"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, December 11, 2008

Penduduk Booo YB Azmin? - malaysiakini

Ya... macam tu la lebih kurang berita TV3 suku konon untuk tunjukkan bahawa wakil rakyat kawasan depa tu tak prihatin, ada jugak dalam rakaman tu depa tunjuk penduduk merungut pasai pihak PBT, Askar dan jugak RELA tak tolong depa angkut barang-barang depa.

Orang UMNO cukup suka, ramai yang melompat-lompat mengalahkan beruk Mat Ye bila TV3 suku dok tayang berita tu. depa pakat-pakat jerit depan TV "woo woo woo woo woo" sebijik macam beruk muka putih aka bo'bong.

Sebenarnya dari awal lagi aku tak berapa rajin nak komen apa-apa pasai kejadian tanah runtuh ni. dalam weblog aku pun aku tak taip walau 1 pun artikel berkenan tragedi ni cuma ciplak dari media-media lain sebagai tatapan pembaca je.

Hari ni lepas aku tengok rakaman berita TV3 suku dan jugak dengar komen-komen pencacai-pencacai aka beruk-beruk Mat Ye peliharaan UMNO/BN, aku rasa nak komen sikit lebih kurang ikut pandangan aku. mungkin pandangan aku tak sama dengan korang dan mungkin jugak pandangan aku dalam hal ni agak "zalim" bagi mangsa-mangsa taapi nak buat macam mana kan?

Pandangan aku, bukan pandangan orang lain.

Hal yang pertama, rumah dekat lereng bukit runtuh. ni bukan boleh nak elak, kalau dah duduk dekat lereng bukit, macam-macam bahaya datang. tanah runtuh tu perkara biasa kalau dekat lereng bukit.

Bila runtuh, penduduk sibuk dok tuding sana-sini cari silap semua orang. kerajaan salah, PBT salah, pemaju salah, semua salah, yang betul cuma pembeli.

Pasai apa nak salahkan kerajaan? bukan dulu hangpa pilih kerajaan pasai kerajaan janjikan pembangunan dekat hangpa ka? itu janji kerajaan dekat penduduk. itu janji kerajaan dekat pengundi, itu janji kerajaan pada semua orang. kalau tak bagi, hangpa habaq kerajaan salah, bila dah bagi, pun hangpa habaq kerajaan salah jugak.

Kerajaan dengan pembangunan memang tak dapak nak elak. macam isi dengan kuku. aku habaq kerajaan tak salah.

Salahkan PBT pulak. pasai apa nak salahkan PBT? PBT buat kerja depa. ada projek, ada tanah, kertas kerja cantik, financial cantik, pelan cantik... jalan. kalau tak lepas kang kena tuduh diskriminasi pulak. kalau tak lepas kang habaq PBT lembab pulak, kalau tak lepas kang habaq PBT halang kerja-kerja pembangunan pulak.

Aku habaq PBT tak salah. yang salah orang lain.

Depa tuding pulak dekat pemaju. pemaju salah pasai jual rumah dekat kawasan yang tak selamat. awat pemaju salah pulak? pemaju tu peniaga, peniaga kereja dia carik untung. kalau tak untung tak de sape nak jadi pemaju.

Orang meniaga apa endaknya kalau bukan untung? pedulik la dengan keselamatan. korang ingat semua barang yang korang beli tu selamat ke? amik mancis tu hangpa cucuh dekat langsir rumah tengok apa jadi? selamat ka? aku kalau ada duit banyak, aku pun nak jadik pemaju. kalau aku jadik pemaju, dalam laut pun aku nak buat rumah. hangpa pedulik apa? hangpa nak lemas ke aku pedulik apa?

Kalau aku jadik pemaju, dekat puncak gunung berapi pun kalau boleh aku nak buat rumah. lagi cantik pemandangan dekat situ. sape nak beli boleh beli, sape tak nak beli aku tak paksa. sendiri mau ingat. aku tau aku nak untung je, sebab aku - pemaju. tak betoi?

