"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 04, 2009

Dr. Hasan Ali Yang Wajib Dinilai Ahli-Ahli PAS..!

Sejak jawatankuasa disiplin dibentuk oleh PAS untuk mengambil tindakan terhadap beberapa peribadi dalam PAS Selangor, Pesuruhjayanya Dr. Hasan Ali dilaporkan tidak tenteram.

Beliau tidak ada banyak pilihan, kecuali membalas dendam kepada beberapa peribadi seperti Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang begitu banyak mengkritik peribadinya sebelum ini.

Beliau mungkin mulai sedar bahawa keyakinan rakyat, ahli-ahli PAS serta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat kian pudar terhadap peribadinya.

Jalan yang ada yang sedang dibuat Dr. Hasan adalah turun padang bertemu ahli-ahli PAS untuk meraih simpati.

Antara siri pertemuan yang sempat saya dapatkan bukti, adalah pertemuan Dr. Hasan dengan AJK PAS kawasan Zon Selatan pada 1 November 2009 lalu, jam 9.15 malam – 11.30 malam di Puchong Perdana.

Selepas YDP Puchong berucap, Ketua Dewan Ulama Selangor yang juga Pengerusi Majlis, Ustaz Md Zain menjelaskan konsep tahalluf siyasi.

Beliau meminta semua ahli PAS yang hadir membuat mind setting dengan membuang elemen-elemen sekular serta kembali melihat Islam sebagai asas pemikiran semasa majlis dialog itu berlangsung.

Ust Zain juga meminta ahli yang datang untuk tidak membuat rakaman, mengambil gambar atau sebagainya bagi mengelakkan fitnah.

Kemudian, Dato Hassan Ali memberi penerangan tentang isu-isu yang berlegar pada dirinya. Beliau kelihatan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan dirinya dan mengatakan dakwaan yang terpalit pada dirinya adalah fitnah jahat dan tidak mempunyai sebarang bukti.

Beliau menceritakan kenapa beliau masuk dalam PAS adalah semata-mata ikhlas dalam perjuangan. Beliau melihat politik dan dakwah hanya dalam PAS dan tidak ada pada lain-lain jamaah.

Beliau menyebut sejak beliau masuk PAS, segala perniagaannya telah disekat segenap sudut.

Jika dulu beliau kebiasaanya membawa keluarga pergi bercuti di luar negara dua kali setahun, tetapi sejak masuk PAS hendak pergi bercuti ke Langkawi pun tidak mampu.

Skim 15 kerusi paling minimum untuk dimenangi pada PRU-13.

Beliau juga mempersoal wakil rakyat Kota Raja, Kuala Selangor, dan Shah Alam yang lantang mengkritik beliau tetapi langsung tidak sms atau berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan penjelasan. Beliau juga menyindir mereka kerana lebih suka mendedahkan rahsia parti dalam blog-blog media baru.

Sessi penerangan beliau memakan masa dalam 30 minit dan sesi ini beliau lebih banyak mempertahankan diri beliau serta memberitahu audiens tentang kehebatan EXCO PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor serta menekankan tentang tiada masalah antara parti-parti PR dalam memerintah Selangor.

Beliau juga dengan bangga memberitahu MB Selangor telah melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Selangor 25 tahun akan datang.

Sessi ucapan itu persis orang UMNO kerana terlalu banyak ayat ‘angkat bakul sendiri’.
Kemudian sessi soal jawab. Antara yang menarik soalan-soalan oleh audiens adalah –
  • Kenapa YB Khalid Samad dan YB Saari Sungip dipecat dari Dewan Harian PAS Selangor.
  • Ahli-ahli PAS yang terlibat dengan blog yang menghuru-harakan serta mendedahkan rahsia parti agar diambil tindakan tegas
  • Ahli PAS tidak dapat projek
  • Kenapa Dato PJ membuat kenyaataan akhbar dan tidak melalui saluran dalaman berkaitan isu SELCAT
  • Penjelasan terhadap soalan-soalan yang dikemukan dimulai oleh Sdr Khairuddin, S/U Badan Perhubungan PAS Selangor.
Beliau dengan suara lantang mempertahankan Hassan. Beliau menceritakan dalam pertemuan PAS dengan DAP, YB Teresa Koh bertanyakan ura-ura Hassan hendak masuk UMNO. Beliau berhujjah tidak mungkin kerana calon PAS yang bertanding dalam p/raya berbaiah akan jatuh talak 3 kepada isteri mereka jika mereka melompat parti.

Beliau juga mengatakan wakil-wakil rakyat yang membuat onar dengan melompat parti sebelum ini adalah DAP dan PKR.

Ketika diminta mengulas tentang mengapa Khalid dan Saari Sungip dibuang dari Dewan Harian PAS Selangor, beliau berkata
  1. Fahaman mereka terlalu liberal.
  2. Mereka bersetuju untuk melaksanakan p/raya PBT sedangkan PAS Pusat tidak merestuinya. Hassan berhujah jika ianya dilaksanakan, maka orang Melayu di Sabak Bernam dan Kuala Selangor lah yang akan menjadi majoriti ahli majlis PBT. Khalid dan Saari berhujah “let got it, kita perlukan ahli-ahli majlis yang berwibawa dan layak untuk menduduki kerusi ahli majlis”.
  3. Isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah swasta/agama. Mereka bersetuju dengan cadangan EXCO DAP untuk menyamaratakan bantaun tersebut.
  4. Isu ganti tanah kepada kuil-kuil. Jika didapati ada kuil-kuil yang haram dan hendak dirobohkan, maka kerajaan negeri hendaklah menggantikan dengan tanah yang baru. Termasuk lah tanah-tanah yang dimiliki oleh MAIS. Mereka bersetuju.
  5. Isu pembinaan Pusat Kebudayaan Cina di sebelah masjid baru yang dibina di suatu tempat. Pada mulanya tanah tersebut hanyalah 2-5 ekar tetapi diminta oleh EXCO DAP tambahan tanah sehingga menjadi 15-18 ekar tanah yang bernilai RM 3.8 juta (kalau tidak silap). Mereka bersetuju.
  6. Penguatkuasaan enakmen Islam. Mereka tidak bersetuju kerana ianya merupakan enakmen zaman UMNO memerintah. Hassan berhujjah enakmen itu adalah berkaitan tangkap khalwat, zina, yang bercumbu-cumbuan, orang minum arak etc. Beliau dengan sinis mengatakan “tak kan perkara ini pun tidak boleh sedangakn enakmen yang hendak dikuatkuasakan itu adalah standard dengan negeri-negeri lain”.
Hassan juga mendedahkan tentang pendirian DAP yang tidak sesekali akan menerima enakmen Islam walau apapun yang berlaku.

Beliau menceritakan terdapat cadangan daripada EXCO DAP untuk membuat IT International Zone (kalau tidak silap) iaitu salah satu fungsinya adalah tempat untuk hiburan bertaraf antarabangasa seperti hiburan 24 jam, kelab malam 10 mlm-4 pg, kedai arak etc. Cadangan tempat adalah di Puchong dan Shah Alam. Hassan berhujah dalam meeting EXCO bahawa Almarhum Sultan sudah menitahkan Shah Alam dilarang dibuat perkara-perkara seperti itu.

Berkaitan dengan respon tentang blogger, Hassan menyindir pimpinan/ahli PAS yang menggunakan blog sebagai medium. Sebagai contoh beliau menyindir Tulang Besi. Paling menarik, Hassan dengan sinis menyindir TGNA yang menggunakan blog sebagai medium. “Tok Guru pun guna blog!!!”. Sinis Hassan.

Beliau juga mempertikaikan TGNA berkaitan artikel di blog Tok Guru kerana mengambil sumber daripada tulisan persepsi Prof Aziz Bari dan kegusaran sekumpulan Cina Sarawak yang berkunjung ke Kota Bharu berkaitan isu PAS di Selangor.

Beliau dengan sinis bertanyakan kenapa TGNA tidak telefon beliau untuk bertanyakan secara direct padahal TGNA mempunyai bermacam-macam S/U untuk menghubungi beliau.

Berkaitan projek-projek kepada ahli PAS beliau secara berhujjah peraturan mengkehendaki beliau mengambil tender yang paling murah dan jika tidak, SPRM akan menunggu di depan pintunya.

Pada ketika ini, Ust Zain mengatakan Unit Amal dapat mengesan ada ahli yang merakam dialog.

Hassan juga memberi pengingatan tentang rakaman dan pimpinan tidak redha jika ada rakaman.

Antara pimpinan PAS yang hadir adalah YB Dr Hassan Ali, YB Iskandar (datang lambat sedikit), Ust Zain Dewan Ulama, Khairuddin S/U Perhubungan PAS Selangor, Ustazah Hasrina Dewan Muslimat, Roslan SMS, YB Shafei, YB Yunus, YDP PAS Puchong, YDP PAS Sepang, Adram Musa (Bendahari Pemuda PAS Pusat).

SAYA ZAINULFAQAR YAACOB semakin ragu dengan kewibawaan Pesuruhjaya PAS Selangor. Harap maklum!

Sumber - instinctive-stage G3.0

17 comments:

Anak Bugis said...

inilah yang membunuh PAS, pemimpin yang tak mahu mendengar suara majoriti, perkara ini tak pernah berlaku dalam PAS sebelum ini, nampaknya pengaruh dan cara politik umno telah meresap di dalam pas. Hasan kena faham walau apa sekali pon alasannya, tindak tanduknya menyebabkan PAS kehilangan undi yang banyak di Bagan Pinang.

