"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, January 07, 2009

Bekalan darah jenis 'O' kurang

Tabung Darah Negara mengalami kekurangan darah jenis 'O' sejak Disember lepas, kata Ketua Kempen Derma Darah Pusat Darah Negara (PDN), Dr. C. Chitra.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menerusi Unit Bergerak PDN kini giat menjalankan kempen derma darah di kawasan Lembah Klang bagi meningkatkan kembali bekalan darah jenis itu.

''PDN mengalami kekurangan darah sejak Disember tahun lepas dan pada tahun ini, PDN akan menggiatkan kempen derma darah bagi memastikan bekalan darah di PDN mencukupi.

''Orang ramai juga dirayu menderma darah mereka bagi menampung bekalan itu,'' katanya ketika ditemui pada kempen derma darah di sebuah pasar raya terkemuka di sini hari ini.

Selain itu, katanya lagi, PDN perlu memastikan bekalan darah mencukupi untuk diedarkan ke hospital-hospital kerajaan dan swasta di Lembah Klang.

''Tahun lepas, PDN sudah menjalankan kempen, tetapi bermula cuti Disember tahun lepas, kempen yang dijalankan kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.

''Jadi, bermula awal bulan ini, PDN akan menggiatkan kempen derma darah ini dan untuk makluman orang ramai setiap hari PDN menjalankan kempen ini di lokasi berbeza sekitar Lembah Klang," katanya

Menurut Dr. Chitra, kempen derma darah itu kini diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dan akan berakhir esok.

Selain itu, beliau berkata, Unit Bergerak PDN juga hari ini berada di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi untuk selama lima hari bagi menjalankan kempen itu.

1 comment:

Anonymous said...

Kempen derma darah harus dijalankan setiap masa untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi. Selain daripada dapat membuat amal dan pahala, dengan menderma darah kita boleh mencuci darah dalam badan kita... Marilah kita bersama-sama menderma darah demi kepentingan bersama...