"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 10, 2008

Pemuda PAS: Fairus sukar ditemui

kemaskini 2:26pm Selepas 10 bulan Pakatan Rakyat merampas Pulau Pinang, Pemuda PAS negeri masih gagal bertemu secara rasmi dengan timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin walau telah berusaha beberapa kali, kata sumber dewan itu.

Lalu dewan itu menganggap pemimpin kerajaan Pulau Pinang itu tidak berminat berjumpa dengan barisan kepemimpinannya.

"Kita rasa malas (nak atur pertemuan lagi). Kita anggap (beliau) tak mahu jumpa," sumber itu memberitahu Malaysiakini, mengulas dakwaan wakil rakyat PKR itu "tidak cekap" sehingga mendorong beberapa pegawainya meletakkan jawatan.

Mohammad Fairus minggu lepas menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.

Kata sumber itu lagi, pertemuan Pemuda PAS dengan Mohammad Fairus yang juga exco agama negeri antara lain bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan hal-ehwal Islam dan kedudukan sosio-ekonomi serta pendidikan orang Melayu di negeri tersebut.

Walaupun mendapat maklum balas daripada pemimpin negeri itu melalui surat atau faksimili untuk berjumpa tetapi tiada tarikh khusus ditetapkan, kata sumber lagi.

fairus khairuddin and penangMohammad Fairus pernah sekali bersedia bertemu mereka tetapi dibatalkan oleh Dewan Pemuda PAS akibat masalah keluarga seorang pemimpinnya.

Barisan kepemimpinan Pemuda PAS negeri bagaimanapun tidak berselisih faham atau perkelahian dengan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, tambah sumber.

Pemuda PAS negeri tidak menafikan laporan media berhubung prestasi rendah PKR itu itu yang didakwa tidak cekap mentadbir, termasuk sering lambat menghadiri program dan mesyuarat.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, timbalan ketua menteri itu menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan pemimpin PAS neger, termasuk Dewan Pemudanya.

"Saya tidak ada masalah dengan PAS. Saya sentiasa adakan pertemuan dengan YB Hamdan dan ustaz Salleh Man.

"Saya adakan pertemuan berterusan (dengan negeri) dan mempertahankan hubungan baik (dengan mereka)," katanya.

Hamdan Abdul Rahman adalah ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, bersebelahan Penanti, manakala Salleh Man pesuruhjaya PAS negeri.

Mohammad Fairus juga menegaskan kesediaannya bertemu dengan pemimpin Pemuda PAS "dalam masa yang terdekat" untuk membincangkan isu-isu tersebut.

Manakala seorang pemimpin AMK negeri - yang enggan dikenali - menyifatkan prestasi pemimpin itu "ada peningkatan" dan "ada banyak perubahan."

Beliau menjelaskan, timbalan pengerusi badan perhubungan PKR itu sejak dua atau tiga bulan kebelakangan sering menepati masa dan memenuhi temujanji.

"Sekarang beliau (Fairus) mengambil perhatian dengan teguran (daripada pimpinan PKR)," kata pemimpin AMK itu.

No comments: