"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 10, 2008

Jangan Hanya Salahkan Kerajaan Bila Berlaku Tanah Runtuh, Kata Ahmad Shabery

Orang ramai tidak sepatutnya hanya menyalahkan kerajaan berikutan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang berlaku hujung minggu lepas, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Katanya adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan kerana gagal bertindak setiap kali bencana alam berlaku.

" Tidak adil untuk kata kerajaan tidak bertindak. Kita tidak boleh hanya salahkan satu pihak. Hakikatnya, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, tetapi di sini ia melibatkan tiga, kerajaan, pemaju dan pembeli," katanya kepada Bernama di sini.

Ahmad Shabery mengulas keadaan tuduh menuduh di kalangan pihak berkuasa, pemaju dan orang ramai selepas kejadian tanah runtuh di kawasan kediaman kelas tinggi itu yang mengorbankan empat nyawa dan memusnahkan 14 banglo.

Dalam perkembangan terkini, mangsa kejadian tanah runtuh itu memutuskan untuk menyaman pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan bagi menuntut pampasan.

Ahmad Shabery, yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Kebangsaan, berkata pembeli rumah juga perlu kritikal, terutama dalam aspek keselamatan, apabila mempertimbangkan untuk membeli hartanah di cerun bukit.

Bakal pembeli, katanya perlu menggunakan hak mereka untuk mendapatkan jaminan daripada pemaju bahawa hartanah yang akan dibeli adalah selamat untuk didiami dan adanya perlindungan insurans bagi bencana alam.

" Keselamatan sepatutnya mengatasi status dan keindahan. Pembeli perlu menjelaskan kepada pemaju.

Sebagai contoh, pembeli perlu memaklumkan pemaju bahawa mereka tidak akan membeli jika pemaju tidak sanggup menyediakan kemudahan insurans menyeluruh, termasuk bencana alam," katanya.

Ahmad Shabery berkata penguatkuasaan pada peringkat pihak berkuasa tempatan perlu diperkukuhkan untuk mencegah bencana seperti itu daripada berulang.

Mengenai cadangan untuk mewujudkan badan petugas khas bagi mengawal pembangunan di cerun bukit, beliau berkata ia bukanlah mudah untuk dilaksanakan berikutan pelbagai masalah kerana tanah di bawah kerajaan negeri.

" Ia mengambil masa untuk dilaksanakan," katanya mengulas cadangan Dr Nehemiah Lee, pakar berkaitan tanah, yang mencadangkan penubuhan badan seperti itu bagi meneliti pembangunan cerun bukit.

Sementara itu, Ahmad Shabery turut memuji langkah-langkah pro-aktif yang dijalankan oleh pelbagai organisasi sektor swasta untuk menyediakan bantuan kepada mangsa dan mengambil contoh peranan Maybank dalam mengetepikan pembayaran ansuran selama enam bulan kepada pelanggan-pelanggan yang rumah mereka musnah dalam kejadian tanah runtuh itu.

Katanya usaha-usaha seperti itu akan meringankan sedikit kesengsaraan mangsa dalam membina semula kehidupan mereka.

2 comments:

ISA said...

Piirah..... acara tuding menuding dah berlaku... berbuih aku tengok mulut strawberry chick tu...

Yang sebenarnya ketiga-tiganya bodoh piang, pembeli banggang, penjual pulak janji masyuk dan kerajaan pulak ada komisen ka..???

Anonymous said...

Hakikatnya kerajaan memang tak pernah salah kan, yang salah semua rakyat je. Harga minyak global turun, harga minyak Malaysia tak turun accordingly pun salah rakyat Malaysia juga, sebab dah collect rebate hari tu blablabla, yang ini pun, of course laaaa salah rakyat juga, biasalah, alasan2 kerajaan semua alasan2 budak darjah satu.

Kita tunggu dan lihat je lah, sejauh mana tindakan susulan kerajaan lepas ni. Mereka kan pandai cakap and pandai menggesa je...