Aku rasa aku nak salahkan pembeli. yang hangpa pi gatai-gatai beli rumah dekat kawasan risiko tinggi tu apahal? bukan hangpa tak tau apa jadi dengan kondo highland tower. tapi hangpa tak mau belajaq. nak tunjuk hangpa ni golongan berprestij. orang status tinggi. high class. dok dekat tempat tinggi. nampak sebijik KL dari balcony.

Bila orang tanya rumah u dekat mana? owh... rumah i yg dekat lereng bukit tu... dari KLCC boleh nampak rumah I, dari rumah I pun boleh nampak KLCC... ha... itu yang hangpa nak kan? jadik kalau dah berani beli rumah dekat kawasan macam tu, hangpa kena la berani dan tanggung apa-apa risiko bila beli rumah tu.

Tak payah la nak salahkan sape-sape bila jadi macam ni, tak payah nak tuding sana tuding sini bila jadi macam ni.

Salahkan diri sendiri sebab pi beli rumah dekat kawasan tu.

Lagi satu hal pulak, dok mengamuk marah PBT, marah Askar, marah semua yang ada kat sana sebab tak tolong angkat barang tu apahal?

Ni penyakit gila babi orang kaya-kaya. hidup dilimpahi kesenangan, bila tuhan bagi sikit kesusahan, tak reti nak muhasabah diri. baru je Allah bagi ujian, tak sedar-sedar jugak. tak reti nak bersyukur. sebab tu dari awal lagi aku tak minat nak komen pasai trajedi ni. aku dah kenal rupa orang sana.

Hangpa ingat askar pi sana nak tolong hangpa angkat kotak ka? awat? hangpa dah cacat dah ka? kalau aku jadik jeneral askar dekat sana, memang aku dah bagi arahan suruh gerak balik je. pi susah-susah tolong pun dok merungut lagi. nak cakap cacat, boleh pulak merungut, boleh pulak dok booo sana booo sini. ni perangai binatang. perangai anjing.

Pernah dengar peribahasa "melepaskan anjing yang tersepit"?

Yang dok komplen tu hang ingat hang sorang je ke yang depa nak kena bantu? beribu-ribu orang dekat sana hangpa tau dak? sebab tu aku habaq, orang-orang kat sana ni kebanyakannya spisis yang tak sedar diri. sebab tu aku tak salahkan kerajaan, PBT, pemaju atau yang lain-lain. aku salahkan pembeli.

Depa ingat harta depa boleh beli dunia ka?

Dah la... aku meluat nak taip banyak-banyak pasai penduduk-penduduk "malang tapi sombong". makin banyak lak yang kene maki kang.

Daripada aku dok bela orang-orang yang tak sedar diri macam depa ni, baik aku pi tolong orang-orang susah yang tak dak tanah, tak dak rumah, tak dak tempat berteduh tapi tak pernah merungut, tak pernah menuding orang tu salah, orang ni salah.

Penduduk yang jadik mangsa patutnya bersyukur nyawa hang tak kene tarik dek Allah. dah la tak reti nak bersyukur, dok menyalah sana sini pulak. askar kerjanya ngangkat kotak ke? polis kerjanya ngangkat kotak ke? RELA kerjanya ngangkat kotak ke?

Habis kalau dah semua ngangkat kotak, sape nak jaga keselamatan penduduk? sape nak pantau keadaan keselamatan kawasan kejadian? sape nak kawal atau guide penduduk andainya tiba-tiba berlaku lagi runtuhan?

Polis angkat kotak, askar angkat kotak, RELA angkat kotak semua sukarelawan angkat kotak. penduduk angkat apa? angkat tangan tuding sana, tuding sini je? BANYAK CANTIK KORANG PUNYA MUKA!

KHAK PTUIH...!!!

Lepas ni bila semua dok angkat kotak, ada pulak penduduk komplen, depa ni asyik angkat kotak jeee...!!! kerja lain banyak lagi...

