"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 26, 2009

Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih: Matlamat Kita - Tumbangkan UMNO/BN..!

Bertaubatlah. Saya faham kita semua manusia dan boleh buat kesilapan. Saya tahu siapa yang jemput korang ke Kelantan. Siap disediakan transportasi dgn tempat tinggal. Siap dijanjikan itu, siap dijanjilkan ini.

Kemudian perkara pertama yang mereka bagitau ialah “Husam nak gulingkan Tok Guru, Arifahmi dan Pertahan Tok Guru dari kena guling”. Lepas tu dibawa lah jumpa orang itu, dibawa jumpa orang ini. Konon nak jadi saksi bahawa Husam ada agenda jahat nak guling Tok Guru.

SEEMUUAAAA tu fitnah. Macamana Husam nak guling Tok Guru kalau Husam takda “support” dari PAS Pusat? Hari ni Tok Guru digulingkan, Geng2 Terengganu terus akan namakan Taqiyuddin (misalnya) atau Nik Amar ke, atau Ustaz Ahmad Yaakob sebagai ganti. Watikah perlantikan ganti Tok Guru ini akan tiba-tiba sampai ke Istana Air Mata dengan bantuan Task Force 2010. Husam baru nak angkat sumpah, nanti kena halau balik.

Husam anak didik Tok Guru Nik Aziz. Beliau difitnah dan dinista teruk sebab UMNO tak boleh nak rosakkan imej Tok Guru. Jadi, UMNO rosakkan imej Husam Musa. Husam tak mungkin nak gulingkan Tok Guru sebab kalau dia buat begitu, imej dia akan jatuh merudum macam nangka busuk.

Dan kita tahu siapa yang sebar fitnah Husam nak guling Tok Guru ni. Masa akan menentukan identiti si pembuat fitnah ini. Tunggulah, tak lari gunung dikejar. Patah sayap bertongkat paruh, namun gunung yang tinggi terus didaki.

Sekarang zaman internet. Di Kota Baru, kedai kopi buruk pun ada Wi Fi. Apa benda buruk yang Husam buat, dalam sekelip mata akan sampai ke pengetahuan majoriti rakyat Kelantan. Projek Wifi tu pun projek PAS di Kelantan sehingga peniaga2 Kelantan.

Ingat tak masa Nozula Mat Diah dan geng2 UMNO beliau membuat laporan BPR pada Husam Musa dengan bergantung kepada laporan2 dari blog Mohammad Sayuti Omar (editor Siasah yang sudah hendak bankrap tu). Husam disiasat atas bawah kiri kanan. Akhirnya, BPR hanya mendapat satu bil air yang berjumlah RM220 yang tertunggak 6 bulan. Dan, BPR mahu mendakwa Husam atas bil air tertunggak.

Laporan Norzula tu selonggok dan terdiri dari kesemua fitnah yang dilayangkan ke atas Husam Musa selama ini oleh musuh-musuh dalam Husam Musa selama ini. Tapi akhirnya terbukti fitnah KESELURUHANNYA (bil air tu tidak termasuk dalam laporan BPR Norzula Mat Diah).

Menyebabkan Norzula Mat Diah kena mintak maaf secara terbuka dalam Berita Harian seperti di bawah :

Untuk laporan lanjut, sila baca di sini.

Semua Manusia Tidak Maksum Kecuali Nabi Muhammad SAW (dan Nabi Isa AS bila Baginda turun nanti)

Nasihat saya pada Manjung Mari dan Aduka Taruna dan bloggers seangkatan dengannya, marilah kita menyedari kembali kepada kebenaran.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Tak perlulah memanjangkan fitnah-fitnah ini lagi. Semua orang boleh tertipu dengan fitnah hatta orang itu baik macamanapun.

Cumanya, inilah pengajaran kepada bloggers semua supaya berhati-hati dengan “Patih Karma Wijaya” yang cukup ramai dalam PAS. Anggaplah ini satu bentuk tarbiyyah dan pengajaran kepada kita betapa banyaknya “munafiqeen” dalam PAS. Kalau zaman Nabi SAW pun ramai Munafiqeen, inilkan pula zaman kita ni.

Dan Aduka Taruna. Berentilah nak serang Tok Guru Nik Aziz pulak. Kembali lah ke pangkal jalan. Memang Tok Guru tersilap, tapi Tok Guru bukan Nabi dan Rasul dan beliau sanggup membetulkan kesilapan kita.

Mari kita hidupkan kembali kempen kita menjahanamkan Fraksi UMNO/Balachi Task Force 2010 dan halau mereka dari PAS bersama-sama.

Tulang Besi

15 comments:

Anak Bugis said...

Sejahat-jahat ahli PAS atau PR, 1000 kali lagi baik dari pemimpin UMNO yang sah-sah mengamalkan jenayah rasuah dan memundurkan orang Melayu selama 50 tahun, jadi kenal pasti lawan kita yang sebenar agar mereka tak mampu bangkit lagi pada PRU ke 13

Anonymous said...

ManjungMari kena tanggalkan kopiah tu. Buat malu orang Manjung saja.

saif al mansur said...

menentang kezaliman adalah wajib.. begitu juga menegur pimpinan yang berbuat kesilapan juga wajib.. Namun sekiranya sang pemimpin telah memohon maaf atas kesilapan dan memperbaiki kesilapan tersebut, haruslah si penegur dengan rendah hati memaafkan dan berlapang dada kerana tugas anda telah selesai. Tetapi kalau masih lagi dengan sifat dendam dan iri hati, percayalah bahawa hati anda telah menjadi tempat persembunyian syaitan laknatullah..

Semoga TGNA dan anak didiknya sentiasa diberi kekuatan untuk memimpin perubahan. Allahuakbar!

-almansur-

Anonymous said...

bagi saya Aduka Teruna agak berkecuali dalam hal kelantan ini.

Blog pro-pas & anti-UG yang kuat menyerang/memburukkan Husam adalah saynotomunafiqeen & Manjung Mari. Inilah yang memelik & memeningkan saya pasal pendirian mereka bertukar 180 darjah...apa info yg depa dapat?

MSO tak yah ceritalah...tulisannya manis beracut

Pinkturtle menyerang tapi pendekatannya lebih kepada membela Tok guru.

Anonymous said...

masuk ni dah berapa kali Aduka taruna tu kena nasihat/tegur..

bukan setakat malaysian waves, dah banyak blog, web blog yang yang sebelum ni tegur/kritik si At tu, termasuk la blog2 otai..

baru ni, Wak Al-banjari dah tegur coz AT terbit artikel fitnah dalam blognya...kali ni, blog ni plak..

adeh, AT...disebabkan nak lariskan blog, sanggup ko hina perjuangan PAS..lepas satu satu isu kau cipta dan sebar...nampaknya kau masih belum matang...kau tak sedar, tindakan kau tu bukanlah bersifat profesional....

harap semua ambil pengajaran...

Anonymous said...

sokong artikel ni..

kalau korang nk tau, AT bukanlah dalam barisan penyokong PAS..dia hanyalah atas pagar..

apa pun, atas pagar sekalipun, kita patut tegur dan kritik kalau salah..jgn jadi mandul sehingga dikatakan tegur org atas pagar seolah2 nafikan jasa mereka ketika mengundi PAS...kalau begitu, penyokong umno pun ada undi PAS, so tak perlu hentam/kritik mereka kalau buat salah??

sepatutnya disetiap blog, selain diletakkan ruangan link untuk penyokong PAS atau PR, diletakkan juga ruangan link untuk golongan 'atas pagar' ni, kita asingkan, barulah senang kita nak nilai mereka....

rahim said...

