"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 24, 2009

Cabaran Kepada Pengasas Pondok Getting Untuk Melaporkan serta Mendakwa Tok Guru Nik Aziz Dalam Mahkamah Syariah Kelantan

Utusan Meloya melaporkan, seorang ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan bernama Abdullah Sa’amah berkata :
  • “Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.
  • "Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.
  • "Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu Al-Qur'an dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.
  • "Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.”
Oleh kerana itu, kerana Tuan Guru Haji Lah merasakan bahawa Tok Guru ini seorang yang menyeleweng akidah, maka saya persilakan Tok Guru Hj Lah supaya membuat laporan rasmi kepada Mahkamah Syariah Kelantan untuk mendakwa Tok Guru Nik Aziz.

Biar kita selesaikan perkara ini dalam mahkamah.

Dan sempat pula Tuan Guru Hj Lah ni puji UMNO yeee :
Oleh kerana itu, saya nak minta Tuan Guru Haji Lah menyatakan pendapat beliau di atas tindakan Dato Najib Tun Razak meluluskan 10 lesen judi “Special Draw” baru, sewaktu bulan pertama beliau menjadi Menteri Kewangan.

Adakah itu satu bukti bahawa UMNO telah menjadi tulang belakaang kepada Islam di Malaysia sepanjang 50 tahun ini?

Tulang Besi

Nik Aziz sudah terlalu takbur (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm)

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.

"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.

"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.

Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.

Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.

Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.

"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.

"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.

"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.

Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.

Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.

"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.

"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.

Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.

11 comments:

jinchi said...

sumber utusan meloya...aku xnk hantam lg...hehehe...tp kalu betul org tu ckp cmtu...tah laa...kasi hantam laaa...bodoh.

Liza said...

STOP dulu!!! jangan percaya mainan setan gondol UNGOK punya lidah... lidah tu banyak cabang2 dan mengeluarkan lendir yang busuk lagi meloyakan... SHITTT!!! kita tak heran pun jika tulisan dalam tu diolah2. mungkin ini juga satu agenda (plan a minus berkembar beserta plan dah lepas yang tak berjaya... CHECK DULU! mungkin saja nak timbulkan perpecahan dikalangan alim ulama

Anonymous said...

kira apa ji... tok guru pondok geng ug... hahaha...

jilat amnu nih... dapat peruntukan baru ke hapa?? dulu ada sorang... terus peluk amnu lepas mahadei gi semayang kat pondok dia... kehkehkeh...

RAKYAT KELATE YANG DIZALIMI MPKB-BRI said...

Salam blog, tolong siarkan,

KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

Salam, Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam”.

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..

Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.

UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???

Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :

1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DNA KEJAM.

2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an “Lawatan Sambil Belajar”TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

3. MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.


Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi ..firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRI


Kami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.

Bukan untuk tapi,kami mahukan “KEADILAN .. PEMBELAAN”

KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.



KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,

KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS

HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.


INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN

Anonymous said...

Salam tuan Tulang Besi.. Blogger pemburu Syahid dh kuarkan statement penafian daripada persatuan pondok Kelantan ttg kenyataan Ostad Pondok Geting..

Anonymous said...

Mula2 baca macam boleh percaya...

Tapi bila last - last tu dia masuk puji - pujian kepada UMamakNO, terus jadi tak bleh pecaya... nak tegelak ada :)

Kuang kuang kuang...

mosabit said...

apa yg kuar dari utusantau meloya aku dah tak ambik pot...yg tepat adalah keputusan no ekor/toto dan tarikh jer....

boleh blah la bro....

kah kah kah kah kah .....

Anonymous said...

-bro,sumber dr wrtawan utusan meloya,TGNA ckp islam plastik diorang bole laporkan islam palestin..xkan lu lupe bro..

-wa rase msalah base ar..wrtawan utusan mmg bodoh tahap melantun2!!dari dulu,kini, dan selamanya..KHAAK PTUIIHH!!!

-zargus-

Liza said...

Puji... mu doh dok kat KB tu, cuba gi jupo tok guru pondok Geting tuh... acu demo sendiri dapat maklumat dari tuk guru pondok tuh. Kalu buleh mu buat rakaman sekali supaya lebih jelas... Harap mu buat pertimbangan, benda ni bukan kecik, fitnah ni buleh jadi besar kalu tak di pecah awal2. yang jadi mangsa puak PAS dan puak Pondok Geting. lebih jadi mangsa ialah rakyat yang tidak mendapat maklumat yg tepat... HAPUSKAN FITNAH! HAPUSKAN FITNAH!

Anonymous said...

ji, kawe sokong hok liza goyat tu
demo gi sediri tanyo dio...baru beto


i'm no king

lurus said...

betul..betul..betul..g siasat sendiri dulu la bro.