"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 09, 2008

Kerajaan Yakin Pemaju Telah Ambil Langkah Pastikan Pembangunan Di Lereng Bukit Selamat - PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan yakin pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan di lereng bukit telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan projek perumahan di kawasan tersebut selamat.

Oleh itu kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Sabtu lepas bukannya akibat daripada tindakan-tindakan yang "disengajakan" oleh pihak pemaju perumahan, kata Perdana Menteri.

"Apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang kita amat dikesali...tapi pihak-pihak tertentu tentu sekali telah pun mempertimbangkan (risiko).

"Apa yang telah berlaku amat mendukacitakan dan kita kena belajar dari pengajaran itu, biar ia jadi pengajaran, kerana ini adalah kali ketiga ia telah berlaku, sebab itu saya dan Datuk Seri Najib (Tun Razak) telah pun memberi arahan.

"Kita putuskan tidak ada lagi. Jangan lagi bagi sebarang kelulusan kepada pengusaha-pengusaha perumahan di kawasan-kawasan berkenaan (kawasan berbukit berisiko tinggi)," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

"Saya kira mereka telah mengambil kira tentang kestabilan tanah dan semua kajian teknikal telah dilakukan. Sesuatu yang mereka tidak boleh ketepikan. Mereka sedar tentang keprihatinan kita - tentang membina rumah di lereng bukit.

"Hujan agak luar biasa sekarang ini dan mereka yang bertanggungjawab membina rumah-rumah ini tentu telah mengambil kira faktor-faktor begini," kata Abdullah.

Perdana Menteri mengulas laporan mengenai kemungkinan mangsa-mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa menyaman pihak-pihak tertentu kerana mendakwa kejadian itu akibat kecuaian pihak berkenaan.

Abdullah yang juga Pengerusi BN berkata, Dewan Tertinggi BN mengucapkan takziah kepada mangsa tanah runtuh dan amat sedih dan bersimpati di atas kehilangan anggota keluarga mereka.

No comments: