"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 09, 2008

Siasatan tiga kes salah urus dana awam selesai

Badan Pencegah Rasuah (BPR), sudah selesai menjalankan siasatan terhadap sekurang-kurangnya tiga kes salah pengurusan dana awam yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2007.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata kertas siasatan semua kes membabitkan laporan berkenaan dapat dilengkapkan selepas pihaknya mengumpul keterangan serta dokumen berkaitan yang diperlukan baru-baru ini.

"Ketika ini, Bahagian Pendakwaan BPR sedang meneliti laporan hasil siasatan yang dijalankan sebelum memutuskan tindakan lanjut yang perlu diambil, sama ada diteruskan dengan proses pendakwaan di mahkamah atau mendapatkan maklumat tambahan untuk mengukuhkan lagi kertas siasatan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Laporan Ketua Audit Negara 2007 yang dibentangkan di Parlimen pada 29 Ogos lalu mendedahkan wujud banyak kelemahan di beberapa kementerian dan agensi kerajaan.

Antaranya kehilangan peralatan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bernilai RM9.56 juta dan kelemahan pengurusan sistem kompaun Jabatan Alam Sekitar (JAS) di beberapa negeri.

Isu lain dilaporkan sebelum ini ialah penggunaan tanah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tunggakan saman trafik, pelaburan RM537.04 juta Composite Tecnology Reseach Malaysia Sdn Bhd (CTRM) yang memiliki anak syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, tetapi mencatatkan kerugian serta pembelian mesin pengimejan oleh Kementerian Kesihatan bernilai RM33 juta.

Turut didedahkan laporan audit itu ialah kelemahan pengurusan berhubung Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan projek pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Markas Wilayah Laut 11, Teluk Sepanggar, Sabah.

Shukri berkata, pihaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan semua pihak yang terbabit dalam pelaksanaan program dan projek jabatan kerajaan itu sejak siasatan bermula Ogos lalu.

Mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam prosedur proses tender pembelian 12 helikopter Eurocopter C-725 bernilai RM1.604 bilion, beliau berkata, siasatan mengenainya kini pada peringkat akhir dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

Pada 28 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan penangguhan pembelian helikopter Eurocopter berikutan krisis kewangan global. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan itu dibuat Majlis Ekonomi Kebangsaan yang dipengerusikannya pada 13 Oktober lalu.

No comments: