"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, December 08, 2008

Lembu Korban Terlepas, LARIII...!!! - malaysiakini

Tahun ni aku nyambut Aidil Adha dekat Subang Jaya. jadual raya dekat sini sama macam kolumpo. bangun pagi, semayang sunat Aidil Adha, balik makan, agak tengahari sikit, lepak mesjid tengok ibadah korban.

Tahun ni ada sikit best, aku lepak masjid Subang Jaya berdepan dengan Pasaraya Subang Parade. awal pagi tak de pape masalah. hujan dari semalam turun tak serik-serik. buat korban dalam hujan renyai, aku nak snap gambar pun macam tak berape best.

Kamera murah yang bukan mesra air bukan pilihan terbaik untuk seorang photoghrapher tak bertauliah tapi merupakan pilihan yang paling baik bagi seorang peminat photo yang modalnya nipis macam kulit telur.

Sambung kisah korban. semua sekali ada 20 ekor lembu terpilih untuk berkorban tahun ni. lembu pertama sampai ke 14 tak de masalah. lembu ke 15 masalah besar.

Masa lembu ni dok atas lori nampak ok, tapi bila depa bawak turun je lembu ni, sebaik pijak simen je, lembu ni geleng-geleng kepala 2-3 kali, lepaih tu aku cuma dengar jeritan - LARIIIIII... LEMBU TERLEPAAASSS...!!! KEJAAAAAARRR...!!!

Aku sempat kelip mata sekali je, bila aku celik lagi sekali, aku nampak lembu tu lari hala dekat aku, disebabkan masa aku pi mesjid aku pakai sepender aku dekat dalam seluar, maka keputusan paling baik untuk aku masa tu ialah - lari.

Kalau masa aku pi mesjid aku pakai sepender dekat luar seluar aku, dah pasti pilihan aku ialah - lawan. sebab masa tu aku ialah seorang "superhero" (superhero kan pakai sepender dekat luar...)

Aku tak sempat snap gambar masa lembu tu lari sebab aku tengah sibuk melarikan diri. kah kah kah kah kah... kalau korang dekat tempat aku korang nak buat apa? nak sondol lembu tu ke?

Lembu tu lari keluar dari kawasan mesjid dan nak dijadikan cerita, lembu ni keluar ikut pagar belakang, lepas tu masuk balik perkarangan mesjid ikut pagar utama... jadi tak de la penat sangat petugas. kalau keluar terus hala ke jalan besar, aku ingat nak telipon PDRM suruh buat road block serta merta untuk mengelak dari lembu ni keluar dari kawasan Subang Jaya. PDRM kan rajin buat road block...

Gambar-gambar seterusnya ialah sessi-sessi memujuk rayu lembu tersebut supaya menyerah diri dan alhamdulillah lembu tersebut memberikan kerjasama yang baik. tak macam setengah ahli politik. dah salah tak ngaku, lepas tu keras kepala.

Lepas setengah jam sessi pujuk-memujuk, akhirnya lembu tersebut berjaya dibawa kekawasan sembelihan untuk dijadikan korban, masa nak dikorbankan alhamdulillah, cukup-cukup senang. nak perebah senang, nak tambat kaki senang, serba-serbi senang. agaknya saje dia nak rasa nikmat kebebasan buat kali terakhir kot.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar. Laaailahaillallahuwallahuakbar. Allahu Akbar walillahilhamd...

6 comments:

Anonymous said...

haha..kadang2 kenangan mcmni yang susah nak dapat ni..lembu mana ni bro?lembu hutan kot..ganas semacam..eheheh

Anonymous said...

This is very brutal!!!!

Anonymous said...

do u really have to sacrifice such a big animal in the name of ALLAH and in the name of sacrifial attitudes.Dont the muslim peoples thinking that slaughtering such a big animal with a big physical heart and living structure is a big heartful pain ? Did the religion ever says that u need to slaughter a bloody living animal for GOD ? pls some one there explain if im not use of this understanding !!!

Mr Joker said...

Anon - aku tak pandai bahasa omputih. tiap agama ada amalan & kepercayaan masing-masing. hang kena belajar mendalami agama islam. bila hang dah belajar, hang akan paham.

daging binatang yang kita korbankan kita bahagi-bahagikan pada fakir miskin. tak ada pembaziran.

itu juga 1 amalan yang baik. menyembelih binatang mengikut cara Islam, tidak menyakitkan binatang tersebut.

daging binatang yang disembelih mengikut cara Islam, lembut dan enak dimakan kerana binatang tersebut tidak mati didalam kesakitan.

ada professor dari amerika pernah buat kajian pasai ni. nak terang panjang-panjang aku rasa taak cukup dakwat pc aku.

elok kalau hang cuba tanya para alim ulamak.

jangan cuba provoke. hormati sesama agama.

ISA said...

Kalau aku kat tempat hang, aku laser je lembu tu... ha..ha..ha..

Salam Idul-Adha bro...

ikutsukaakuisa.blogspot.com

Myshania said...

Salam all.
Walau ape pun syukur alhamdulillah,
bersolat sunat aidiladha, berkorban,
daging korban pun dah dimasak...emmm!!!....yummm andainya
diizinkan ALLAH tahun depan dapat berkorban lagi. Cuma hamba ni tak boleh melihat sewaktu penyembelihan,walau pun selalu mencuba untuk mengadap tapi belum mampu lagi....