"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 10, 2008

Ibadan Haji Lontar Jamrah Jalan Lancar

Ibadah melontar jamrah pada tiga hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) yang bermula menjelang fajar hari Selasa berjalan lancar sehingga awal petang termasuk melibatkan sebahagian kecil jemaah haji Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagi menjamin keselamatan dan keselesaan, sebahagian besar jemaah Malaysia dijadualkan melakukan ibadah itu sebaik sahaja masuk waktu solat isyak Selasa malam.

"Jemaah kita diatur ke dalam kumpulan-kumpulan kecil terdiri daripada tidak lebih 250 orang bagi mempastikan mereka dapat melontar dengan sempurna," kata beliau yang turut mengerjakan haji kepada wartawan Malaysia.

"Langkah kerajaan Saudi membesarkan jamrah dan membahagikan kawasan melontar mengikut wilayah negara-negara jemaah haji juga melicinkan dan lebih selamat," kata beliau.

"Jemaah kini tidak lagi perlu berhimpit-himpit untuk melontar," katanya.

Isnin malam, Dr Zahid sempat meninjau khemah jemaah haji pakej Almaas (pakej harga tertinggi) dari Malaysia yang terletak di pinggir kawasan kompleks jamrah di sini.

Beliau menyatakan rasa puashati dengan operasi pengangkutan jemaah haji negara dari Arafah ke sini malam Ahad lalu yang disusun TH dengan kerjasama agensi haji Saudi yang berjalan lancar.

"Perjalanan (pengangkutan jemaah) dari Arafah ke Mudzalifah, Alhamdulilah saya dapat laporan tiada yang lewat, kecuali pasukan media.

Semua jemaah kita telah berada di sini dan telah melontar jamrah Kubro," katanya merujuk ibadah lontar jamrah Kubro, satu daripada tiga jamrah, pada 10 Zulhijjah sebelum mereka melontar ketiga-tiga jamrah pada hari Tasyriq.

Pasukan media merupakan kumpulan terakhir meninggalkan Arafah pada kira-kira pukul 1 pagi, tujuh jam selepas kumpulan pertama jemaah bergerak ke Mina kerana bas mereka dinaiki jemaah lain dan mereka terpaksa menunggu kenderaan gantian.

Dr Zahid mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Saudi kerana memperbaiki sistem trafik jemaah dari Makkah ke Arafah yang kini berjalan lancar, sambil menambah mengikut pengalamannya semasa mengerjakan haji pada tahun 2006 ada jemaah lewat tiba di Arafah sehingga 22 jam.

Beliau selanjutnya berkata TH akan membuat kaji selidik maklumbalas daripada jemaah haji negara terhadap perkhidmatan dan penemuannya akan digunakan untuk memperbaiki lagi pelayanan mereka.

"Kita juga akan memantau surat-surat kepada pengarang akhbar dari pembaca dan blog.

Bagaimanapun, saya minta semua maklum balas janganlah berniat memburuk-buruk seseorang kerana sebab-sebab politik," katanya.

Katanya, pengurusan yang baik dan cekap TH telah membantu menaikkan imej negara dan ini perlu sentiasa dikekal dan dipertingkatkan.

1 comment:

Anonymous said...

Tindakan Zahid Hamidi yang menunaikan haji sambil meninjau infrastruktur dan perkhidmatan yang disediakan, sistem yang digunakan dan permasalahan jemaah haji Malaysia dilihat sebagai satu langkah yang baik untuk memantau perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Malaysia yang menunaikan haji.. Sambil beliau menunaikan haji, beliau dapat sama turun padang melihat bagaimana keadaan jemaah haji kita di sana...