"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, December 15, 2008

Kerajaan digesa pecah monopoli

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan terlibat dalam pengedaran ikan di seluruh negara bagi memecahkan monopoli harganya yang kini dikuasai pemborong swasta.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin (gambar) berkata, ia boleh dilakukan jika agensi-agensi kerajaan sedia ada seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jabatan Perikanan terlibat dengan aktiviti pemborongan ikan secara langsung.

Beliau yakin harga ikan tidak akan diturunkan meskipun harga diesel diturun ke paras RM1.30 sen seliter kerana pemborong akan menggunakan pelbagai helah untuk tidak menurunkan harga ikan.

‘‘Penglibatan agensi kerajaan itu bertujuan untuk memastikan golongan ‘orang tengah’ tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga ikan,’’ katanya ketika dihubungi wartawan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penurunan harga bahan api untuk nelayan seperti diumumkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed kelmarin.

2 comments:

azza said...

Sokong tindakan PPIM utk campurtangan hal-ehwal pengedaran ikan yg tlh lama d kuasai pihak swasta. Nasib nelayan juga d dapati terancam dgn kehadiran kongsi-gelap (mafia) yg suka mengganggu para nelayan sekiranya tiada beri kerjasama dgn mrk.

Saya harap akan wujud satu mekanisme yg padu bagi membenteras kegiatan kongsi-gelap (samseng) ini.

Anonymous said...

Mana cadangan yang baik dan menyenangkan rakyat, saya sokong. Kerajaan harus mengambil pelbagai langkah supaya masalah harga bahan mentah dan barangan dapat diturunkan. Satu mekanisma pengawalan harga yang sistematik patut diwujudkan. Walaupun begitu, rakyat juga boleh memainkan peranan dalam membantu kerajaan dalam penurunan harga barangan. Contohnya seperti memboikot barangan yang mahal sehingga harga barangan tersebut diturunkan oleh peniaga.