"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, June 08, 2009

Tegur-Teguran, Senggol-Senggolan Untuk Pimpinan PAS - malaysiakini

Aku tengah berkira-kira dan tengah mencari idea nak publish apa-apa artikel yang seronook untuk dibaca... tapi kering-kontang...

Tau-tau ada sorang pengomen tinggalkan komen yang best untuk diambil perhatian oleh pucuk pimpinan PAS dan aku sangat-sangat bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh pengomen dibawah... aku publishkan untuk tatapan semua. adat... lepas ni memang ada yang tak puas hati dengan luahan macam ni atas alasan "kita mesti hormat pimpinan"...

Ya... yang tu memang aku akui... tapi kita kena ingat... pimpinan tak selalunya betul... kena pulak kalau ada orang-orang yang berkepentingan dikeliling pimpinan tertinggi... maklumat dari bawah semua kena tapis dan akhirnya pimpinan tertinggi buat keputusan yang tak betul, tak selari dengan kehendak penyokong dan juga ahli parti.

Jangan jadi macam UMNgOk...

Moh baca semua apa kata Mohd.Islahuddin.

Anonymous has left a new comment on your post "Keputusan Muktamar 55: Sungguh Pelik, Sungguh Hair...":

Assalamualaikum kepada semua...

Muktamar sudah, pemilihan jawatan pun sudah. Banyak komen dan pandangan yang keluar dan tertulis di alam maya ini. ade yang sedih dan ada yang gembira. Apapun pun cuba kita lihat, Umeno sudah memainkan lebih peranan dalam memperlagakan/memecahbelahkan PR. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah kepada TG Presiden dan Timb.Presiden, segerakanlah keluarkan statement yang jelas untuk ahli PAS memahami dgn jelas pendirian kalian berdua tentang KERAJAAN PERPADUAN dengan Umeno.

Saya sebagai seorang penyokong kuat PAS percaya, sekiranya berlaku sekali lagi perbincangan dengan Barua Umeno, saya sendiri walaupun hanya satu undi,AKAN KU BERJANJI, TIDAK AKAN AKU BERIKAN LAGI KEPADA BARUA PAS YANG BERSETUJU BERSEKONGKONG DENGAN UMENO. TIDAK AKAN AKU HALALKAN WALAU SESEN PUN DUIT YANG SELAMA INI AKU DERMAKAN UNTUK KERJA PARTI PAS SELAMA INI. LIHATLAH KEMBALI APA YANG UMENO TELAH LAKUKAN KEPADA KAMI RAKYAT SEKELIAN.

DI KELANTAN, TIDAK ADA SATU SEN PUN BANTUAN DISALURKAN MELALUI KERAJAAN NEGERI. MALAHAN TG NIK AZIZ BERJAYA SELESAIKAN 98% HUTANG KERAJAAN NEGERI TANPA BANTUAN DARI UMENO.

DI KELANTAN JUGALAH BERMULANYA PENARIKAN SUBSIDI UNTUK ANAK2 KECIL BERSEKOLAH DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT.

DI KELANTAN JUGALAH KERAJAAN PAS DI'KERA DAN DIMONYETKAN' SEHINGGA BELAKU DARURAT DAN RAMPASAN KUASA.

KALAU NAK DIUNGKITKAN MASALAH MELAYU, LIHATLAH PULAU PINANG APA YANG JADI PADA MELAYU PULAU PINANG. TAK PAYAH NAK ULAS.

KALAU DI KEDAH, LIHATLAH KAWAN2.. UMENO MENINGGALKAN RM2 BILLION TAHI YANG NAK KENA CUCI TANPA BANTUAN SATU BUIH PUN SABUN DARI UMENO DAN KERAJAAN PUSAT.

KALAU DI PERAK, LIHATLAH, MASIH PANAS LAGI.... RAMPASAN KUASA YANG DILAKUKAN OLEH HARAM JADAH UMENO.

KEPADA PRESIDEN, TIDAK INGATKAH ANDA KEPADA TERENGGANU? APA YANG TERJADI TEHADAP WANG ROYALTI MINYAK SETELAH PAS MEMERINTAH TERENGGANU?

DAN YANG PALING MENYAYAT HATI IALAH PERISTIWA MEMALI DAN TANGKAPAN ISA.....

FIKIRKANLAH KEMBALI WAHAI PIMPINAN PAS.... KHUSUSNYA PRESIDEN DAN TIMB PRESIDEN..... KALAU MEREKA NAK BETUL2 BERBINCANG OPS... SILAP... BERMUZAKARAH....

BEBASKAN TAHANAN ISA DULU,

BICARAKAN SEGALA LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH PR,

LUNASKAN IMBUHAN YANG SEPATUTNYA DIBERI KEPADA KERAJAAN NEGERI WALAUPUN DIPERINTAH OLEH PR,

HENTIKAN MEMONOPOLI MEDIA ARUS PERDANA,

HENTIKAN PENYALAHGUNAAN KUASA ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA,

DAN BANYAK LAGILAH KEPINCANGAN OLEH HARAM JADAH UMENO, TAK LARAT NAK ULAS.

DAN KEPADA TIMB PRESIDEN, INGATLAH... ANDA HANYA MENUMPANG DI KERUSI PARLIMEN BACHOK KELANTAN.

INI BUKANLAH UGUTAN, TETAPI HANYA TEGURAN DAN PERINGATAN.....

YANG IKHLAS...
MOHD ISLAHUDDIN (dean9463@yahoo.com)

29 comments:

mat s said...

Kalau nak tubuh jugak UG, satu je caranye, org UMNO masuk PAS dan PAS mesti jadi KETUA atau PM. Dlm kata lain, Kerajaan mesti dikawal PAS dan Umno ni boleh le celah sorang dua je..Jgn le ikut cara Dato Asri dulu..
Tapi yg paling aku tak paham ialah kita sebagai ahli di tarbiyah supaya taat kepada pemimpin, tapi kenapa TGHA dan Ustz Nasa seolah tidak "taat" pada TGNA???
Mengapa teguran dan larangan TGNA mengenai UG seolah tidak diendahkan oleh 2 pemimpin tertinggi PAS ini??
Tahu tak yg korang punye kelakuan ni memeningkan ramai ahli??..
Sebelum nak cerita pada Satu Malaysia pasai UG ni, pls terangkan dulu pada semua saf pimpinan parti dan ulamak. Bila dah dapat persetujuan semua, terangkan pula pada ahli dan rakyat Malaysia. JANGAN le buat secara RAHSIA, kerana semestinya akan mengundang sangsi dan curiga kepada semua ahli dan rakan PR.. Entahlah..sebagai ahli, diharap ALLAH selamatkanlah Gerakan Islam ini dan dapatlah tertubuhnya negara Islam seperti yg dicita-citakan..

Ton said...

PAS tak payah bising2 dan tak payah lah dok bercelaru. Keputusan telah dibuat, org yg suka berdakap dgn UMNO telah dipilih sebagai pemimpin. Bila bersetuju memilih dia sebagai pemimpin, maknanya bersetuju dgn tindakan yg dia buat. So.. buat apa nak ungkit2, nak bising2 lagi. Ahli PAS sekalian, sokong sajalah pemimpin yg kalian pilih utk bersekongkol dgn UMNO. Sepatutnya mintalah dia teruskan rundingan sulit, muafakat dgn UMNO. Minta dia buat secara terang2, jgn lagi secara gelap. Kalau dia bercanda dalam gelap dgn UMNO.. minta dia teruskan.. kerana bukankah itu yang perwakilan PAS setuju... mengangkat teman santai UMNO sebagai pemimpin PAS. Untung2 pemimpin PAS dapat jadi menteri kerajaan perpaduan.

faridshah said...

senang cerita, sapa2 yg kebulur nak pi ke UMNgOk, pergilah. Nak bawa parti sekalipun, bawalah. Lagi cepat berambus lagi bagus. Beban kurang sikit..! Ahli2 dan penyokong tak perlu berganjak, selagi Pakatan Rakyat (DAP + PKR) tidak khianat yakni, kekal ADIL, BENAR dan TELUS teruskan perjuangan bersama dalam PR. Yang pergi biarkan depa berambus..
'pinggan tak retak, nasi tak dingin..'
Nak tunggu depa nafikan'agenda perpaduan' belum nampak lagi rasanya. Jawab berbelit2 ada lar. Dok bercakap pasal nak berbincang, nak berunding, nak berdakwah. Betol la tu, tp nidakkan 'unity gov.' dahulu..!
Aku tetap sokong TuanGuru Nik Aziz

Salam Perjuangan
Tetap sokong PR

Admin007 said...

Saya rasa Haji Hadi nak sangat bermuzakarah dengan UMNO ni sebab dia nak jadi Menteri Besar Terengganu ganti Ahmad Said kot?? yang Nazharuddin pulak nak jadi menteri kerajaan Pusat kot?? Mustapha Ali pun nak rasa juga jadi menteri sekali lagi.. takleh tunggu sampai PRU13, takut2 expired!

ksahirin said...

Parti PAS, bukanlah milik presiden seorang... Bukanlah milik Timbalan pesiden seorang. Bukan juga milik sesiapa, melainkan milik bagi semua komuniti Parti PAS, sama ada dia pemimpin, penaja, individu dan yang paling nyata milik rakyat yang mahukan perjuangan ISLAM sebagai teras. Jika tuan presiden dan timbalan atau ajknya mahu bekerjasama dengan UMNO, biarkan mereka. Jangan bawa Parti. Pergi jak yang kemaruk sangat berpakat dengan UMNO penipu. Kita bentuk perjuangan yang baru, tanpa presiden, timbalan dan ajknya yang setuju dengan pakatan UMNO. Kita bentuk PAS baru. Nafas baru. Perjuangan yang belum selesai, bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita lantik HUSAM atau TGNA jadi presiden PAS Baru. Baru tuan presiden menyesal tak berguna.... Diorang ingat, UMNO ni benar-benar nakkan mereka??? Bila dah kembali kuat, pasti mereka ni akan ditendang keluar semula.... Siapa yang nakkan mereka dalam UMNO????

Anonymous said...

hangpa nih ada ugama ke tak dak ni.
kalau ada ugama,islam ke hangpa ni.
kalau hangpa islam napa nak perpecahan ni,dgn org umno hanpa nak bermusuh dgn org pas pun hangpa nak bermusuh bukan ke dua2 puak ni org islam yg kiblat nya satu,yg mengesakan Allah yg satu.

dah tu apsal ler perkara cam ni pun nak dikecohkan sampai tak menghalalkan duit derma.......tu lah mamat ni buat sedekah bukan kerana Allah tapi kerana parti(dunia)bih tu last2 sakit hati(hati rosak ler tu)tak ke rosak jiwa cam tu.

kalo buat sesuatu kerna Allah,rahmat ler ko dapat tapi kalo buat bukan kerna Allah penat yg ko dapat...

berpolitik ya boleh,tapi kalo berpolitik melampaui batas(gila politik)jiwa hangpa pun jadi gila,jiwa yg tidak tenang menjurus ke neraka.

agaknya ahli surga tu perangai cam hangpa ke gila politik,asyik dok kutip dosa je bila nak kutip pahala ni...pi le buat keje yg faedah pulak.

azmie said...

saya dah sepuluh kali review ucapan dasar presiden. tak jumpa pun pasal kerajaan perpaduan nih. boleh bagi reference. yg banyak sebut pasal issue ni UM, BH, TV3 dan bloggers ja.

Rakyat said...

UMNO keluar dari BN dulu dan tendang keluar MCA, MIC, PPP, USNO, PBB, BPR, SPR dan segala mak nenek komponen parti baru jumpa PAS nak cite pasal UG nie..

Konon agenda negara sebab takut Melayu hilang kuasa politik.. Suruh la UMNO buang dulu parti kompnen dia..

kelate said...

tuan punya blog,boleh tak jgn bagi Anonymous wat posting???

Anonymous said...

adakah UG ini dibincangkan dlm Muktamar yg lalu?Sudah kah diberitahu rakan PR yg lain?Jalan mesti ke depan..

lempentalam

Anonymous said...

demi allah saya bercakap benar.

saya sbg pemimpinan peringkat cawangan/kaw yg mempunyai cawangan yg besar lebih 300 ahli di caw ini sahaja.kami sudah bercadang utk pecahkan ke 3 caw dgn tambahan ahli yg ramai.selepas keputusan perwakilan yg memilih ust nasa wlapun mereka tahu sebenarnya majoriti ahli bawahan amat marah dan tidak bersetuju dgn kersama dgn umno ini.

kami kiv dulu semua plan utk buka caw penaja in i skg.

setelah di lantik walaupun mereka tahu tgna dan ramai juga perwakilan membidas UG ini, 2 pemimpin ini masih angkuh dan yg paling saya marah sekali apabila nasa pempelekehkan tok guru nik aziz(tgk video)

saya dgn ini akan meletak jawatan di peringkat kawasan dan mtd.even perwakilan di kawasan saya pun menyokong ust nasa just because wala pada presiden wlaupun mereka tahu ahli tidak mahu.

Anonymous said...

kepada Anonymous 2:28 a.m.

adakah anda yakin dengan umeno sedang memperjuangkan sesuatu benda sekarang ini berpaksikan dan bertunjangkan keEsaan Allah s.w.t? kalau dah menghalalkan judi, mengharamkan hukum Allah, pemimpin mereka menghina sunnah Rasullullah S.A.W, maksiat dipelihara, sekularisma ditegakkan, memperjuangkan Islam ke tu namanya?

satu lagi, seseorang itu mungkin ikhlas menderma kepada parti kerana hanya untuk memperjuangkan agama Allah. bukan ikhlas untuk menyuruh segolongan pihak bersekongkong dengan segelintir pihak yang mempersendakan dan menyekutukan agama Allah.

satu lagi, dah tahu media arus perdana memainkan peranan dalam mempelagakan sesama PR, keluarlah satu statement yang kukuh untuk ahli PR memahami anda yang di atas.

ni kalau dah statement yang dikeluarkan pun lain macam dan tercungap2, sampai TG Nik Aziz pun tegur, dah lain macam dah ni.....

Apapun yang kami mahu hanyalah 1 kenyataan segera(sebab manik urai dah dekat) yang benar, telus dan ikhlas dari pimpinan PAS tentang UG ini. gunalah saluran media Alternatif, sebab kami lebih mempercayainya.

mohd islahuddin
dean9463@yahoo.com

Anonymous said...

"Kalau nak tubuh jugak UG, satu je caranye, org UMNO masuk PAS dan PAS mesti jadi KETUA atau PM. Dlm kata lain, Kerajaan mesti dikawal PAS dan Umno ni boleh le celah sorang dua je..Jgn le ikut cara Dato Asri dulu.."

Mat said,.

Dimana kedudukan PAS dlm PR?? Setahu aku klu PR memerintah Al-Juburi PM dan LKS TPM

Cuba renung sikit,.bila sesama islam PAS bukan main garang ,. tapi bila dgn kafir harbi,.hya tahu mengangguk

Cakap nak berjihad,.. tapi takut dgn Karpal Singh,..

Di Pmtg Pauh org PAS salam cium tgn Karpal Singh,..masyaAllah

mat s said...

