"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 10, 2008

MPAJ nafi lulus projek Bukit Antarabangsa

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menafikan pihaknya meluluskan projek-projek pembangunan di Bukit Antarabangsa dekat sini.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Norhayati Ahmad berkata, projek berkenaan sebenarnya diluluskan oleh pihak Majlis Daerah Gombak pada tahun 1980-an sebelum tertubuhnya MPAJ.

''MPAJ hanya ditubuhkan pada tahun 1992 untuk mengambil alih tugas Majlis Daerah Gombak dan Majlis Daerah Hulu Langat.

''Kami mengetahui projek itu diluluskan oleh Majlis Daerah Gombak daripada rekod yang kami ada,'' katanya kepada WARTAWAN di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa Sabtu lalu yang dipercayai berlaku disebabkan oleh projek perumahan yang dijalankan di kawasan lereng bukit dan cerun.

3 comments:

Anonymous said...

Walaupun projek Bukit Bandaraya bukan diluluskan oleh MPAJ, tidak semestinya mereka boleh buat lebih kurang saja dalam kejadian tanah runtuh baru-baru ini. Kini ia adalah di bawah tanggungjawab mereka. Mereka harus memberikan komitmen yang baik untuk membantu menyelesaikan masalah ini...

Anonymous said...

dah 20 tahun tanah di Bukit Antarabangsa mengalami masalah.cuma yang terbaru ini adalah "pinnacle" kepada masalah tersebut.MPAJ tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.kini Bukit Antarabangsa dibawah kawasan mereka.nak tak nak mereka kena beri komitmen sepenuhnya.tak perlu nak ungkit kisah lama.sekarang dan akan datang yang perlu dihalusi.

Unknown said...

tak payah lah tuduh menuduh antara satu sama lain.selesaikan hal yang sekarang tengah berlaku.dalam hal ini beban lebih kepada MPAJ sebab Bukit Antarabangsa dibawah kawalan mereka.jadi buatlah apa yang patut.