"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 10, 2008

Jabatan Cerun Diarah Buat Kajian Terperinci Kejadian Tanah Runtuh, Kata Zin

Jabatan Cerun diarahkan membuat kaji selidik terperinci di kawasan berlakunya tanah runtuh di sekitar Bukit Antarabangsa dengan serta-merta, kata Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata jabatan berkenaan akan melakukan kajian teknikal dengan aspek kejuruteraan forensik supaya data tertentu dapat diperolehi seterusnya memberikan gambaran jelas keadaan di kawasan itu.

"Mungkin dengan data yang sedia ada ini, kita boleh memberi gambaran yang jelas di kawasan tersebut. Kalau hujan berlarutan ini akan lebih memudaratkan kawasan tersebut. Kajian untuk beri gambaran awal akan dapat dilakukan dengan laporan geoteknikal," katanya kepada pemberita di sini hari Selasa.

Beliau juga dimaklumkan kawasan terbabit adalah kawasan mukabumi yang terdedah kepada ancaman tanah runtuh dan jabatan terbabit sedang melakukan pemantauan.

"Oleh itu dalam keadaan sedia ada semua pihak harus mengambil langkah lebih berhati-hati dan menerima nasihat daripada pakar geoteknik.

Saya kira arahan Perdana Menteri supaya semua pembangunan (di kawasan tanah tinggi) diberhentikan adalah tepat dan sesuai dalam iklim dan suasana yang dihadapi masa kini," katanya.

Mengenai kawasan tanah tinggi yang membabitkan lebuh raya, Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sentiasa menggunakan helikopter untuk meneliti kawasan yang terdapat takungan air apabila hujan dan pemantauan dilakukan berterusan.

"Ia bagi memastikan sistem aliran (kawasan takungan air) tidak mengancam kestabilan tanah," katanya.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga membuat pemantauan sehingga selesai musim tengkujuh, katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Langkah ini perlu untuk membantu menyelesaikan permasalahan berkaitan struktur tanah, sistem pengairan di kawasan bukit dan cerun dan kecerunan bukit serta kesesuaian untuk dibangunkan. Ia perlu supaya kejadian yang sama tidak berulang kembali melainkan atas kehendakNya jua... Kita hanya berusaha tapi Allah Taala yang menentukan...