Kpd anon 11.02,

1.Kalu PAS berUG dgn Umno bermakna PAS kena keluar dari PR le..so, kamu tak perlu takut DSAI or LKS jadi pemimpin..kerana mereka takkan jadi PM dan TPM..faham??
2.Kenapa sesama Islam(Umno),PAS perlu garang? Sebab Umno menentang Islam. Kununnye berugama Islam, tapi org Umno menentang perlaksanaan Islam mengalahkan org kafir pulak.Bukankah Allah akan menghukum mereka2 yg tahu akan hukum-hakam Islam dgn lebih berat kerana mereka tahu tapi tidak melaksanakannya?? Ingat Islam ni setakat Rukun Islam yg 5 je ke??
So, buat apa nak bagi org Umno pegang jawatang dlm UG,hanya akan merosakkan krjn je..Setakat jadi menteri Pertanian bole le..
Malas nak komen pasal takut dan cium tgn Karpal sebab takde bukti dan fitnah.. tapi kalau kes bini sekor pemimpin Umno cium Shah R Khan, memang confirm ada bukti siap ada gambor lagi..

Anonymous said...

Susah cam ni sebab kku tengok PAS ni dah macam tak paham demokrasi dan juga dah tak pandai berkawan. Demokrasi ape kalau dalam muktamar pun orang sudah tolak tapi presiden tetap mahu teruskan. Bagai mana dengan ahli PR yang lain. Sekiranya nanti PAS menjadi parti yang sedikit ahli parlimen berbanding dengan parti yang lain adakah PAS akan mengetuai PR dan setrusnya Kerajaan baru ? Takkan parti majoriti tidak menjadi ketua kepada kepada PR ni ? Pelik kan ?

Berapa ramai kepimpinan mahukan kerajaan perpaduan dan berapa ramai ahli/penyokong perpaduan ? Tak belajar ke kerakusan umno di perak ?

Kenapa setiap kali buat kenyataan mahu beranggapan parti lain dalam PR akan terima sedangkan tidak pernah dibincang pun. Kenapa TGAH beriya-iya dengan kerajajaan perpaduan ? Atas alasan ape ? Kenapa lupakan ahli PR yang lain ?

Lupakah dengan "Amanat Had" yang popular dulu ? Sudah lupa ke ?

matgeramgiler said...

salam tp,
ada dua artikel dalam malaysia-today yang elok kita renungkan: 'pas presents a turning tide bn desperately seeking' dan 'an open letter to pas deputy president'. selamat membaca.

Anonymous said...

Kurang sopan benar jika kita melabelkan seseorang itu dengan ungkapan yang kurang enak seperti tajuk posting di atas.Mengapa isu kerajaan perpaduan timbul? Kita semua tahu beliau seorang yang amat warak.Biasanya ulama akan mengeluarkan kenyataan berasaskan sesuatu zaman. Lain zaman lain pendekatannya. Mungkin ada sesuatu yang tersirat disebalik hati TGHA sehingga menimbulkan kenyataan Kerajaan Perpaduan. Kita yang diluar ni tak usahlah terlalu memikirkannya kerana saya yakin TGHA ada alasan beliau sendiri. Kita tak usah cepat melatah. Beliau telah memberi jaminan kerjasama dalam pakatan rakyat akan diteruskan.

Perbezaan pendapat antara TGHA dan TGNA perkara biasa dalam Islam. Ianya bukan kelemahan tetapi kaya dengan Idea.

Tetapi kita di dunia bloggers nampaknya terlalu seksa dengan isu kerajaan perpaduan yang timbul. Ada bloggers sehinggakan mahu rahsia sulit parti seperti perbincangan peringkat tertinggi dll didedahkan kepada umum. mengapa jadi begitu? Setiap organisasi sudah pasti mempunyai tahap kesulitan maklumat. Adakah kita mahu maklumat dalam PAS diterobos oleh sesiapa sahaja tanpa sebarang sekatan? Fikir2lah kawan2. Biarlah pemimpin dengan strategi masing2. Kita diluar ni tak perlulah berperang sesama sendiri. Di akhir nanti musuh jua yang ketawa.