DARI BLOG ADUKA TARUNA..

udah la AT, cara kau pertahankan diri serupa sebijik cara umno..nak je cari lubang lepas diri..

kalau lu berlapang dada ngaku silap, aku rasa ramai lagi yg akan hormat lu..

yang tegur2 lu bukannya blog cepisan macam lu ni, tapi blog otai..dah lebih dulu makan garam dari lu..

xkan la dorang lembab sangat tak tau pangkal hujung nak kritik lu, mesti ada sebab punya..

terimalah kekurangan lu ni..

hidup aduka!


setuju dgn geng anti UG..

aku yakin dorang ada sebab napa tegur lu..siap letak nama lu lagi jadikan tajuk..xkan la main2 punya...xkan la dorang jenis xbuat homewaork time nak jadahkan lu..kalau lu rasa lu pro, dorang pun pro jugak, bahkan lebih otai dari lu dlm bab2 ni..

kalau dah blog otai pun 'terasa', aku tak dapat bayang orang2 bawahan yang folow blog lu ni At, pasti ramai lagi yang 'terasa'..cuma xde saluran nk hentam lu..

jangan la lu rasa, mereka yang ramai di blog lu sekarang ni, semua pakat sokong lu..

termasuk aku, ramai sebenarnya dari mereka folow blog lu bukan semata-mata setuju dgn lu, tapi sebab2 lain..bahkan orang umno pun ada folow blog lu..

Anonymous said...

semoga yang menulis ni pun dapat mempraktikkan apa yg di tulis tu utk diri sendiri.

Anonymous said...

Sudah lama sedap baru nak cakap SILAP??? Tiga kali sorak. HIDUP PASBERG, HIDUP PASBERG , HIDUP PASBERG !!!!Baru tahu tinggi rendhnya langit,

Anonymous said...

Kekadang keinginan menulis BOLEH MEROSAKKAN!

afif said...

Kalau setakat buat silap sikit tu.... Bermaaf-maafan lah...

Matlamat utama Umat Islam sekarang ialah menjatuhkan kerajaan Yahudi Asia(Barisan Nasional)...

Kalau silap sikit macam tu, biar lah, tak lah seteruk UMNO/BN...

UMNO/BN sampai bunuh orang Islam, rampas harta orang Islam, rasuah dan berjuta-juta lagi DOSA...

saye said...

aisey selama ni AT dok kutuk TGHA takde suara pun. baru sentuh sket TGNA ngan Hussam yang memang ada silap sket pun. itu pun guna bahasa yang elok (ikut standart dia la) dah bising. lu ni perisik rakyat ke perisik pemimpin. kita nak orang yang membetulkan tanpa mengira team. ni tak bila kena diri sendiri pandai lak suruh taubat. fakap

Anonymous said...

AFIF, Otak kamu letak dikepala atau dilutut ?Tidak kira siapa. PAS ke, BN ke , DAP Ke,Salah tetap salah,Rasuah tetap rasuh, Dosa tetap dosa. Pandai pula ada timbangan dosa PAS kecil jika dibanding dengan Dosa BN. Cakap macam budak kecil masih menyusu !!!

Unknown said...

TP Sila ambil perhatian kepada komen saya ini.

Tok Guru kita maklum adalah ikon PR.

UMNO/BN berpendapat.Dengan menjatuhkan Tok Guru.Maka jatuhlah PR.

Sebab itu kita lihat tahun ini
Tok Guru sentiasa dihentam atas depan belakang bawah.

Jadi kita hendaklah kukuhkan sokongan kita pada tok guru.meminta beliau supaya 'slow' sedikit dan kita hujankan UMNO/BN dengan isu supaya mereka pula yang menjadi defensif sambil2 itu kita jernihkan persepsi masyarakat terhadap pimpinan kita iaitu TG abdul hadi dan TG nik aziz.

Saya bukan pro husam,pro nasa,pro mustafa ali,pro tg nik aziz,

tapi saya bercakap demi kepentingan perjuangan ISLAM di Malaysia.

Anonymous said...

Musang UMNO dalam PAS perlu dicari/dikesan/ dimusnahkan barulah PAS selamat dari kehancuranya....

Ramai yang masih Sayang PAS.