"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, December 15, 2008

Exco dedah tembelang Presiden Reformis

Gara-gara gagal mendapat projek perniagaan, Presiden Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) menjadikan persatuan itu sebagai landasan membalas dendam peribadi kepada kerajaan Selangor.

Ini didedahkan sendiri oleh aktivis-aktivis reformasi yang datang sendiri ke pejabat Suara Keadilan.

Raymond @ Suppiah mendedahkan betapa Ramlan Abu Bakar pernah meminta beberapa projek dari kerajaan Selangor melalui syarikat beliau. Walaubagaimanapun katanya, Ramlan gagal mendapatkan projek berkenaan.

Kegagalan itu seperti membuahkan dendam Ramlan dan muncullah ugutan seperti demo bogel.

“Sebelum ini beliau pernah mempertahankan Menteri Besar Selangor apabila diserang oleh orang parti,namun setelah gagal untuk mendapat projek Ramlan bertindak agresif dengan mengugut MB dengan cara demo bogel. Beliau pernah berkata untuk menekan MB. Ini dendam peribadi, bukan agenda perjuangan,”kata Raymond.

Timbalan Presiden Reformis, Badrul Hisham Mohd Hanafiah pula mendedahkan dalang disebalik pergerakan Ramlan itu ialah orang yang mempunyai kaitan dengan bekas Ketua AMK Ezam Mohd Nor.

“Bekas Exco AMK di bawah kepimpinan Ezam, Sanusi Abdullah telah dilantik oleh Ramlan untuk menjadi penaung dan dia diantara orang penting bagi mengantur pergerakan. Dibelakang beliau ialah Sanusi,” kata Badrul.

Seorang lagi Exco Reformis, Azizi Anas mendakwa Ramlan sebagai sengaja membuat kecoh untuk menarik perhatian umum serta media yang diperalatkan Barisan Nasional. Katanya, tindakan itu memburukkan nama baik perjuangan aktivis yang sejak dulu memperjuangkan reformasi untuk negara ini.

“Siapakah beliau untuk menilai dan memburukkan orang lain? Beliau harus siapa beliau dalam gerakan reformasi,” kata Azizi.

Mereka adalah antara exco persatuan itu yang mengambil tindakan memberi surat tunjuk sebab kepada Ramlan. Walau bagaimana pun Ramlan dikatakan bertindak balas ‘memecat’ mereka. Bagaimana pun menurut Setiausaha Reformis, Norzairi Jantan, pemecatan itu tidak sah dari segi undang-undang.

Norzairi menegaskan Ramlan tidak mempunyai hak untuk memecat jawatankuasa penaja. Tambahnya, dalam akta pertubuhan, pertubuhan peringkat penaja tidak mempunyai hak untuk memecat anggotanya, sebaliknya, jawatankuasa boleh memecat presiden.

“Kami telah meneliti dibawah akta 7(2) serta fasal 9(4), presiden tidak mempunyai hak untuk memecat mana-mana ahli jawatankuasa atau exco kecuali dengan majoriti dua pertiga dari jawatankuasa menyokong tindakan berkenaan,” ujar Norzairi.

Tambahnya lagi, kumpulan berkenaan kini sudah mempunyai calon presiden yang baru, walau bagaiaman beliau enggan mendedahkan siapakah individu berkenaan. “Kami sudah mempunyai pengganti yang berkelayakan dan akan tampilkanya tidak lama lagi,” kata beliau.

Seorang lagi exco, Mohamed Hafifudin Nordin mendedahkan bahawa Ramlan sebenarnya tidak mempunyai penyokong dan sebaliknya hanya menggunakan para pekerjanya dan mengaku sebagai reformis.

“Setiap kali sidang media yang dianjurkan Ramlan akan membawa orang-orang beliau yang dikatakan menyokong, namun sebenarnya beliau hanya membawa pekerja-pekerja beliau sendiri,” katanya.

Mohamed berkata, Ramlan adalah seorang pengusaha tempat letak kereta di Sentul, dan hanya pekerja beliau sahaja yang sentiasa menjadi orang belakang beliau.

“Para pekerja beliau tidak bersalah, hentikanlah mengheret para pekerja hanya untuk melakukan serangan peribadi. Sekiranya beliau mempunyai sokongan, kami hanya meminta beliau satu perkara, anjurkan demonstrasi tidak payah bogel, kita boleh lihat berapa ramai yang sokong beliau,” katanya sinis.

-Suara KeADILan Online

3 comments:

Anonymous said...

Sekarang pengenalan diri Ramlan sudah dibongkar sedikit demi sedikit.

Kalau pasal urusan peribadi mesti diselesaikan secara peribadi. Jangan libatkan urusan peribadi dengan orang awam.

Kalau permohonan ditolak dan kemudian nak balas dendam tapi dia berselindung disebalik Reformis untuk memperjuangkan nasib orang susah.. pada awalnya memang boleh diterima akal.

Tapi nak serang seseorang itu dengan cara berbogel, ianya sudah tidak masuk akal. Apatah lagi orang yang diserang adalah ketua dalam negeri selangor. Kemudian babitkan pula DSAI....akibatnya nanti "hidup susah hati tak senang"

Anonymous said...

Dua kali lima.

Anonymous said...

Kalau betul seperti apa yang dikorek ni, memanglah Ramlan manusia jenis yang tak reti malu. Menyalahgunakan persatuan untuk agenda peribadi dan dendam. Sanggup nak berbogel atau nak buat gempak cara macam ni... Publisiti murahan...