"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 30, 2009

Juru-Ukur Khas Tentukan Lokasi Pelantar Minyak

Kemelut kedudukan sebenar pelantar carigali minyak dan gas dijangka diketahui umum apabila rombongan kerajaan negeri dan anggota-anggota parlimen Malaysia melawat lokasi berkenaan awal Ogos ini.

Turut disenaraikan dalam rombongan tersebut pasukan juruukur khas, Adun, media dan nelayan.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato' Husam Musa berkata, lawatan kerja ke kawasan pelantar minyak itu diharap dapat menentukan kedudukan sebenar pelantar berkenaan.

"Ini memandangkan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed sebelum ini mendakwa pelantar terbabit terletak di kawasan tuntutan bertindih di bawah perjanjian antarabangsa membabitkan Malaysia, Thailand dan Vietnam.

"Jadi kita akan buktikan pelantar dimaksudkan masih dalam kawasan perairan Kelantan walau pun mungkin bertindih dengan Thailand," katanya kepada pemberita di pejabatnya semalam.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika kempen pilihan raya kecil di Manek Urai sebelum ini tidak mahu PAS mempolitikkan isu royalti minyak dan gas kerana kedudukan pelantar di kawasan bertindih.

Husam berkata, kalau lokasi pelantar bertindih di antara Kelantan dan Thailand bermakna negeri ini berhak ke atas royalti minyak dan gas sebanyak lima peratus setahun seperti ditetapkan Petronas.

"Adalah tidak berbangkit Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum sebagaimana negeri-negeri lain termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu.

"Jadi lawatan tersebut akan membuktikan apa yang didakwa oleh Dato' Mustapa itu tidak benar dan Kelantan mempunyai hak ke atas royalti di bawah semangat federalisme," ujarnya.

Beliau juga berkata, Petronas tidak memberi penjelasan dalam tempoh 48 jam seperti diarah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kempen pilihan raya di Manek Urai baru-baru ini.

Beliau turut merakamkan ucapan banyak terima kepada sokongan banyak pihak untuk membolehkan Kelantan menuntut royalti terbabit.

Antaranya, mantan Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang menjelaskan Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian dimeterai antara kerajaan pusat, Petronas dan kerajaan negeri.

Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 juga menyatakan perjanjian-perjanjian sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.

Petronas sebelum ini menandatangani perjanjian dengan semua kerajaan negeri yang mempunyai sumber petroleum untuk memberi hak mendapat royalti lima peratus setahun sama ada di daratan atau lautan.

Pemimpin Umno juga mendakwa Kelantan tidak berhak terhadap minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri ini.

Sedangkan amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak biar pun pelantar berada lebih 200 kilometer dari pantai negeri terbabit.

Kelantan menuntut Petronas membayar sebanyak RM1 bilion memandangkan carigali minyak dan gas di kawasan PM301 bermula sejak 2004.

Jabatan Perangkaan Malaysia juga menjelaskan nilai pengeluaran kasar industri petroleum pada 2004 di perairan Kelantan, Terengganu dan Sabah berjumlah RM47 bilion.

8 comments:

PAPA GOMO said...

TERKINI- RAMPASAN DADAH BERNILAI RM10 JUTA DI BAYAN LEPAS PULAU PINANG MELIBATKAN PEMBABITAN DAP!!! http://www.gomounited.com/2009/07/terkini-rampasan-dadah-rm10-juta-di.html

zali said...

5% saja...95% ada lagi tapi betul ke kelantan layak dapat royalti tu?

biar depa pegi ukur dan bawalah berita gembira untuk rakyat kelantan yang daif.

jika layak dapat dan kelantan membangun selepas itu maka...1 malaysia akan tahu itu hasil duit royalti dari petronas...dan bukan hasil usaha kerajaan negeri yang duduk mengangkang tunggu duit.

tak reti nak majukan negeri
tak reti nak menjana ekonomi negeri

menjadi tangan di bawah dengan meminta-minta keuntungan dari hasil kerja orang lain...

1 malaysia akan tahu kerajaan kelantan amat lemah.

itu jika membangun setelah royalti dibayar...kalau tak...maka 1 malaysia akan tahu kerajaan dah songlap itu duit.

selamat membangunkan negeri!
boleh ke nih?

aku PAS said...

zali!!!! soalan aku psl UNCLOS 1982 dlu tu bl ko nak jwb??? tu la..suruh blajar, ko malas!!! dahla bodoh, asyik kena tipu ngan umno jea...bangang tak abis2!!! ataupun ko dah buat2 lupa soalan tu? ni aku tanya skali lg...

apa tu base line? internal waters?territorial waters? contiguous zones? EEZ? continental shelf?

ni tambah satu lg...what are the rights and jurisdictions of states concerning those areas?

ko tu dah berumur dah,jgnla hidup dlm kebodohan lg..blajar la, baru blh cerdik sikit...mangkuk!!!

petronas keje korek hasil negeri, mmg tu hak rakyat&kerajaan negeri, tu pun ko tak blh pikir ke? apala baghalnya ko ni??? umno &puak2 pencacai tu yg duk mengangkang tunggu songlap duit!!!

bangang nak mampussss!!!!

Anonymous said...

Patutlah Petronas kaya raya,untung berbilion bilion dengan nipu duit rakyat .Sepatutnya negeri2 yang ada minyak spt sarawak,tganu dan kelantan ni dah kaya raya spt Brunei .Dah lah korek minyak dinegara sendiri,jual pulak mahal mahal kat rakyat.

Anonymous said...

Bla.. Bla.. Bla...
Bukti....???? Takde.
Mana ada tipu duit rakyat. Ko je yang idup2 dah kena tipu dek bangsat2 Pakatan Rasuah, Pembela Kroni Rasuah, Pengikut Ajaran Syaitan, DAPigs dan setan besar Al-Juburi. Padan muka kau setan..... Idup lagi dah kena "main" dek Al-Juburi.

CUPING MERAH said...

eleh.. ZALI

kat johor yang kata membangun pun pakai duit kerajaan pusat jugak..
dan duit kerajaan pusat banyak bergantung ngan duit petronas..

dan duit petronas datang dari minyak..dan minyak datang dari negeri trengganu,kelantan,serawak dan dll.

hutang negeri johor ngan kerajaan pusat bertempek2 yang lom dibayar..

Anonymous said...

zali bodong bangang bahlul !!

Anonymous said...

zali kater "tak reti nak majukan negeri
tak reti nak menjana ekonomi negeri"

elok la.
kerajaan kelantan bodoh sebab dibodohkan kera 1M'sia.

Kera 1M'sia tak reti nak majukan negara, .....sedut minyak kat perairan ganu, s'wak, sabah.

pastu naikkan reger minyak..

FYI, nak convert gas ke LPG antar proses ke temasek. pastu import balik ke M'sia.
Ingat!!! sumber LPG domestik ni hanya dari thailand & temasek sahajer yer.
bijak sungguh kera 1m'sia ni nak memajukan negara.

aper punyer statement ko zali!!!!