"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 10, 2008

PAS Terengganu akan lancar jentera pilihan raya esok! - malaysiakini

KUALA TERENGGANU, 10 Dis (Hrkh) - PAS Terengganu akan melancarkan secara rasminya penubuhan jentera pilihan raya PAS bagi Pilihan raya Kecil P.036 Parlimen Kuala Terengganu pada 11 Disember ini (esok).

Pengerusi Jawatankuasa PAS Terengganu bagi Jentera Pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong berkata jentera pilihan raya PAS Terengganu di seluruh peringkat telah pun siap ditubuh dan digerakkan.

"Di peringkat Kawasan, DUN dan UPU, semuanya telah ditubuhkan dan mereka telah pun bermesyuarat mengikut tugas dan fungsi masing-masing,

"Sehingga hari ini semangat ahli-ahli adalah tingi dan belum ada halangan-halangan, Insya-Allah kita akan membuat pelancaran jentera pilihan raya pada 11 Disember,"kata beliau yang turut memberitahu Markas PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai akan dijadikan sebagai Markas Besar Pilihan raya Kecil P.036.

Beliau berkata pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu adalah pilihan raya yang agak terbuka kerana ianya adalah pemilihan wakil parlimen bukannya wakil untuk Dewan Undangan Negeri.

"Kita akan terus mendekati pengundi-pengundi bukan melayu dalam pilihan raya kecil ini kerana ia adalah kerusi parlimen berbeza dengan pilihan raya dulu (pilihan raya umum) di mana DUN Bandar itu orang-orang cina merasakan mereka perlu satu wakil dari etnik mereka tapi sekarang ini kita rasa ianya lebih bebas," ujar beliau.

Kemenangan PAS bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu menurut beliau adalah amat penting bagi membawa suara negeri dan apakah kekurangan-kekurangannya yang dibuat atau dilakukan oleh kerajaan pusat ke atas negeri.

Beliau menyebut antara pengkhianatan kerajaan Umno-BN Pusat kepada kerajaan dan rakyat negeri Terengganu adalah pengkhianatan kepada sistem demokrasi berparlimen, kemiskinan dan infrastruktur yang ketinggalan.

"Bila kita menang pada tahun 1999 dia rampas hasil minyak kita ini satu paling tidak demokratik (very undemocratic) ini kita kena sampaikan lagi di parlimen.

"Kemudiannya yang kedua, kemiskinan yang berterusan walaupun kita mendapat hasil banyak tapi rakyat Terengganu masih lagi termiskin kedua di Malaysia, tidak ada sebab (no reason), ini kita kena sampaikan kepada parlimen secara positif.

"Yang ketiganya kemudahan-kemudahan infrastruktur di negeri Terengganu sendiri, maknanya penumpuan (hendaklah dibuat) bukannya kepada mega projek yang tidak memberi keuntungan dan manafaat kepada rakyat secara langsung seperti Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam,"katanya yang dipetik Buletinonline.net selepas mesyuarat Perhubungan Negeri Terengganu di Kuala Ibai, baru-baru ini.

Beliau juga kesal kerana apa yang dapat dilihat sekarang ini ialah infrastruktur dalam bandar dan sekitar pinggir bandar yang masih lagi terlalu jauh kebelakang.

"Bila hujan lebat sikit, sudah ada banjir (di tempat ) yang tidak sepatutnya banjir. Ini adalah kegagalan-kegagalan dan kealpaan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), dan ini antara isu-isu yang besar yang kita akan kemukakan kepada rakyat (dalam pilihan raya kecil ini),"tambah beliau.

1 comment:

Anonymous said...

Kita lihatlah nanti jentera pilhanraya PAS atau BN yang kuat...