"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 30, 2008

Sukar mengawal kemasukan blog palsu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sukar mengawal kemasukan blog-blog palsu berikutan penggunaan Internet pada masa ini yang sangat meluas.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya SKMM, Mohamed Sharil Tarmizi berkata, SKMM juga tidak berhak melarang mana-mana individu untuk membuka pelbagai jenis blog kerana itu hak mereka.

Beliau berkata, SKMM tidak berupaya untuk memantau secara menyeluruh individu-individu yang membuka blog secara palsu iaitu dengan menggunakan identiti orang lain.

"Perkara seperti ini akan berterusan, ia tidak boleh dikawal sepenuhnya kerana penggunaan Internet terlalu meluas.

"SKMM hanya boleh menutup blog-blog yang didapati benar-benar palsu serta diragui dan seterusnya mengenakan tindakan mengikut kesalahan-kesalahan tertentu," katanya kepada wartawan hari ini.

Beliau mengulas mengenai langkah yang boleh diambil SKMM dalam menangani masalah kewujudan blog palsu ekoran laporan Perisik Rakyat pada 27 Disember lalu mengenai sebuah laman blog yang dikesan penuh dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammah SAW.

Mohamed Sharil berkata, pengguna Internet pada masa ini semakin bertambah dan dengan peningkatan teknologi menjadikan Internet semakin susah untuk dikawal.

"Perkara ini terpulang kepada individu itu sendiri untuk mengaplikasikan kegunaan Internet ini dengan cara baik atau buruk,'' ujar beliau.

SKMM jelas beliau, mengharapkan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa untuk memantau penggunaan Internet di kalangan anak-anak mereka bagi memastikan perkara-perkara seperti itu tidak berulang.

No comments: