"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, June 03, 2009

Pilihlah Husam Atau Abang Mat, Tapi Jangan Pilih.........

KUALA LUMPUR : "Saya tahu ramai yang sudah terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan kepada Husam Musa sejak tahun lepas. Sehingga ada blog "Anti Husam" yang diadakan khas untuk menyerang Husam Musa. Dan ada pula penulis upahan yang telah menulis buku untuk memfitnah Husam Musa dan akan dilancarkan sempena Muktamar depan ini. Ramai yang tak tahu, penulis upahan ini telah disaman oleh Husam Musa dua kali kerana beliau telah menuduh Husam tanpa bukti sebelum ini."

Demikian kata sepucuk emel dari Tulang Besi yang dihantar melalui "Penyokong Pas " kepada saya sebentar tadi. Agak menarik untuk difikirkan dan saya apungkan untuk tatapan anda semua.

Tulang Besi meminta mereka yang meragui Husam Musa, supaya mengundi Abang Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Janganlah mengundi calon Timbalan Presiden yang disukai dan diidami oleh Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, cukuplah perpecahan dan persengkataan dalam PAS yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan dan bernafsu besar seperti mereka yang terlibat dalam Fraksi Umno ini. Mereka ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada PAS malahan mereka akan menjadikan PAS alat untuk menyelamatkan Umno sahaja.

Fraksi Umno ini adalah golongan yang tiada maruah dan mereka sanggup mengorbankan PAS semata-mata cita-cita dan kepentingan pribadi mereka sahaja.

Yang lebih menyedihkan, ulasnya, mereka sanggup menukar isu ini kepada kononnya menentang ulama. Sesiapa yang dilihat menentang usaha membawa PAS masuk Umno akan di cop menentang ulama. Begitu lah jahat dan jijik taktik yang dibawa oleh Fraksi Umno ini demi menyelamatkan Umno yang tercinta.

"Tidak disangka sebahagian dari ulama dalam PAS ini adalah dari jenis Harussani Zakaria dan mereka sanggup menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan untuk menyelamatkan Umno," katanya keras.

Menurutnya, Husam menjadi mangsa mereka yang utama sebab tindakan Husam selama ini yang membawa PAS kepada arah yang lebih baik dan menurunkan populariti golongan totok dalam PAS. Pada PRU 2004, golongan totok ini menguasai keseluruhan imej dan tawaran PAS kepada umum. Hasilnya, PAS hilang Terengganu dan hilang semua kerusi di Perak dan Selangor.

Pada 2008, dakwa Tulang Besi, kaedah baru digunakan melalui usaha dan idea dari golongan "erdogan" atau "professional". Misalnya, digunakan slogan "PAS for All", di "engage" HINDRAFF, di tukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Hasilnya, tambah beliau lagi, PAS mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah PAS. Sekarang golongan totok ini mahu "membunuh" golongan professional/"erdogan" ini kerana:

a. Mereka mahu menyelamatkan Umno
b. Mereka mahu "hijack" kemenangan PAS ini dan menjadikan kemenangan ini seolah-olah hak mereka.
c. Mereka mahu memastikan PAS kembali kepada PAS sebelum 2004 sebab cara baru PAS ini bukan idea dari mereka.

"Bayangkan, orang yang bertanggungjawab ke atas kejatuhan Terengganu sekarang ini memacu usaha membawa PAS masuk BN."

Di Kelantan dakwa Tulang Besi, mereka memfitnah Husam Musa atas ke bawah sebab Husam Musa bertegas tidak mahu memberi balak kepada mereka ini. Kalau ditakdirkan Husam mengikut kehendak puak-puak ni, nescaya PAS akan kalah 2008 lepas. Maka Husam telah difitnah sehabis-habisnya untuk memastikan HUsam tidak naik dan penguasaan mereka terhadap balak di Kelantan dikekalkan.

"Di peringkat nasional, sekiranya Husam Musa dipilih, nescaya Umno akan tersunggkur PRU-13 kelak. Baru ni pun, Zahid Hamidi lari lintang pukang tak berani berdebat dengan Husam Musa setelah percubaan memfitnah Husam dengan tuduhan politik wang gagal," dakwa Tulang Besi penuh yakin.

"Oleh sebab itu, saya menyeru kepada mereka yang tidak menyukai Husam Musa, supaya mengundi Abg Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Kalau tidak, maka PAS hanya akan menjadi kuda tunggangan Umno sahaja dan akhirnya PAS terpaksa tunduk kepada tokeh judi dan arak, yakni yang menjadi pembiaya kepada Umno.

"Ingat, Najib Tun Razak tak sampai sebulan jadi MOF telah meluluskan 10 "Special Draw" yang baru. Tolonglah jangan jadikan PAS sebagai hamba kepada tokeh2 judi dan arak macam Umno," ujar beliau mengakhiri emel tersebut.

Sumber - SANGGAHTOKSAGO.COM

15 comments:

Anonymous said...

Lawan Tetap Lawan!!Sokong Datuk Husam Musa demi kebaikan Pas pada masa akan datang!!

JOM UNDI said...

Jom undi bakal calon TP

maun said...

Untuk PAS diterima oleh seluruh rakyat Malaysia..Husam adalah pilihan terbaik. Nash tak nampak sumbangan yang jelas kepada parti dan Pakatan. Cuba orang lain plak. usam nampak ada karisma. Orang macam Nizar, Husam, Mat Sabu je yang boleh ajar UMNgok yng tak reti bahasa ni. Art of War ada pada mereka...Jangan harap sembang je pandai, kerja pun kena nampak dek rakyat.

Anonymous said...

Bg aku.. husam lagi menyerlah. Dulu ms Husam kat parlimen,mmg gempak dier punye hujah. terdiam kerbau2 cucuk hidung ms tu. Walaupun ms tu dier usul satu usul yg pelik skit bunyinya "memotong gaji menteri penerangan sbyk rm10" tapi mmg mkn dlm wo. Org2 BeEnd ms tu sentap hbis.

Sejak Nasa masuk Parlimen nih,kurang hujah dari dier. kalo pertanyaan pun byk yg bertulis,kurang gentle la.Mcm dier ni skadar memenuh kan kerusi kat parlimen tu ja.

Anonymous said...

Saya ahli Pas lebih 25 tahun.Turun naik Pimpinan PAS dari masa kesemsa saya lalui semuanya
Antara HUSSAM dan NAZA: Hussam lah terbaik tapi antara Mad Sabu dan Hussam maka Mad Sabu lagi yang paling terbaik.Sila buka buku rekod ketiga tiga pemimpin ini,Siapa paling malang,siapa paling nasib baik,dan siapa paling beruntung.Maka jawapnya yang paling malang lah yang paling terbaik,
Bertanyalah pada diri tuan tuan
1.Apa kelebihan Hussam dan Naza ni pada parti.
2.Apa kah ujian dan cubaan yang pernah di lalui oleh mereka dalam bentuk fizikal,
3.Siapa yang paling elit dan siapa yang paling miskin
4.Siap yang paling Iklas dan siapa yang paling Istikhomah dan walak pada perjuangan
5.Siapa yang paling lama dalam penjara
6.Siapa pula yang paling ramai datang dengar bila ceramah
7.Siapa yang paling banyak berkorban untuk Parti
* Siapa yang paling di sukai UMNO dan siapa yang paling di geruni UMNO
*.Banyak lagi persoalan yang dapat kita persoakan pada diri kita sebelum kita nak lantik pemimpin bekenaan.Jangan libatkan soal peribadi sebab ianya meyalahi moral dan hukum islam

Oleh yang demikian saya tak nampak siapapun yang layak di pilih sebagai Timbalan Presiden melainkan Mad Sabu.

Iklas dari Akar Umbi

antivirus said...

kepada tulang besi..
jangan jadi penyibuk..usah jadi pembawa virus dalam PAS..
Usyt Nasa jumpa umno dengan izin majlis syura..
husam jumpa ku li dan sok lek dengan izin sapa..
tulang besi ahli PAS ker umno?

Unknown said...

Saya ada sumber rapat dengan Husam.... beliau memang layak. Kalau akulah, Mat Sabu is the last choice.

Korang tak dengar ke kisah Stadium Terengganu runtuh?? Ai, itu hari Pasaraya runtuh.... la ni Stadium yang Tuanku Mizan rasmikan pun runtuh. Ini dah kira petanda diturunkan oleh Tuhan dah ni. Takkan UMNO T'ganu tak sedar diri lagi?? Udah le, bubarkan DUN Perak dan Ganu, kita lihat siapa pilihan rakyat yang sebenar2nya tanpa ada rasuah dan wang ihsan.

Sekian dimaklumkan.

Unknown said...

Antara fitnah dan reality mmg payah ..lebih2 lagi bila yg fitnah tu dok menyalak selalu..maka akan jadi alah bisa tegal biasa..Moga para pengundi nanti akan memilih berdasarkan kriteria yg betul bukan terpengaruh kepada sebarang fitnah. Sapa pun mereka ..so far mereka tetap pemimpin PAS..sekurang2 nya adalah pelapis buat penerus perjuangan. Syabas buat mereka bertiga.

Anonymous said...

aper la PAS.
sikit demi sikit PAS dah mula ikut cara UMNO. aku mcm dah jauh hati je.
1 lg

walaupun saudara Mat Sabu bagus dalam perjuangannya, tapi dia tak mampu nak tarik golongan muda yang baru untuk meminati PAS. org muda yang dah sokong PAS mmg ramai tapi yang tak sokong ni sbb diorg tengok budaya menghina dan memcaci org lain wujud dalam PAS, Saudara Mat Sabu la menyuburkan budaya buruk ni. sapa pun menang tak jadi masalah yang penting teruskan perjuangkan PAS berdasarkan perlembagaan parti.

Org tak berapa lama

Anonymous said...

PAS perlu kuat dan pastikan tujuan utama penubuhannya tidak dicicirkan

Kekuatan PAS perlu ada seorang ketua yg amanah ,akhlak baik dan berkelayakan..

Jika di Perak boleh bersembahyang hajat dan puasa sunat

PAS perlu bersembahyang hajat dan berpuasa sunat seluruh negara ... tawakkal lah

PAS perlu bersembahyang hajat dan berpuasa sunat seluruh negara ... tawakkal lah

Kudin Mansor said...

Gua kurang setuju dengan pandangan malaysiawaves...

Ni hujah2 gua : http://tempurunglutut.blogspot.com/2009/06/nasa-gembira-jika-husam-mat-sabu-pecah.html

Reezl said...

setelah melayari blog niyh, baru la aku tau yang Nasa tu teruk...
respek Husam...
kepada perwakilan,jangan buat keputusan sambil lewa...
fikir masak2 yang mana baik untuk PAS...

Anonymous said...

Setelah aku mendengar komen ko wahai Reezl, baru aku tau yang ko tu lagi teruk...

Kenapa?

Kerana terlalu mudah percayakan tulisan blog tanpa usul periksa dan tidak menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah.

Itulah dilemma orang Islam terutama orang Melayu sekarang. Terlalu cepat percaya tanpa ada pertimbangan dan usul periksa.

Anonymous said...

Pro-UMNO MCA Is Anti Buddhist !
Contributed by Anak Mami

Ven. Phra Piya Thammo,
Rumah Pangsa
Blk A-7-9- Jln Padang Tembak,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia

Dear Devotees,

Before I commence of my letter-writing toward. All of you, I would like to inform all of you that I am not satisfy with the lawyer, Dato YIP KUM FOOK (MCA chairman Gombak) due to his bad inspirit impressions because he sent an inspector to come to our SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia to arrest me without any good reason, moreover, the lawyer, YIP KUM FOOK is not satisfy with Chief monk.

When the Chief monk had me to go to his Temple already and he went away and left me alone to take care until Chief monk come back to the Temple first and he also told me not to leave the Temple if any committees or the chairman want to chase me out, you don’t leave the Temple at all understand? Then I said, alright? To the chief monk! On the second Day, YIP KUM FOOK(MCA Man) came to our Temple and talk to me. He tired to make some inquiry from me and he asked me, where I come from? I told him that I came from Penang.

Then, I told to the lawyer (YIP KUM FOOK, MCA Man) that the chief monk came to Penang and fetch me and invited me to accompany him to go to his temple in K.L. I am not aware that YIP KUM FOOK(MCA chairman Gombak) is not in a good terms with the chief monk, chief monk already in this way, YIP KUM FOOK try to create trouble with me unnecessary. That is why, the lawyer want to chase me out of the Temple. Then I asked the lawyer, why you want to chase me out of the temple? Moreover, the Temple is not belonging to you, UNDERSATAND? Then, I asked him, who are you? I don’t know you at all, you have no right to chase me or control me at all, UNDERSTAND? You are just like a layman only. Do you know the regulations that any the chairman or committee cannot control the monks and the Nuns at all, also UNDERSTAND?

I scolded him like that. Then the lawyer (YIP KUM FOOK, MCA Man) is not satisfy with me and he told me that he will called the police to come to the Temple and arrest me. I told him to go ahead and called the police to come and arrest me. I won’t run away, I said to him like that. I have done nothing wrong toward you, why you want to arrest me? He said, he doesn’t like me to stay here. I asked him, why? Again. After this he got very angry with me, then he phoned up to the police and the police came to the Temple and told me to leave the Temple.

I told to the inspector of the again, I am sorry, I won’t leave the Temple because the chief monk had instructed me not to leave the Temple without his consent, UNDERSTAND? Then the inspector told me to leave, again. I told him I cannot leave the Temple because the Chief Monk hasn’t come back yet. This time, the inspector got very angry with me and he took out his handcuff and try to threaten me, then I immediately show off my hands for him to lock me up but he scare, then again, the inspector told me leave the Temple again but I still don’t want to leave the Temple.

Then I phoned up to the chief monk again and I told him that the inspector insisted want to arrest me, you better come back to settle the case for me. After this incident, Chief Monk came back to the Temple and take me to go to another temple and stay their. That’s all about this incidents! Last of all, I would like to inform all of you, that no committees or the chairman can control all the monks and Nuns at all also UNDERSTAND? “They are higher than the King,” also! So how can the laymen, the committees and the chairman to control them: – EVEN THE KING ALSO RESPECTED THE MONKS AND NUNS. Why the chairman doesn’t respect the monks and nuns? They will carry the sins later on, UNDERSTAND?

Yours in Dhamma

Ven. Phra Piya Thammo
Penang, Malaysia

Anonymous said...

MCA ANTI BUDDHIST

敬爱的佛教伩徒,
有关马來西亜,吉隆坡,甲洞帝沙再也 (暹寺) 三宝寺 Samnak Sambodhi Buddhist Association No.19-21 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia. 所发生的纠纷, 经过阅读了,Venerable Phra Piya Thammo 和尚及叶金福律师 (Yip Kum Fook) 的双方书信之后, 再经实地旁听了觧,做为中间人,我要客观实事的说:

1.当一个和尚、初出道 (小学生),在修行, 若有缺点, 那是难免.他马华公会鹅唛區会主地席叶金福律师(Yip Kum Fook),却心眼看不顺,就电招警万到耒佛教之圣地要扣畄和尚耒耻唇出家人, 这是绝对不许可, 除非是殺人放火之大罪悪.

2.他身为马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook),却反其道而行, 在佛寺不依佛法而軽视佛教的精神, 以傲慢的手段,帶领一般黑社会的人耒挑衅和尚打架, 这也是不该有、更不是佛教修行者的行为.

3.佛教的圣地, 其主要的目地, 是让眾生修佛道, 不是政治争執的地方. 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 却利用佛教之圣地当政治活动的场所。如此果敢冒犯佛陀的教誨,更是大大的罪悪。

囯有囯章,彿有佛法,家有家规. 如果出家人有何不对之处, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook), 为何不向主持和尚投?让出家人自依和尚的條规处理、却强权一味要显示他是马华公会鹅唛区会及三宝寺理事会主席, 无法无天的应用霸道手段践踏佛教之圣地.为什么。。。。。为什么.

至今, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook),不当不歉愧,还要狡辩, 这又证明了他说一套, 做的又是另一套, 囗是心非, 所谓的两舌, 相当阴险. 身为律师, 受高深教育, 却应用如此悪毒, 横蛮无礼的作风污辱和尚, 相等于是耻辱佛教伩仰者。他叶金福律师(Yip Kum Fook)不向主持和尚投诉, 却自承英雄,电招外耒者.请问,身为將近20年的三宝寺主持和尚兼顾问,也是第一位 自筹建寺的大功臣,在大马南傳泒中,是闻名遐邇的高僧.其脸要放在那裡?同样的,要是台湾星雲大师的佛寺沙彌犯錯, 理事会没有礼貌自作主张,电招警方要扣畄其沙彌.我敢请问!星雲大师的自尊是怎样的感受?他叶金福律师(Yip Kum Fook)是后耒者,担任理会主席也不久, 竟敢应用如此,目无尊長的方式对待住持,间接的就是告大家,强迫住持和尚必远離,雀巢鸠要佔。这种用心不良, 有老千之谋, 的确令人不敢恭维。

縱观以上几项重点,我不是盲目的護持三宝, 而是要坦白的说;他叶金福律师 (Yip Kum Fook) 身受高深教育, 为律师者,本应通情达理才是,但遗憾的是, 却令人惊觉, 他厡耒就是彿书裡所讲的狡猾且残忍的此颣人。他叶金福律师 (Yip Kum Fook),利用他的专业知識, 懂得包裝自己的道德守則,以宗教为幌子手,到处募款,商业经营, 政治活动为重, 并没依循佛教宗教守则行事, 也没对人道作出任何貢献, 只不过借宗教之名捞取权和私利而己。

在此, 我奉劝, 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 好自为之, 免因果報应.

PLS HELP US TO REMOVE DIRTY PEOPLE IN OUR COUNTRY...SAVE MALAYSIA AND LOVE MALAYSIA...DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR MALAYSIA