"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, June 03, 2009

UMNgok Menghitung Hari-Hari Terakhirnya...

Seperti yang gua nyatakan sebelum2 ni, gua menghormati dan menyayangi Mat Sabu, sbb dia ada jasa yg banyak dalam parti. Dia salah seorang pimpinan PAS yang gua senangi.

Tapi gua lebih lebih lebih lagi sayangkan jamaah ini.

Sebab tu gua sangat objektif. Based on keperluan FASA yang sedang PAS lalui sekarang ni. Gua nak level pemikir tahap tinggi yang boleh menggelabahkan think tank UMNO-BN. Pemikir yg membuatkan Utusan Malaysia menggigit jari kaki selepas pemilihan ni. Kalau level aktivis mcm Mat Sabu, cuma polis & FRU je yang menggelabah. Mat Sabu ada kelebihan sendiri, tapi belum cukup ramuan untuk menjatuhkan UMNO-BN.

Sebab tu gua banyak kali tegaskan, bila nak pilih Timb Pres kali ni, kita kena lihat the big picture & the whole picture. Tengok 10 tahun ke hadapan. Kita kena tengok melalui sudut pandang dalam parti dan juga konteks negara.

Apa la yg penting sangat jawatan Timb Pres ni?

1) Letak mindset ni : Pemilihan kepimpinan PAS kali ni adalah pemilihan bakal kepimpinan negara. Untuk mengurus negara, pimpinan yg mesti naik ialah pimpinan yg TERUJI dari aspek PEMIKIRAN, PENGURUSAN, KELICIKAN POLITIK & PENTADBIRAN. Pimpinan kali ini mestilah kepimpinan yang mampu duduk semeja dengan semua kaum, dihormati kerana keintelektualannya, dan mampu menjadi pemimpin menyatukan PR seandainya anwar kena humban dlm ISA sekali lg. Pimpinan kali ni mestilah pimpinan yg mampu membawa PAS ke dalam mainstream negara, merangkul undi Melayu dan semua kaum. Bukan syok sendiri mengurus parti sahaja.

2) PAS kini dalam fasa terakhir untuk melangkah ke Putrajaya. Selepas muktamar ni, kepimpinan akan mempersiapkan PAS untuk menggembleng seluruh strategi dan tenaga ke arah misi tersebut. Bukan sekadar mengatur strategi, malah membuat bacaan2 politik yang TEPAT untuk memastikan langkah diatur secara berhati2. UMNO-BN pasti tidak akan berdiam diri, dan think tank mereka akan memulakan psychological war dan perangkap2 baru untuk membunuh harapan PAS & PR mengambil alih kerajaan pusat.

3) Keberanian adalah antara syarat penting sebagai TP, tapi ia bukan yg paling penting. Yg terpenting ialah KEKUATAN STRATEGI dan SENI POLITIK, kerana TP akan menjadi org paling KANAN kepada Pres, yg akan memberikan nasihat2 penting apabila PAS menghadapi psychological war ini. Ia memerlukan KETAJAMAN FIKIRAN, KEPANTASAN TINDAKAN dalam membuat bacaan2 politik yg TEPAT pada konteks.

4) TP akan menjadi penasihat dan check & balance terbaik yg akan mengimbangi penasihat2 disekeliling Presiden. Pemilihan TP yg tepat akan memastikan Presiden sentiasa mendapat sudut pandang yg pelbagai dan rencam, bukannya sealiran saja. Gandingan antara ulama' (hadi) dan pemikir (husam) merupakan gandingan yang TERBAIK sebagai peneraju utama Majlis Eksekutif dan dipandu oleh nakhoda yang TEGAS (TGNA).

Gua faham Mat Sabu skrg ni dah tak boleh nak gostan drp btanding TP dan tiada pilihan selain menang. Dan gua pun paham Mat Sabu pun ada tukang kempen yg tsendiri.

Cumanya, lepas gua analisa hujah2 tukang kempen Mat Sabu ni, gua nak bagi pandangan sket la. Gua pasti ni bukan Mat Sabu yg arahkan cara kempen diorg, dan gua paham, biasa la, nak menangkan Mat Sabu, mestila ada strategi sendiri.

