"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, June 08, 2009

Contributors http://perisik-rakyat.com/

Makluman untuk semua...

Untuk memantapkan lagi website http://perisik-rakyat.com/, maka dengan itu aku mengisytiharkan bahawa bermula dari minggu lepas, aku telah menjemput beberapa penulis dan juga pengkomen yang aktif untuk menjadi penulis dan juga penyalur maklumat dalam website ini.

Antara mereka-mereka ialah Alfa200, Tulang Besi, Pengliporlari, Kudin Mansor dan juga Yeols.

Jadi kalau korang baca mana-mana artikel, perhatikan dekat bawah "posted by" sape... kang korang komen tersalah tembak penulis kang naya je...

Wokey...

12 comments:

Kapak Batu said...

sy nk tahu berapa byk puncak niaga seponser pada muktamar pas itu hari!!

tok iskandar said...

Pesuruhjaya PAS,Ustaz Ahmad Awang dalam temuramah yang disiarkan dalam NST Online berkata,ada pemimpin PAS yang melobi agar PAS bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan campuran di Perak selepas PRU yang lepas.Bila ditanya,beliau enggan menjelaskan identiti individu yang terbabit.
Memang haru sampai penyokong-penyokong PAS di peringkat akar umbipun keliru.Ketua Dewan Ulama,Ustaz Harun Taib ketika ditanya mengenai kerajaan perpaduan juga keliru.

Setahu tok,dalam hirarki kepimpinan PAS,Mursyidul Am,TG Nik Aziz adalah tempat rujukan semua ahli PAS dan segala keputusannya tidak boleh dibantah sesiapapun hatta Presiden PAS sendiri.Persoalannya,agenda kerajaan perpaduan ini tidak dibincangkan langsung dalam muktamar PAS.Ada ahli PAS menganggapnya sebagai gimik politik sahaja.Ada ahli PAS yang bingung kerana majlis syura sudah bersetuju untuk memperkasakan Pakatan Rakyat.Bantahan keras TG Nik Aziz yang mengatakan kerajaan perpaduan itu mengarut dalam ucapannya di Stadium Melawati pada Sabtu lepas dikatakan pandangan peribadinya amatlah menyedihkan.Sekarang siapa tak hormat kepada ulama dan mereka yang lebih tua daripadanya.

Paling menghairankan kenapa ucapan TG Nik Aziz ini tidak disiarkan oleh laman web harakahdaily.Beliau adalah seorang tokoh pemimpin PAS dan bukannya pemimpin UMNO.Siapa pula di belakang tabir harakahdaily yang begitu berani untuk tidak menyiarkan ucapan TG Nik Aziz.

Ahli-ahli UMNO sendiri turut keliru dengan agenda kerajaan perpaduan.Menurut sumber dalam UMNO sendiri,kerajaan perpaduan ini melibatkan Pak Lah dan proksinya kerana mereka meragui kredibiliti Najib memerintah negara.Jika berlaku,mungkin rundingan ini di antara PAS dengan Pak Lah yang masih mempunyai pengaruh di kalangang pengikutnya di parlimen.

Pada pandangan peribadi tok,eloklah TG Haji Hadi menyatakan dulu perancangannya kepada TG Nik Aziz kerana ahli-ahli PAS melihat tindakannya membelakangkan TG Nik Aziz adalah kurang wajar.Sebelum menerangkan kepada rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat,eloklah bersemuka dengan TG Nik Aziz.
Jangan kita lupa persediaan di Manik Urai dan sebarang keputusan PAS mengenai kerajaan perpaduan akan menjauhkan parti itu dengan rakan-rakan komponen di dalam Pakatan Rakyat.Tidak mustahil ketika itu PAS akan kehilangan sokongan bukan Melayu.

Tok seperti majoriti ahli PAS yang lain akan berdiri teguh bersama-sama TG Nik Aziz menolak cadangan kerajaan perpaduan yang mengarut ini.Kami tidak bersalah kerana kami sekadar mengikut pendirian pimpinan tertinggi kami.

Anonymous said...

PR FOR ALL ;
PAS FOR FALL ;
UMNO FOR HELL ;

zali said...

penulis jembutan/tambahan la
pulak...

reramai pun tak ada gunanya kalau
semua jenis mangkuk serupa awak...

apapun sebagai latihan
pertama...haa sila la jawab
persoalan dari en.real aduka yang
memang real dengan soalannya tu...

ni saya paste balik soalannya tu
agar terang dan jelas.

'sy nk tahu berapa byk puncak niaga seponser pada muktamar pas itu hari!!'

tok iskandar said...

Kecewa benar tok dengan kenyataan ustaz nasha yang mengatakan pandangan TG Nik Aziz yang menentang kerajaan perpaduan sebagai pandangan peribadinya.
Dengan kedudukan ustaz nasha sebagai Timbalan Presiden PAS,sepatutnya kata-kata yang dikeluarkan lebih halus dan lembut.

TG Nik Aziz seorang yang berfikiran terbuka.Jika beliau sanggup berlapang dada menerima Ibrahim Ali dan Zaid Ibrahim,mengapa tidak dijelaskan kepada beliau isu kerajaan perpaduan ini.Sudahlah usul ini tidak dibincangkan dalam muktamar baru-baru ini dan majlis syura sendiri telah memutuskan untuk memperkasakan Pakatan Rakyat.
Mengapa pula ketika ini hendak di belakangkan keputusan majlis syura dan melangkaui Mursyidul Am PAS.
Ahli-ahli PAS semakin keliru.Tok harap Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Ahmad Awang dapat mendedahkan siapakah dalang yang mencadangkan PAS dan UMNO membentuk kerajaan campuran selepas PRU12 yang lepas.
Dalang inilah yang akan merosakkan parti dari dalam.
Elok pemimpin sebegini isi borang UMNO kalau dah ketagih nak join UMNO.
Ahli PAS bukan tak suka pada UMNO tanpa sebab.Banya fakta dan sebab musababnya.Isu Memali,penarikan royalti minyak,sekatan-sekatan yang dikenakan oleh kerajaan pusat BN kepada kerajaan PAS di Kelantan,rampasan kuasa UMNO di Perak dan suatu ketika dulu di Kelantan dan Terengganu sehingga tumbangnya kerajaan negeri PAS.Banyak lagi kalau nak tulis kat sini.
Pendekata,ingatlah pesan TG Nik Aziz,UMNO adalah telur-telur tinggalan penjajah Inggeris yang menetas satu persatu dan ianya perlu dihapuskan.

Anonymous said...

Bukan apa puak2 tuu kemaruk sangat nak jadi cam umno.Bleh kaya cepat,dapat projek juta2 punya laa kot.Hudud apa cerita plak,udah jadi huduh kot.apaaraa umno udah nak mampus hangpa terhegeh2 nak join depa piraaah......

Faisal said...

Jangan fitnah orang. Kalau nak tahu kita semua telah ditipu oleh si komunis LIM KIT SIANG

Anonymous said...

Najib C4 pegi negara komunis tu ponn kira kena tipu dengan komunis la gak ekk

real_aduhai said...

'sy nk tahu berapa byk puncak niaga seponser pada muktamar pas itu hari!!

'sy juga nak tahu berapa banyak tokey tokey judi sponsor pada UMNO setiap kali pemilihan UMNO dan pilihanraya!!

Anonymous said...

xberapa kenalla jemputan penulistu. bukan tak berapa kenal memang xkenalpun. Jadi carilah mcm faisal tehranike, samsul iskandarke, YB Nizarke..barulah syok nak baca

pengliporlari said...

perisik rakyat tak pegang bil...bil air rumah pun tertunggak,biar susah tapi tak mengampu!

Anonymous said...

tak payahlah nak tulis-tulis kalau tulisan tu sekadar berita-berita karut dan fitnah tentang pemimpin serta orang lain..

yang bakal menulis pun kena selidiki diri sendiri dulu

nak tulis biarlah berdasarkan fakta yang betul...yang membangunkan minda dan boleh meningkatkan iman..yang mencuci hati..

kalau nak menulis tentang keburukan kerajaan yang sedia ada sekarang boleh, tetapi di samping itu berilah idea yang bernas untuk atau spesifikasi 'kerajaan yang cemerlang' itu macam mana?

pendapat berdasarkan apa? al-quran atau sunnah atau hadis..?

apa lagi yang menjadi panduan bagi orang islam? kalau tidak al-quran/hadis dan sunah?

fitnah memfitnah, kata mengata, tuduh menuduh sehingga berlaku perpecahan di kalangan umat Islam tu ajaran dari mana?


bawa-bawalah sayangi Allah, rasulullah dan turutilah perintahNya..