"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, June 01, 2009

Hadiah Untuk MSO

Cerita Sebenar Dan Bukti-Bukti Dari Blogger kickdefella Episod 1.

voucher 1

  • Saya banyak menerima email dan pertanyaan mengenai dakwaan dan tuduhan ke atas saya berhubung projek kambing Jamnapari atau Jihad Ternak. Saya tidak bersedia untuk menjawab di sini sebab isu itu sudah lama ditimbulkan. – Mohd Sayuti Omar a.k.a Imam as Souti
Benarkah Husam Sedang Menyabung Nyawa?

Di dalam artikel bertajuk "Husam's Fight For Survival" di dalam The Star hari ini, antara lain ianya melahirkan kegusaran yang mungkin akan dirasai sekiranya Haji Husam Musa tewas di dalam pertandingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS.

Artikel itu juga memetik tajuk temuramah antara Husam dan Berita Harian semalam yang bertajuk "Saya sedia kalah dalam pemilihan PAS".

Hakikatnya, bukan sahaja Husam sedia untuk menghadapi kekalahan, tetapi Husam bermula dengan tewas dan besar kemungkinannya berakhir dengan kekalahan.

Memang Husam ramai tukang kempen, terutamanya di internet, contohnya blog ini sendiri. Tetapi kebanyakan tukang kempen Husam berkempen atas dasar mahukan perubahan dan bukan mahu menjatuhkan sesiapa.

Tetapi mereka yang tidak mahu Husam menang walaupun mungkin tak banyak tetapi amat berkesan terutamanya di internet. Mereka ini, kebanyakannya berselindung disebalik nama samaran dengan hanya seorang dua menggunakan identiti sebenar, taktik mereka adalah mudah, hapuskan Husam waima apa cara sekalipun.

Apa cara sekalipun itu termasuklah menggunakan fitnah dan mencipta cerita yang bukan-bukan.

Dalam temuramah dengan Berita Harian, Husam dipetik berkata,

Sesetengah pihak mendakwa blog (yang memburukan saya) ini didalangi kumpulan di pejabat Jalan Raja Laut (Ibu Pejabat Pas), tetapi saya tak pasti adakah mereka, ahli parti atau orang luar di belakang blog ini.

Namun apa yang pasti, satu nama telah disebut oleh pihak media massa sebagai orang yang sering menghubungi mereka untuk memberitahu mereka bahawa Husam akan kalah kerana pencalonan yang diterimanya sedikit. Orang yang samalah yang mendedahkan kepada media jumlah pencalonan yang diterima untuk kesemua dicalon bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sesuatu yang tidak patut dilakukan apabila ianya dianggap sulit. Malangnya, orang ini berkhidmat dengan pucuk pimpinan parti dan ini membuatkan seolah-olah pucuk pimpinan parti merestui perbuatannya walaupun kita yakin tidak sama sekali.

Antara yang paling ketara memfitnah Husam ialah blogger Mohd Sayuti Omar atau menurut saudara Rozali Ahmad, di panggil dengan jolokan Imam as- Souti oleh Abangnya Ahmad Laksamana Bin Omar yang mengaku dirinya tuhan dan memanggil Rasulullah S.A.W sebagai Mamat Syariat yang jahat, penipu harta benda Mek Jah (Saidatina Khadijah r.a). Fitnah Sayuti bermula apabila Husam enggan campurtangan menyelesaikan kemelut antara syarikat milik sahabat Sayuti, Dato' Amin Pipet dengan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad (APKB) berhubung isu Jihad Ternak atau lebih terkenal dengan nama Jamnapari. Dan fitnah ini dijunjung oleh segelintir pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan gaya pentadbiran Husam.

Sahabat Sayuti itu, didapati telah tidak berlaku jujur dalam berurusan dengan pihak APKB dan program Jihad Ternak. Lalu usaha diambil mengikut saluran yang tepat untuk menghentikan penerimaan bekalan darinya.

Sayuti berusaha memujuk Husam supaya campurtangan di dalam urusan itu. Apabila gagal didalam memujuk Husam campurtangan supaya keputusan menyebelahi sahabatnya, Sayuti berusaha pula memujuk Husam supaya campurtangan didalam urusan pembayaran pampasan yang diminta.

Sekali lagi Husam tidak mahu campurtangan, lalu Sayuti memulakan ugutan terhadap Husam dengan berjanji untuk menulis pelbagai tuduhan ke atas Husam sehinggalah Husam campurtangan menyelesaikan urusan pampasan itu. Tetapi Husam tekad dan tidak tunduk.

Lalu mulai detik itu Sayuti mula menulis artikel-artikel yang diharap dapat membebankan Husam. Sayuti kemudian beralih kepada menjaja tuduhan demi tuduhan. Malangnya tiada sebarang tuduhan itu dibekalkan buktinya.

Sayuti berkali-kali berjanji akan mengeluarkan bukti tetapi kemudian senyap begitu sahaja. Antaranya ialah apabila Sayuti menuduh Husam telah mengambil seorang perempuan cina sebagai isteri kedua secara rahsia. Ianya cukup berkesan sehinggakan Annuar Musa ditengah-tengah malam menghantar sms tahniah kepada seorang wartawan kanan akhbar berbahasa Inggeris.

Sayuti kemudiannya berjanji untuk mengeluarkan bukti termasuk saksi nikah dan salinan surat nikah. Apa yang berlaku bagaimanapun berlainan sekali. Bukti tidak dikemukakan, sebaliknya Sayuti menghantar sms damai pada Husam yang antara ayatnya seperti berikut,

"As'kum biar apa anggapan sdr pd saya, saya takan membawa rasa kecil hati selamanya. Mulai jam 11 malam tadi (akhir 2007) saya tamatkan segala aktiviti melepas geram dan kritikan pd sdr."

Begitulah kerenahnya, sendiri bikin perang, sendiri isytihar damai.

Namun serangan Sayuti semakin menjadi-jadi semula apabila dia mula rasa akar umbi PAS mahukan Husam menggantikan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden. Maka sendiri isytihar damai, sendiri perang semula.

Husam 0215Jihad Ternak

Masalah Sayuti ialah berhubung Jihad Ternak.

Maka blog ini hari ini mengambil inisiatif untuk mencabar Mohd Sayuti Omar berdepan dengan wakil Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad di sebuah forum terbuka yang sedia saya anjurkan bagi semua yang berminat tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam isu Jihad Ternak.

Ustaz Zulkifli Yaacob, wakil Akademi yang terlibat dari awal dengan Jihad Ternak Sdn Bhd telah menyatakan persetujuan untuk tampil dalam forum terbuka ini.

Pihak Akademi juga sudah memberi kebenaran untuk blog ini menyiarkan dokumen-dokumen dan kertas sebut harga berhubung dengan urusan kambing Jamnapari. Ia juga akan membuktikan jumlah wang yang sudah pihak Akademi bayar kepada sahabat Sayuti seperti perjanjian awal perniagaan.

Dengan Nama Allah, saya mengambil tanggungjawab untuk mempamerkan dokumen-dokumen itu. Para pembaca boleh menafsir sendiri dengan membuat kajian harga pasaran kambing Jamnapari.

Husam 0131PAS HQ

Husam Tewas?

Ya. Husam bersedia untuk tewas dan diharap semua pihak, baik ahli PAS maupun penyokong dan peminat PAS dan Husam bersedia untuk menerima hakikat ini.

Apa yang mampu dilakukan sekarang hanyalah supaya Husam tidak tewas kerana fitnah. Biarlah perwakilan tidak mengundi Husam kerana menolak idea dan matlamatnya dan bukan kerana termakan fitnah.

Terima Kasih.

cadangan & kadar harga page-1

cadangan & kadar harga page-2kadar harga kambing page-1kadar harga kambing page-2kos perbelanjaan projek ternakan kambing

projek pusat latihan&ternakan page-2

voucher 1voucher 2

v APKBB 3

notis perintah page 1 of 2notis perintah page 2 of 2perintah page 1 of 3perintah page 2 of 3

http://kickdefella.wordpress.com/

Ugutan Dari Lanun?

Jam 1.58 tengahari semalam, mesej di bawah masuk ke bahagian spam ruangan komen blog ini. Yang jelas ia adalah tindakbalas berbentuk ugutan setelah saya menyiarkan kenyataan media dari peguam Amir Bazli. Ugutannya adalah jelas iaitu mahu menerbitkan sebuah buku yang menceritakan perkara-perkara yang boleh memburukan dan menjatuhkan seseorang. Tetapi di dalam kes ini, ia melibatkan tiga orang iaitu Haji Husam, Kickdefella dan Saudara Khir.

Dibawah saya siarkan balik secara penuh sebahagian mesej itu yang menyentuh hal berhubung kickdefella. Bahagian yang secara spesifik menyentuh saudara saya yang lain tidak saya siarkan kerana ianya bagi saya jelas tidak berasas saya sekali.

Bagaimanapun ini tidak bererti apa yang disiarkan di bawah adalah benar sama sekali.
____________________________________________________________
salam;

Saya minta saudara jawab tuduhan ini, kerana saya berminat untuk menerbitkan semua buku mengenainya.

mso

0192336996
____________________________________________________________

Penguasaan media alternatif

Husam banyak duit. Boleh beli sesiapa sahaja. Syed Azidi Syed Abd Aziz Al-Bukhary ( Sheikh Kickdefella ) adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas yang pro Anwar.

Husam berminat dengan Sheikh Kickdefella, walaupun wataknya dan kehidupannya tidak sesuai dengan PAS. Kickdefella sendiri mengakui di dalam blognya bahawa kehidupannya bebas, bergaul dengan artis dan terlibat dengan minuman keras, namun, Husam berfikir sebaliknya, 'latar belakang seperti itu' adalah asset kepada PAS.

Kickdefella, blogger upahan Husam ditangkap polis kerana menyiarkan artikel yang berniat menghasut

"Minta maaf boss..dah kena tangkap dah..saya sanggup serahkan jiwa dan raga kepada tuan..", kata Kickdefella kepada Husam sambil cium tangan. "Tak per..tak per..saya akan jamin nanti..nanti saya bincang dengan Anwar..jasa tuan 'hamba' amat besar..", kata Husam.

Husam telah membeli Sheikh Kicdefella dengan harga RM 6000 sebulan menggunakan wang PMBK dan ditugaskan menggunakan media internet untuk menyerang musuh PAS dan musuh-musuh Husam.
____________________________________________________________

Pelbagai tuduhan telah dilemparkan ke atas saya sebelum ini antaranya ialah saya adalah talibarut Tengku Razaleigh dan spy Tun Dr. Mahathir, kebanyakkannya berpunca daripada hubungan saya dengan individu tertentu tetapi tuduhan bahawa saya Pro Anwar adalah sesuatu yang sudah tentu akan menggelikan hati blogger Penarik Beca sampai boleh pecah kerusi di Restoran Taqwa.

Saya kurang arif dengan maksud kehidupan bebas, tetapi sebagai seorang pengarah, penerbit dan penulis skrip selama lebih 15 tahun, sudah tentu saya punyai ramai kenalan rapat atau tidak dikalangan penggiat seni. Ya, saya pernah blog di sini mengenai mereka, antaranya ialah arwah Loloq. Saya juga pernah blog pada awal 2007 3 bulan sebelum pulang ke Kelantan siri artikel bertajuk 'Karaoke With Satan' yang setelah saya pulang di Kelantan di jaja di beberapa blog dan kemudiannya menjadi modal yang digunakan oleh mereka yang tidak selesa dengan saya sebagai 'satu pengakuan terbuka saya' dalam mempromosi tabiat meminum minuman keras. Saya cadangkan dibaca semula posting tersebut.

Pendapatan saya bukan RM6,000 sebulan. Gaji yang dibayar PMBK kepada saya jauh lebih rendah daripada itu. Malangnya bagi mereka yang bekerja makan gaji, semua tentu arif bahawa hal ehwal gaji dan kontrak dengan majikan adalah sulit dan tidak boleh didedahkan. Kalau boleh, saya amat gembira sekali untuk mendedahkkannya. Tetapi bagi para Lanun, mereka tentu tidak arif tentang ini kerana mereka hanya tahu memeras ugut mangsanya bagi mendapat wang sara hidup.

Serba sedikit perjanjian kerja saya ialah saya perlu memikir dan melaksanakan kempen bagi menyebarkan maklumat aktiviti-aktiviti kerajaan Negeri Kelantan dan juga mendedahkan yang sebenar tentang Kelantan kepada umum. Ini dilakukan dengan menggunakan pelbagai saluran, agensi dan jawatankuasa.

Antara yang telah dilakukan ialah menarik minat terhadap penanaman Depu, Minifest Kelantan 2007, penerbitan Majalah Qiadah, Penerbitan Buku Foto Tuan Guru, Pentomin Malam Cakna Palestin dan lain-lain. Untuk melaksanakannya, saya tidak terikat dengan seorang exco sahaja, tetapi telah bekerja dansangat gembira untuk terus bekerja dengan ramai exco antaranya YB. Dato' Haji Takiyuddin, YB. Dato' Mohd Amar dan YB. Dr. Fadzli.