Yang pasti, di dalam Pakatan Rakyat sememangnya PAS merupakan parti yang paling berpengalaman dan lengkap serba serbi dengan kekuatan jenteranya. Teruslah menyokong TGHA sebagai wala' kita kepada pemimpin walaupun saya tahu tidak semua blogger yang merupakan ahli PAS.

Kita tunggu dan lihat. Kita merancang dan mereka merancang. Semoga perancangan Allah jua yang akan menyelamatkan PAS.

TUAN GURU said...

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Anonymous said...

KAu orang semua BANGSAT,..BABI...Sial...tak layak gelar diri korang ISLAM...

Dari Pentokong PKR AL JUBURO

kelate said...

hi babi ameno..ko baru balun wisky kaaaaa?

armzeli said...

setuju ngan kelate...tok sah dok bagi non wat komen kat c ni

Unknown said...

Aku pun keciwa.. keciwa yg tak terkata.. harapkan pagar pagar makan padi.. apalah salahnya kalau UG tu tak dibincangkan langsung dlm muktamar..apa? penting sangat ke pun UG kepada PAS? Kalau ye pun nak perintah negara tak perlu dengan cara kotor bergabung dengan penyangak negara.. Keji cara tu… kita dah diambang kemenangan, pakatan rakyat insyaAllah akan perintah Malaysia PRU13 nanti.. mengapa tak beristiqamah dalam perjuanagn? Kenapa nak ambil jalan mudah? Kenapa pandangan mursidul am dianggap pendapat peribadi?? Tua sangatkah dia tu nak menilai buruk baik perlakuan ‘ulama’ PAS? Kenapa masih nak pertahankan UG, itu yg aku tak faham..
Aku sokong PAS, sanggup balik dr KL ke Cht Jering semata2 nak bagi 1 undi kepada PAS, tapi perbuatan pemimpin2 “ulama” Pas betul2 menjengkelkan aku.. Sakit hati dan terasa macam nak merajuk.. Kalaulah pemimpin yg dipilih masih mempertahankan UG, PRU13 nanti tak mustahil aku tak balik mengundi.. Biar pandai2 sendiri mcm mana nak menang..
Sudahlah tu.. pemimpin PAS kalaulah baca komen aku ni tolong lah sangat2 berubah! Tak payah berbincang dgn umno.. tolonglah hentikan benda2 mengarut macam ni.. and please pay some respect to our beloved TGNA.. dengarlah pandangannya sbb dia adalah mursidur kita..
Kalau PAS laksanakan jugak UG silakan.. PRU13 nanti BN akan menang majoriti besar..
dan masa tu jugaklah nanti kita akan saksikan bagaimana PAS akan ditendang dengan penendang jepun keluar dari kerajaan perpaduan sampai tersungkur mencium taik ayam di bawah tangga..
Masa tu jangan nak haraplah PKR & DAP nak berbaik dgn PAS.. good bye..babai..
Kerajaan perpaduan boleh blah!

Anonymous said...

Tok Sham Naib Pres Umngok senyum lebar bg komen pasal UG, nampak mcm tak sabar nak bincang dgn TGHA.
LGE seek clarification from TGHA on UG dlm Buletin TV3 suku td.

Anonymous said...

Tanyalah pada mereka dan keluarga mereka yang telah dizalimi oleh BN kerana menyokong PAS. Lihat saja kes tahanan ISA. Selamilah penderitaan keluarga mereka. Fahami masalah keluarga kakitangan kerajaan yang ditukar bukan kerana kenaikan pangkat tapi kerana menyokong PAS. Segala-galanya disekat. Bukan setahun tapi dah 50 tahun berlalu.
Kalau PAS pilih Kerajaan Perpaduan,
Kami pun tiada pilihan,
Derita yang ditanggung dah tak tertahan,
PKR & DAP jadi taruhan.
Berbahagialah Unity Government.