1) Awal kempen (sebelum Husam sahkan btanding), tukang kempen Mat Sabu bagi hujah camni : Kawasan2 semua kena undi Mat Sabu, sebab bimbang Husam tak jadi btanding, so takdela bagi Nasa menang percuma. Yang penting ialah kena tolak Nasa.

2) Pertengahan kempen (lepas Husam sahkan btanding), tukang kempen Mat Sabu cakap camni plak : Perwakilan semua kenala undi Mat Sabu, sebab diorg dapat tau TGNA akan serahkan jawatan MB kelantan pada Husam tak lama lagi. So kalau pwakilan undi Husam jadi TP pun tak guna, sebab nanti Husam akan bz jaga kelantan. Yang penting jangan menangkan Nasa.

3) Akhir2 kempen, tukang kempen guna hujah ni plak : Memandangkan Husam dah kena serang teruk dalam media, dan dilabel dengan mcm2 label, pro-anwar, erdogan, gila kuasa, tak wala' pada presiden (FITNAH YG TAK DAPAT DIBUKTIKAN), jadi lebih baik la perwakilan undi Mat Sabu, sebab harapan Husam nak menang dah tipis. lebih baik menangkan Mat Sabu daripada biarkan Nasa menang.

4) Hujah akhir : Undi la Mat Sabu kali ni, sebab dia lebih tua dari Husam. Pemilihan akan datang, pilihlah Husam pulak. (Yg ni hujah yg aku paling kurang senang).

Gua kurang senang dengan hujah2 ni. Gua tau lu org nak Mat Sabu menang.

Gua tau Mat Sabu ni aktivis. Tapi gua lebih prefer PILIHAN YG TEPAT untuk PAS.

Husam ni level pemikir. Gandingan 2H (hadi-husam) pasti akan menoktahkan hayat UMNO-BN menjelang PRU-13.

Ni pandangan gua la. Apapun, gua wish good luck pada tukang2 kempen Mat Sabu.

Gua tetap gua, sebelum atau selepas pemilihan. Wala' gua pada Allah & Rasul, berwasilahkan perjuangan PAS. Gua mohon maaf kpd tukang kempen Mat Sabu. Gua bagi hujah, bukan sebab tak suka Mat Sabu, cuma gua rasa dia kurang sesuai sbg TP. Adios.

Dipetik drp : KEPALA OTAK BERJAMBUL

14 comments:

kobah said...

Husam cara berpolitik mirip Almarhum Fadzil Nor. Orang macam ini diperlukan oleh PAS.

Anonymous said...

Husam ni kan pemusnah dalam parti kita. aku lebih prefer mat sabu. dia lebih terre dr husam

Anonymous said...

Gua pun bukan suka sangat Husam jadi TP. sbb dia da ada rekod kes. Gua rasa Nasa ok apa. buat apa nk rebut jawatan dalam PAS. Nasa,... kalau lu rasa lu x bagus lu letak je jawatan. x payah la soh bertanding jawatan ni. buang karen a layan lu orang bertanding.

Anonymous said...

Mat sabu la,.. Nasa ngan Husam muda lagi.kita kene balas jasa orang lama. atleast sepenggal.

Unknown said...

Bertanding dalam ertikata lebih kearah mematangkan politik PAS tu teruskan lah..apa salahnya. Lepas kena kerja juga bukannya yg kalah terus boikot macam puak2 lagi satu tu kot...masing2 ada kelebihan sendiri dan masing boleh ditegur dan menerima teguran...apa masalah? Ini bukan kem umno tak boleh buka mulut selain dari membodek sepanjang hayat.

Anonymous said...

aku nak bagi yang bersih, tak ada rekod kes. hidup Nasa!

faridshah said...

Aku suka Mohammad Sabu, nampak kental dan berani. Lgpun orang kampung aku (Pulau Pinang).

Tp aku SOKONG Husam Musa sebagai bakal Timbalan Presiden. Sebab kelayakan dan kriteria yang ada pada beliau.

Harap2 akan ada Timbalan Presiden yang baru.
Perwakilan2 buatlah pilihan dengan tepat secara rasional dan terbuka.

Salam perjuangan.
Jom sokong PR

Anonymous said...