Apa korang ingat semua sukarelawan ngan badan uniform tu orang gaji hangpa ke?

15 comments:

ISA said...

Topeng,

Kata tak mau taip panjang2, tapi panjang berjela jugak hang belasah.

Hang barutau ka perangai puak kaya tu, aku dah belasah dalam blog aku dan komen dalam blog member yang lain sejak hari sabtu lepas lagi.

Sebab menyampah dengan sikap double standard kerajaan dan sikap mengada-ngada diorang.

mula-mula kejadian ada juga simpati, lepas tu banyak pula sohgeh diorang demand itu dan ini, hilang terus rasa simpati dan naik menyampah pulak.

Dan aku boikot terus segala sumbangan apa ke haram jadah untuk manusia lupa diri tu, baik aku bagi sumbangan pada mangsa banjir dan yang amat memerlukan.

p/s: Aku nak buat rumah betul2 tepi pantai, bila kena bencana aku nak minta duduk hotel lepas tu aku saman kerajaan, bolehkan macam tu?

Mr Joker said...

ISA - tak boleh tahan beb... ikut hati aku mau sampai abis dakwat PC ni aku taip... nasib la dah lewat mlm.

zul mamak png said...

dah berita tu pun dari tivi 3 suku maana la leh nak pecaya....
yang betoinya yb azmin p tenteramkan penduduk yang sedang marahkan pbt yang tidak menjalankan tugas dengan baik

Anonymous said...

Itula aku cakap kat dia org ni. Makin kaya & pandai, makin bodoh & sombong.Aku raser xsilap kalau aku cakap....KALAU CAMNILA PERANGAI DIA ORG, PADAN MUKA KENA MUSIBAH. KORANG MARAH? PEDULIK HAPA HAKU?!!!

Anonymous said...

Salam takziah buat mereka yg degil dan menghuni bukit antarabangsa

Anonymous said...

ME DGR SBNRNYE LEBEY DR 4 NYAWA YG TKORBAN MS BENCANA TU. ALMOST SAME LIKE HIGHLAND TOWERS JUMLAHNYA.BUT YG D PAPAR KN DLM BERITA HANYA 4 SAHAJA..
INI DR SUMBER2 YG BULEH DPERCAYAI..
HURRMM...
SO SAD..
MY FREN SAID..DIE NGADU PD PIHAK PULIS MENYATAKN KWN DIE ILANG..YG TGL SERUMAH DGNNYA D SANA..BUT PULIS SAID, DONT KECOH2..DIAM2 DULU..

ISHISHISH....

NWEI, TAKZIAH PD KELUARGA MANGSA..

alrawa said...

Masa babi2 pekan tu dok merungut, aku nampak sekumpulan babi hutan sedang mencari makan.
Aku rasa, babi2 hutan tu nak tunjuk kepada babi2 pekan bahawa jangan suka merungut dan malas kerja.
Lagi pun, bukan kah satu risiko bagi babi2 hutan ni 'menampilkan' diri mereka diluar hutan?

Anonymous said...

Masa dengar berita radio jam 6.00 pagi pada hari kejadian aku terkejut gak sebab adik aku tinggal bersebelahan. Lepas tu aku sibuk mengikuti berita terkini TV3 setiap jam, hati memang penuh dengan rasa simpati. Lebih lagi ramai penghuni kat situ orang Islam yang nak sambut Aidil Adha.

Tup-tup... bila aku tengok berita jam 8.00 mlm TV3 2 mlm lepas, hati aku terus menyumpah-nyumpah. Hilang terus rasa simpati kepada mereka.

Bahasa yang sesuai ditujukan kepada mereka-mereka ni ialah "GO TO HELL".

Maaf le hati tengah marah dan meluat ni melihat gelagat mereka yang reti menginsafi diri sebagai hamba Allah. Asyik orang lain je yang salah.