Anonymous said...

orang bukan islam perlu diberitau...mereka boleh minum arak sebanyak manapun selori tanker sekalipun...pas tidak sesekali mengangu cinta kaseh mereka pada arak..cuma pas tak mahu orang islam yg minum...jelaskan terangkan tulis besar2 dalam harakah bayar sebanyak manapun pada paper cina dan india....

Zakarkau Besar said...

Kau Zainulzakar Yaacob...semakin busuk hati kau...insaflah..taubatlah...hentikan mengadu domba menabur fitnah disana sini.

Bodoh Sial memang mak kau pelacur dan kau anak haram. Full stop.

Anonymous said...

ok aper yg hassan ali cakap...btul...

ana pun setuju....

nie lah nama Biar pas kalan...asal Islam menang....

Anonymous said...

Apa yg Hasan Ali lakukan hanyalah utk menegakkan syiar Islam iaitu doktrin dan ideologi yg dibawa oleh PAS selama ini. Salah ke usaha Hasan Ali tu? Mengapa usaha beliau selama ini dikaitkan dgn UMNO yg kononnya telah mempengaruhinya? Inilah dia bahananya pemikiran ekstrim yg ada pada ahli dan pemimpin PAS yg terlalu taksub dgn pemikiran jumud. Tak tahulah apa nak jadi dgn PAS yg berahlikan orang-orang yg bermentaliti ekstrim. Mereka sanggup membuang, memaki hamun, mencerca dan menghina saudara seagama dan seperjuangan semata-mata utk menjaga kepentingan dan survival sekelompok individu yg khuatir akan kehilangan kuasa dan pengaruh. Mereka tak sayang agama dan bangsa. Mereka ini lebih kpd kepentingan diri sendiri dan mereka pun sama spt yg lain.

Faridshah said...

"Beliau menceritakan kenapa beliau masuk dalam PAS adalah semata-mata ikhlas dalam perjuangan. Beliau melihat politik dan dakwah hanya dalam PAS dan tidak ada pada lain-lain jamaah."

2 soalan:

Kenapa ada pertemuan dan perundingan antara segelintir pemimpin PAS dgn UMNO Selangor selepas PRU-12 8Mac2008..?

Kenapa Hasan Ali adakan pertemuan dan sesi penerangan bersama beberapa bloggers yg jugak di kalangan mereka menentang dan menghentam PAS serta Pakatan Rakyat..?

Harap2 ada penyokong Hasan Ali dapat memberi jawapan yg memuaskan!

Terima kaseh.

Sabaktrooper said...

Hasan Ali akan mengadakan taklimat dan dialog bagi kawasan njung Utara (Sabak Bernam, Tanjung Karang, Sg Besar dan K.Sel)pada 04/11/09 di Markaz PAS Sg Besar, di Anjung Utara ini dia mendapat sokongan dari Dr. Osman Sabran hinggakan semasa kuliah yang diadakan di Markaz Sabak Bernam sempat lagi mengutuk JIM dan ABIM sebagai parasit siap sebut nama lagi bagi aku yang jahil nie tak sepatutnya semasa kuliah agama kita menyebut perkara begini. Aku tak taula sampai macam nie dah tahap pemikiran DR Osman nie

dino.yp@gmail.com said...

Nik Aziz wajib dinilai oleh orang2 PAS dna pejuang2 Islam!!!!

lurus said...

ape yg dr hassan ali buat memang btul cuma caranya salah. kita kena faham x semua kita boleh dedah ikut suka kita. jgn lah trus g kt tv3suku. diaorang mmang suka sbb dpt mmburukkan PR dgn percuma. lpas Dr H.A dedah psal arak dgn Selcat tngok ape yg PR dpt? adakah ianya membawa kabaikan kpd perjuangan nk jatuhkan BN? bincang dulu cara nk mengatasinya pastu dh dpt cara baru announce, barulah profesional. ini dh mcm loose cannon je. cara dedahan tu membuatkan rakyat lihat PR lngsung xleh kerjasama antara satu sama lain. pastu rakyat pun brsetuju dgn BN bahawa PR mmang prob dan x bleh memerintah. dalam setiap perjuangan kesabaran adalah penting bukannye menyerang membabi buta......

tengala said...

Nampak gayanya ramai blogger yang sudah lompat parti ...gaya bahasa kian berubah...nak menyalahkan pemimpin tapi mereka lompat tak salah...hahahahaaa
Mungkin mereka sudah mendapat duit bantuan daripada UMNO....
Hidup Hasan Ali...jangan takut menghadapi musuh dalam selimut.
Berundinglah dengan UMNO bagi menguatkan PAS jangan harap pada penyokong lama kerana mereka akan belot.....

arekey said...