Anonymous said...

wala pada pemimpin?. kalau pemimpin tu kianat pada ahli, pada rakan2 dan rakyat mcmmana?. Warak?. abis TGNA tu tak warak ke?. Siapa yg tentang UG kira tak waraklah ye..?. Najib lagi waraklah ye dari TGNA atau pun mana2 ahli2 PAS nak ttentang UG ni ye?.

Seseorang yg warak dia takan mempermainkan keikhlasa dan persahabatan. Seseorang yg warak tidak bercakap bohong dan bersengkongkol dengan orang yg suka berdusta.

kembara putih said...

Ustz Nasaruddin dan menang 3 penggal berturut-turut sebagai Timbalan Presiden. Sudah sampai masanya beliau diuji seperti pemimpin2 lain, tiada lagi permaidani merah untuk beliau. Pada PRU13 akan datang, beliau sepatutnya bertanding di kampung halaman sendiri, di Kedah nun. Baru tau langit tinggi rendah. Bila kalah di PRU tersebut, masa muktamar selepas tu cuba pertahankan jawatan Timb Presiden, tengok berjaya atau tidak.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Ramai yang idamkan PAS.

Anwar idamkan PAS untuk mencapai cita-citanya menjadi PM.

UMNO pula idamkan PAS untuk mengekang cita-cita Anwar.

Apa yang pasti, PAS tidak akansanggup diperkuda Anwar demi cita-citanya yang tidak kesampaian.

Juga PAS tidak akan memungkiri janji di dalam PR semata-mata mengejar dunia.

========
Propaganda telah dimainkan untuk merosakkan imej kepimpinan ulama PAS.

Propaganda tersebut ingin mengaitkan kepimpinan ulama dengan Umno.

Maka berbunyilah dengungan "pas nak masuk umno' yang dimainkan oleh media dan blogger.

Ia adalah usaha terancang pihak yang ingin memperkudakan.

Dengan memperkudakan PAS, mereka dengan mudah mendapat sokongan PAS untuk mendakap cita-cita menguasai negara.

=====
PAS tidak akan tertipu.

PAS belajar daripada sejarah.

Sejarah telah menunjukkan telahbanayk kali jemaah islam dan para ulama diperguna untuk kemenangn nasionalis.

di mesir dan indonesia pernah berlaku.

Kini agenda sama cuba dimainkan di malaysia.

Ulama dan para profesioanl Islam berjaya mengesan perkara ini dan tidak akan membiarkan PAS diperkudakan.

=====
Perjuangan memerlukan ranjau yang berduri, bukan semudah MP melompat parti.

Kemenangan sebegitulah yang mengilhamkan Umno apa yang berlaku di Perak.

Akibat ketidaktahanan ujian dua ADUN belot.

Di Kedah dan PP pula ADUN dari parti sama turut meletak jawatan atas alasan sama.

Memalukan dan jijik sekali perangai mereka.!

Anonymous said...

Sesungguh Islam itu mengajar penganutnya berakhlak mulia, menuturkan kata-kata yang baik dan sopan, menulis yang yang baik..

Caci mencaci, maki memaki, carut mencarut, menyumpah seranah orang lain, bukanlah ajaran Islam.

alangkah menjijikkan sekiranya seorang Islam mengakui dirinya Islam tetapi sebelum itu tergamak pula tangan atau jejarinya menaip hamburan kata-kata kesat dan memaki orang lain..

Ingatkanlah Allah banyak-banyak. Malulah kepadaNya, Dia telah meminjamkan kita segalanya pancaindera, kepandaian dan memberi 1001 macam rahmahNya..gunakan sebaiknya sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang telah mencipta

Dia nampak segalanya..yang disembunyikan atau di dalam dada kita..