cawangan desa maju jaya...umno ni dah expired

Anonymous said...

Nampaknya pembangkang memang suka menghebah dan menghebohkan cerita yang belum tentu lagi seperti cerita Zahar Hashim ni. Beliau pun tak pasti lagi nak sertai atau tak... Kalau beliau sertai pembangkang pun, UMNO tak rugi apa...

Anonymous said...

Tak payah fikir-fikirlah. Nak sertai pembangkang, masuk jelah. Orang macam Datuk Zahar ni memang tak diperlukan dalam UMNO... Ataupun beliau takut big boss beliau iaitu Mahathir marah kot. Tu yang kena fikir dulu...

Anonymous said...

Kalau orang dah tak nak ape nak te hegeh hegeh lagi
tak yah pikir la bebbb
lu pikir la sendirii......

Anonymous said...

Penyertaan Datuk Zahar dalam PKR selaku Parti Kutip (barang) Recycle memang dialu-alukan... Ada sesiapa lagi yang nak sertai PKR, anda sedia dikutip oleh PKR yang hanya menerima bahan buangan SAHAJA...diulangi, bahan buangan SAHAJA...

Anonymous said...

Banyak lah pulak drama mamat ni. Kalau nak masuk, masuk je, tak payah nak buat drama. Kalau taknak masuk PAS, masuk PKR pun boleh, mesti diterima punya. Hehe..