Nasa lsg tk lyk jd timb pres. Malah, tkde sape pn blh ckp ape jasa yg dia tlh taburkan. Yg dia buat hylah berunding dgn UMNO. N Nasa ni merupakan calon feveret UMNO. UMNO yg jd tkg kempen Nasa skrg.
Mat Sabu pulak mmg tersohor sbgai aktivis. Tp aktivis sj tk ckp utk tarik perhatian org utk bukak mata dgn PAS. Abg Mat lebih wajar di beri jwtn sbgai ketua penerangan. Mmg sesuai dgn beliau.
Husam plak adlh ank didik TGNA. Mempunyai daya intelek tinggi, celik ekonomi n pakar strategi. Beliau menjd org kanan TGNA di Klate. Telah byk membantu Klate dlm aspek pembangunan w'pn bantuan kewangan di sekat oleh UMNO.Husam ni boleh mengimbangi pengaruh Anwar dlm PR, maksudnya org bkn Islam pn akn lebih celik kpda PAS strsnya dpt bantu kemenangan kerusi yg lebih pd PRU13 nti.

Anonymous said...

Husam bakal jadi pencatur dalam PAS.aku kurang selesa dgn Husam. mcm dia sorang je betul. ramai lagi pemimpin PAS yg bole di ketengahkan. Husam banyak kes.x layak bagi jawatan TP.nanti orang UMNO ada isu utk dibangkitkan kt PRU13.

Anonymous said...

ahahah orang umno kempen untuk calon PAS... klaka la umngok ni... tetibe dalam media prima bercakap pentingnya peranan ulama....kakkah kah...hanya tolol je yang termakan dengan kempen baghal umngok

Nunca Caminaras Solo said...

Mat Sabu la.. Sapa cakap UMNO xtakut nagn beliau.. Dia xmasuk Parlimen sebab dia lawan tempat power2.. Tgk track record dia.. Kepala Batas, Permatang Pauh.. Kat Ganu hari 2, UMNO siap letak calon proxy lagi..

Takat bertanding kat Kelantan, xyah bangga la.. Bukan nak menjatuhkan Kelantan, tapi mmg aku respek orang Kelantan.. Letak la sapa pun, depa pilih bulan.. Kat mana Nasa bertanding?

Lgpun Mat Sabu pemimpin rakyat.. Dia naik, insya'allah, bukan takat UMNO garu kepala, tokey2 pun garu kepala.. Mat Sabu mmg pemimpin rakyat.. Xde dia nak layan kerenah tokey2 yang menyokong utk perut deme.. Insya'allah..

Anonymous said...

Husam byk kes? Rsnya 1 pn dakwaan UMNO n fraksi nya tk penah dpt di buktikan.. Tgk kes ADUN Paloh.. Skrg dh kantoi diorg fitnah Husam ats dasar dendam peribadi seseorg..

kembara putih said...

Tentulah yang terbaik HUsam, Ke2 Mat Sabu dan yang tercorot Nasa. Fikiran yang tajam...Husam mengatasi jauh. Bijak ekonomi...Husam lah siapa lagi. Boleh diterima semua kaum...Mat Sabu mengatasi, Husam ke2. Bertenaga...Husam, juga Mat Sabu. Idea2 bernas...Husam lah.

Husam seolah2 memang dilahirkan untuk memimpin, penuh dengan kualiti seorang negarawan. Sayanglah jika PAS membuang potensi ini. Jika beliau ada terkurang, para ulama' dan pemimpin lama ajar lah.

Lagi satu, bila kita menolak Nasa bukan bererti kita menolak ulama'. JANGAN SEMPITKAN PEMIKIRAN. Kita tolak Nasa sebab dia tidak perform, setelah 2 penggal jadi TP. Dalam arus yang semakin mencabar ini kita perlukan TP yang ada kualiti memimpin, ligat dan tuntas. Dan kita bukan tolak beliau selama2nya, jika masa2 mendatang beliau berjaya tingkatkan kualiti maka kita pilihlah beliau semula.

Anonymous said...

Xmenang TP, PAS xkan buang dorg nie.. Kecuali dorg buang diri sendiri sbb kalah.. Mat Sabu xkan kemana-mana.. Dia mmg tetap dgn PAS, insya'allah.. Yg 2 org lagi 2 aku xleh komen..

Mat Sabu mmg dah terbukti.. Dia ada jawatan ke, jadi MP ke, dia tetap dgn PAS.. Dia dah berjuang dlam PAS dari zaman PAS xperintah mana-mana negeri pun.. Memang terbukti kesetiaannya..