"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 30, 2008

Kekal atau keluar? Pemimpin India Pakatan putuskan esok

PETALING JAYA: Lebih 50 pemimpin India peringkat nasional dalam Pakatan Rakyat bertemu di sini esok - pertemuan terbesar sejak pilihan raya umum Mac lalu - bagi menentukan ala tuju kedudukan dan sokongan mereka dalam ikatan pembangkang itu.

Pertemuan yang dilihat sebagai "amat penting" akan membincangkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan ekoran dakwaan bahawa masyarakat India juga terus 'didiskriminasi dan dipinggirkan' oleh kepimpinan ikatan pembangkang itu.

Forum esok yang berpusatkan isu Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, yang telah mengumumkan hasrat untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan membincangkan beberapa opsyen.

Antara opsyen ialah keluar beramai-ramai daripada Pakatan Rakyat dan menubuhkan parti sendiri yang bagi mewakili kepentingan masyarakat India ataupun kekal dalam Pakatan Rakyat dengan terus mendesak agar tuntutan masyarakat India dibela dengan adil dan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pertemuan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat India.

Ketika dihubungi mStar Online lewat petang semalam, Pengerusinya, P. Jenapala berkata, "kami mengadakan pertemuan ini untuk mencapai satu pendirian kukuh sama ada mahu kekal dalam PKR, Pakatan ataupun sebaliknya."

"Jika mahu kekal, kami akan kekal bersama dan jika mahu keluar, kami akan keluar bersama," kata beliau sambil menegaskan, pertemuan esok sebagai adalah amat penting bagi menentukan nasib masyarakat India selepas sembilan bulan pilihan raya umum ke-12 berlalu.

Jenapala merupakan Timbalan Setiausaha Agung PKR dan telah menyatakan hasrat untuk keluar PKR minggu lalu.

Sambil mengakui sudah wujud perasaan tidak puas hati di kalangan sebahagian besar ahli dan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat, Jenapala memberitahu, pihaknya mahu mengambil satu pendirian bersama diambil bagi memastikan kepentingan masyarakat India di negara ini terus dipertahankan dalam Pakatan Rakyat.

"Sejak kebelakangan ini banyak pemimpin dan wakil rakyat India dalam Pakatan Rakyat menyatakan pendirian masing-masing, satu persatu satu tentang rasa tidak puas hati mereka.

"Jadi kami hendak mendengar semua pandangan bersama dan membuat satu pendirian bersama," kata beliau.

Beliau menambah, ramai di kalangan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat khususnya dalam PKR menyedari bahawa "mereka tidak boleh kembali kepada Barisan Nasional."

"Kami mahu tubuhkan satu badan di bawah satu payung iaitu mempunyai satu parti sendiri," katanya.

Justeru, katanya, perlu membuat pendirian tegas untuk menentukan hala tuju masa depan dengan kemungkinan memikirkan menubuhkan sebuah parti baru bagi masyarakat India.

Jelas beliau, rasa tidak puas hati timbul sekitar isu pelantikan pemimpin India untuk memegang jawatan sebagai ahli majlis kerajaan tempatan serta memegang jawatan dalam agensi-agensi hubung kait kerajaan (GLC) dan dalam jawatankuasa kampung.

Pertemuan itu diadakan lima hari selepas Manikavasagam menyatakan hasrat untuk keluar PKR, yang dijadual diumumkan Rabu ini.

Pendirian Manikavasagam itu juga berkisar pada perkembangan dalam Pakatan Rakyat dan juga PKR, salah satu komponen ikatan pembangkang itu.

Pakatan Rakyat dibentuk selepas prestasi pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Manikavasagam juga dijadual mengumumkan pendiriannya selepas pertemuan tersebut.

Dianggarkan 150,000 ahli parti komponen Pakatan Rakyat merupakan masyarakat India.

Malah esok, mesyuarat Biro Politik iaitu badan tertinggi penentu dasar politik parti itu akan membincangkan semua perkara yang berkaitan dan mencari penyelesaian.

Ia akan dipengerusikan oleh Syed Husin sendiri memandangkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar ibu negara sehingga 6 Januari ini.

PKR adalah anggota komponen Pakatan Rakyat yang memerintah lima negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

10 comments:

Anonymous said...

Tu anwar tgh sembah apa? masya-Allah,..

semoga dijauhkan dari perbuatan syirik,.

Anonymous said...