DMP KEDAH said...

Setiap musibah ada hikmahnya, seharusnya semua pihak menginsafi akan kejadian tersebut bukan marah-marah. Janganlah nak saman sapa-sapa...
Peristiwa kejadian korban demi korban yang terjadi sejak kebelakangan ini sebenarnya besar hikmahnya. Walaupun kita tidak menafikan tentang kesan bencana alam tetapi hakikatnya setiap peristiwa mesti ada kaitan dan peringatan dari Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud " Segala kerosakan di atas muka bumi ini adalah dari usaha tangan-tangan manusia sendiri….. “ Ini menunjukkan segala kerosakan di muka bumi Allah ini adalah kesan kerja buat manusia yang masih kurangnya pengorbanan, lupa panduan Allah kerana sesungguhnya bukit bukau, gunung ganang adalah menjadi pasak bumi ini, jika diganggu maka akan musnahlah alam ini. Oleh itu marilah sama-sama kita mentadbir bumi Allah ini mengikut panduanNya bukan ikut suka hati sahaja. Berkorban agar tidak ikut rasa sedap hati itu pun korban juga namanya...

azza said...

Bagi yg yakin tiada lagi kejadian tanah runtuh, eloklah terus tinggal d situ. Nanti jadi kaws. penagih dadahlah plak mcm Highland Tower tu.

Anonymous said...

Kita nak tolong ape lagi... tolong simpati pun dah cukup baik dah. Duit banyak2 beli rumah mahal2 Banglo lereng bukit... tak mikio keselamatan, janji mau stail beb!
Bila dah jadi macam ni baru nak persalah orang... minta bantuan mengemis sana-sini.

Lu pikio la sendiri beberapa ramai yang lebih susah nak dapat rumah berteduh...
hangpa dah banyak duit, beli rumah yg berjuta-juta, diturunkan ujian dek Tuhan sibuk minta bantuan, pikir nak bayo loan... drp bantu hang yang dah kaya-raya baguih lagi bantu org miskin. bantu hangpa serope bantu Siti ngan Datuk K.

Baru sehari tak dapat makan dah mcm anjing menyalak bukit... kat luar sana, org 7 hari 7 mlm tak makan, hanya kulit yang pegang tulang temulang... x jerit pun. Malu sikit la weh...!

Anonymous said...

Aku tengok berita kat TV juga. orang yang komen kata askar, polis dan rela tak angkat barang bini dia tu. memang tak sedar diri...... muka belagak saja.... jenis manusia yang tak pernah susah.....pirah tuih....

Anonymous said...

itu la antara kerenah orang kaya-kaya dan berpengaruh. mereka ingat semua petugas yang berada di situ hamba mereka. baru rasa susah macam itu dah melalak, siap demand pula tu.. kesian pada keluarga para petugas yang mengharapkan mereka berada di sisi membuat persiapan hari raya. memang manusia tak mengenang budi betul mereka yang tak berterima kasih tu. betul kata orang tua-tua, macam melepaskan anjing tersepit.

Anonymous said...

aku bersimpati dengan mangsa-mangsa kat BA.seriously.abis ranap semuanya dalam sekelip mata.

tapi ini menunjukkan beza orang yang selalu susah dengan yang jarang susah.orang yang selalu sudah dia tak merungut dan komplain.orang yang tak selalu susah macam orang yang marah tentera dan RELA sebab tak tolong angkat beg.benda macam tu pun nak marah-marah.

Unknown said...

memang macam ni la perangai orang yang berlagak dan tak biasa susah.dah ditimpa bala pun nak cari salah orang lain lagi.orang lain punyalah bersimpati dengan nasib mereka tapi ada pulak yang cuba mengambil kesempatan.

wajarkah kerajaan disaman disebabkan peristiwa yang berlaku?.banyak faktor yang menyebabkan benda ni berlaku.dari pemilik,pemaju,alam sekitar dan kerajaan - semuanya ada kaitan.