Apa yang tidak diketahui umum, aktiviti bukan kerajaan yang melibatkan Haji Husam, saya lakukan didalam cuti atau saya akan mengambil cuti tahunan saya. Ini kerana dari pengalaman saya, ahli-ahli exco Kerajaan Negeri Kelantan semuanya amat-amat tegas dan 'particular' dalam mengelak sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan jentera Kerajaan untuk tujuan peribadi. Ini saya pasti mereka warisi daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Apa yang ramai tidak tahu, saya sebenarnya lebih rapat dan lebih mesra dengan YB. Dato' Mohd Amar kerana sewaktu saya bersekolah, ibu saya tinggal di Pondok Panchor, milik Gemullah Pak Nik Lah, ayah kepada YB. Dato' Mohd. Amar. Selepas habis tingkatan lima, saya bekerja sementara sebagai dreber kepada Gemullah Pak Nik yang ketika itu ahli Parlimen tunggal PAS selepas pilihanraya 1986. Bila di Kuala Lumpur, saya akan menghantar Gemullah Pak Nik ke rumah Mohd Amar yang ketika itu menetap di Bangi.

Arwah ibu saya amat menyanjung tinggi keluarga Gemullah Pak Nik sehingga berhajat benar hendak kahwinkan saya dengan seorang adik YB. Dato' Mohd Amar. Allah Maha Kuasa, jodoh tiada dan adik YB tersebut pula meninggal dunia.

Mungkin pada pandangan segelintir pihak, 15 tahun hidup dalam dunia seni adalah 15 tahun yang penuh maksiat tetapi bagi saya ia hanyalah mencari rezeki yang halal disamping terus mencari ruang sebaiknya menggunakan bakat yang Allah S.W.T kurniakan. itu secara peribadi bagi saya, jauh lebih baik dari menjadi lanun.

Tetapi saya tidak akan menuduh lanun itu jahat walau lazimnya begitu. Orang melanun ada sebabnya. Kadang-kadang mereka terpaksa melanun untuk tujuan yang jauh lebih mulia dari kita semua. Kadang-kadang mereka melanun untuk sesuap nasi kepada anak kecil mereka atau seteguk ubat untuk bayi mereka.

Namun, ada juga yang menggabungkan bakat mereka untuk memperkemaskan aktiviti melanun atas nama memperjuangkan kebenaran.

Sumber - kickdefella

susunan - pinkturtle

7 comments:

Anonymous said...

salam bro,
tahniah kepada MSO kerana jasa anda kepada Anwar, PAS dan Pakatan Pembangkang telah dibakulsampahkan sebagaimana saudara Ezam.

Jasa Topeng Perak bagaimana pula ya?
'Perbezaan pendapat itu demokrasi'

soklan said...

sila lihat jawapan balas MSO terhdp kickdefella http://msomelayu.blogspot.com/2009/06/jawab-kickdefella.html.
Ya Allah, jauhkan fitnah melanda jemaah PAS.

Anonymous said...

ni bukan dalam PAS. Tetapi HATI PERUT Jahat manusia. Berdasarkan bukti, SAH.... Memang SAH!!!

Kerana NAFSU mereka(MSO & The Gang), Habis terpalit tahi kepada NAMA BAIK PAS.

Semoga ALLAH membalas kerja jahat tangan-tangan mereka.

Anonymous said...

perisik rakyat kaki pit
kutip derma utk beli ganja

speakforperak said...

sila layari blog speaker perak v.sivakumar

'Suara perak'

speakforperak.blogspot.com

terima kasih

Anonymous said...

kenapa Issu sebegini boleh timbul???.Saya tidak mahu meyebelahi mana mana pihak cuma saya bertanya kepada diri saya layak kah Hussam memegang jawatan Tim.Presiden dalam Parti.Sedang kan issu habuan dunia,kambing lah,itu lah boleh terjadi dimana kebijaksanaan Hussam yang di gemborkan oleh setengah pihak.Ini menunjukan beza Hussam dengan TGNA dari segi pentabiran jauh seperti langit dgn bumi,Maka elok lah hussam ni jaga negeri Kelantan dan bersihkan nama beliau dari fitnah kemudian baru jaga Parti di peringkat Pusat.Hussam sepatutnya mengambil contoh tok guru dengan sikap yang zuhud telus,berterus terang dan jelas matlamat perjuangan.Elok kita bagi pada Mad sabu aje.

Anonymous said...

MSO? kebanyakan posting-posting beliau berpandukan daripada-panggilan telefon, cakap-cakap kedai kopi sebagai bukti, dengan kata lain tidak boleh dipercayai !!! aku dah tak jenguk lagi blog beliau ...