"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, December 11, 2008

Mesyuarat PPP tergempar bincang kedudukan dlm BN - malaysiakini

Kemelut Parti Progresif Penduduk (PPP) yang bergolak sejak kelmarin dijadual berakhir apabila parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar bersama anggota Majlis Tertinggi parti itu petang ini.

Mesyuarat tergempar itu dijadualkan berlangsung pada jam dua petang manakala sidang media akan diadakan pada jam 3 petang ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Naib Presiden Kanan parti itu, Datuk Lee Heng sebentar tadi.

“Ya, petang ini kami akan mengadakan mesyuarat tergempar bersama anggota Majlis Tertinggi untuk membincangkan mengenai kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN),” katanya kepada mStar Online hari ini.

Semua anggota Majlis Tertinggi parti itu dijadualkan akan hadir pada mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tergempar pada petang ini akan turut dipengerusikan oleh Lee Heng sendiri.

Beliau juga mengesahkan bahawa Presiden parti, Datuk M.Kayveas tidak akan hadir.

Difahamkan, pada ketika ini Kayveas berada di luar negara atas urusan kerja dan beliau dijadualkan pulang ke tanah air pada 24 Disember ini.

Kelmarin Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan parti itu bebas untuk keluar daripada gagasan Barisan Nasional jika ingin berbuat demikian.

"Jika itu pilihan mereka, apa yang kami boleh buat?" katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Tegas Abdullah, kerajaan tiada perancangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Baru-baru ini, PPP telah mendesak supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipinda sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 ataupun parti itu akan keluar daripada BN.

2 comments:

azza said...

"ada tak menambahkan, tak de tak mengurangkan." Tak dak satu kerusi pun PPP ni menang. Semuanya lingkup.

Anonymous said...

Apa yang dikatakan Kayveas nak keluar dari gabongan BN tu hanyalah auta banggali saja. Cakap orang politi mana boleh percaya.

Semua orang politik sama ada dari parti pemerintah atau pembangkang memang suka bercakap dengan angan-angan, supaya orang yang mendengar akan terhibur dan dan terpengaruh.

"CAKAP TAK SERUPA BIKIN"