Mungkin ini senjata TERBARU utk porak-perandakan PR khususnya PKR...Kenapa isu ini timbul skrang...?DSAI pula kluar negara.,rasanya x kna dgn suasana juga...

Anonymous said...

laa biawak tul keling nie, kalau nak kuar kuar cepat2 dari PR, kite lagi suka kalau keling perangai keling kluar dari PR secepat mungkin,, tak der gunting dalam lipatan, tak der musuh dalam selimut, memang dah dasar keling keparat, pantang ada kuasa dan kedudukan sikit mula nak mengugut, yang bermasalah tu sebenarnya mmg dari mula mmg sayangkan MIC, blah laa ko keling, hanya orang india yang setia je patuty dijadikan kawan, paria la lu

AbgTuah said...

Hello Mr, Anon 2:48.

KAHKAHKAH, I really respect you as a PR sopporter who has an IRON BALLS. Yes why bother with the Mr. Tambi2,without them you still going strong. I dont know why all your soft headed leaders scared the shit of risk of losing the useless Mr. Tambi2.

Anonymous said...

benda yang sama jadi kat BN sekarang ni jadi pulak PKR.tapi BN tak kisah jika ada parti komponen mahu keluar dari parti kerana mereka ada hak.tapi PKR lain sedikit sebab keahlian PKR tidak sebanyak BN.kalau ada yang keluar dari PKR maknanya bertambah sedikitlah jumlah penyokong PKR dan juga susah Anwar nak takluk negara kita ni.

Anwar mesti tengah risau sekarang ni.dengan isu hudud dan juga hal orang-orang India dalam parti PKR.hahaha.

Unknown said...

Anwar mesti tak senang duduk ni.bagi dia setiap sokongan itu penting untuk membolehkan dia merealisasikan impian dia menjadi PM.kalau masa dia dalam kerajaan dulu memang tak payah risau lah sebab sokongan memang ramai.sekarang ni dah lain.dah tak boleh eksyen lagi dah.

Anonymous said...

Quote semula: "Pertemuan yang dilihat sebagai "amat penting" akan membincangkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan ekoran dakwaan bahawa masyarakat India juga terus 'didiskriminasi dan dipinggirkan' oleh kepimpinan ikatan pembangkang itu."
Mr. Manikavasigam kena sedar yg parti2 dalam PR tidak memperjuangkan bangsa tertentu, jika begitu mentaliti beliau, maka patut segera keluar bersama parti the like of MIC,MCA dan UMNO. PKR/Pakatan Rakyat memperjuangkan rakyat Malaysia keseluruhannya tanpa mengira bangsa dan agama. Kepada penyokong UMNO ingatlah, perjuangan berteraskan kebangsaan di tolak Allah dan Rasul. Memperjuangkan Melayu langsung tidak ada dalam pertimbangan Allah semasa kita dihisab amalan nanti..beringatlah mulai sekarang. Janganlah mengikut jalan Yahudi memperjuangkan bangsa dan membelakangkan kitab mereka. Ini sudah jelas dalam lipatan sejarah

Anonymous said...

Ingatlah,ketahuilah,hayatilah...
Yahudi dihina oleh Allah di dalam AlQuran kerana memperjuangkan ke'yahudi'an mereka.Mereka tidak mahu mengaku kerasulan Muhammad kerana bukan sebangsa dengan mereka..tidakkah kamu mahu mengambil pengajaran? bagaimana seorang ahli umno yg memperjuangkan ke'melayu'an mereka? tidakkah mereka juga tergolong dalam golongan yang dilaknat Allah spt Yahudi? renung2kanlah... takutlah azab Allah wahai ahli UMNO..bermainlah dengan api di dunia,jgn sesekali bermain dgn api neraka

Anonymous said...

Aku dengar depa nak bukak Parti baru
"Parti Untuk Kaum India Malaysia" (PUKIMA)

AbgTuah said...

YOU ALL SEE LAH HOW SMART THE BELIT2 TYPE TAMBI, THEY ONLY WANTED TO USE MR. SMART SHIT TO GET ON TOP, SUDDENLY NOW THEY REALIZED THAT MR. SMART SHIT CAN'T SHITED ANY MORE PROMISE, FAILS TO GATHER ENOUGH DOLTS FROGS HENCE GOT NOTHING MORE TO OFFER, THIS DUDES SAY GOOD BYELAH. KAHKHAKAH