"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 06, 2009

Karpal Mahu Syed Hamid Dedahkan Bentuk Kajian

Pengerusi DAP Karpal Singh hari Isnin meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mendedahkan kepada umum bentuk kajian dijalankan kerajaan dan kesimpulannya yang menyatakan majoriti rakyat Malaysia menyokong dikekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Karpal, MP Bukit Gelugor berkata pungutan suara hanyalah satu-satunya cara yang dapat menilai sama ada terdapat sokongan bagi mengekalkan ISA.

"Satu-satunya cara untuk menilai sama ada terdapat sokongan bagi mengekalkan ISA ialah dengan mengadakan pungutan suara yang perlu dilakukan oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, mengulas kenyataan Syed Hamid semalam.

Pada forum berjudul "Apakah ISA masih relevan" di Shah Alam, menteri itu dilaporkan berkata kajian oleh kerajaan menunjukkan majoriti rakyat Malaysia masih menyokong ISA dikekalkan.

Karpal juga berkata penegasan menteri itu bahawa ISA adalah untuk memulih tahanan adalah hambar.

"Saya sendiri seorang tahanan di bawah ISA dan tidak terdapat langsung program, pelajaran atau kuliah untuk pemulihan," kata beliau.

1 comment:

Anonymous said...

ISA masih relevan. Akta ini perlu untuk tindakan pencegahan yang serta merta. Tidak perlu menunggu hingga keadaan tidak dapat dikawal. Kurangkan birokrasi dalam sistem perundangan. ISA terbukti keberkesanannya dari mula merdeka hingga sekarang. Hanya mereka yang mempunyai cita-cita tertentu sahaja yang akan merasa tidak selesa dengan akta ini.