OK aku nak jawab soalan berikut :
Kenapa ada pertemuan dan perundingan antara segelintir pemimpin PAS dgn UMNO Selangor selepas PRU-12 8Mac2008..?

Jawapanya adalah untuk menarik UMNO Masuk PAS dan membentuk kerajaan perpaduan dibawah payung PAS dan idea ini dicadangkan oleh TGHH dan pimpinan atasan.
Tak pernah disebut pula PAS nak masuk UMNO sepertimana difitnahkan oleh blogger2. Yang ada hanya mendakwah UMNO supaya tinggalkan UMNO dan menyertai PAS. PAS parti islam dan dakwah islam adalah kerja mereka. Nak tau lanjut boleh tanye aku. jgn tanya bloger cam Topeng Perak yg tak pernah pergi usrah dan buat persepsi negatif terhadap PAS. Jika Hassan Ali didapati tidak bersalah, Heret sekali Topeng Perak dan Besi Ke jawatankuasa displin Blogger

Anonymous said...

Tak guna pun terpekik terlolong dgn Hasan Ali ni. Dia rasa diri dia pandai sangat, sebab tu dia mau org dengar cakap dia, dan dia tak perlu dengar cakap orang lain. Apa yg dia buat, dia rasa semua betol, org lain tak betol. Inilah sikap angkuh pemimpin PAS yg menyebabkan org malas nak layan PAS. Sepatutnya dia buatlah perkara yang boleh menambat hati rakyat agar rakyat menghormati dia, bukan dgn cara memaksa org lain menghormati dia dgn kaedah wala' ciptaan.

So kalau rakyat tak mau dilayan begini, pakat ramai2 jgn undi dia pada PR13 nanti. Pastikan dia kalah. Biar dia tahu.. samada rakyat yg perlukan dia atau dia yg perlukan rakyat.

Unknown said...

KALU HASSAN ALI TURUN PASTI PUAK2 JIM NAIK, SO LEBIH BAIK HASSAN ALI KEKAL DARI PUAK JIM YG TAU NYE ASYIK NAK MENGADU DOMBA. AKU DOAKAN MUSUH DALAM SELIMUT NI HANCUR DENGAN SEGERA !!!

Unknown said...

Patutlah 1 Nov. hari tu muka hassan ali tak nampak kat Masjid AlAmaniah Bt Caves, sepatutnya kalau ikut jadual dia ada buat Kiamulai bersama2 Masyarakat kat sini, hampeh.. kuasa lebih penting dari segalanya..

FaKBaruaAmnoSB said...

jangan terpedaya, ini la ciri2 barua dalam parti...spesis ezam nor ni...haram jadah! macam dajal akhir zaman, syurga di buat di mata kita macam neraka dan begitula sebaliknya. hati2 kawan..

dinbangi said...

PAS hentam PAS...

Kerenah PAS-PKR-DAP memang memporak-porandakan Selangor.

Kedudukan orang Melayu/ Islam (Islam/ Melayu) Selangor 'diinjak-injak' kerana YB-YB Melayu/Islam PAS-PKR-DAP (DUN & Parlime) tidak berjaya menunai amanah bila mendapat kuasa.

Selangor memang telah mempunyai struktur pendidikan Islam yang bagus (terbagus di Malaysia) dari sekolah rendah hingga ke universiti. Tanya Dr.Shafie (ADUN Bangi) yang mengakui hakikat ini dalam pertemuan dengan guru-guru sebuah sekolah agama selepas menang dan ditugas 'mengendali' JAIS. Buktinya, KUIS yang dibangunkan oleh UMNO dan golongan Professional Agama & Teknikal kini telah melahirkan lebih 30 ribu siswazah. Namun ramai diantara mereka kini hilang ingatan, lupa jasa UMNO dengan menyokong dan menjadi alat PAS.

Ramai rakyat Selangor mengalu-alukan keseriusan UMNO untuk mengambil balik Selangor dari PAS-PKR-DAP ataupun lebih tepat (DAP-PKR-PAS).

Sebenarnya PAS, bukan hanya Hasan Ali tetapi termasuk juga Khalid Samad dan kepimpinan memang telah gagal mentadbir Selangor dan meningkatkan syiar serta perpaduan Islam di Selangor. Jadi jangan salahkan JAIS sahaja...

FaridShah said...

arekey kata:
"Jawapanya adalah untuk menarik UMNO Masuk PAS dan membentuk kerajaan perpaduan dibawah payung PAS dan idea ini dicadangkan oleh TGHH dan pimpinan atasan."

kah..kah..kah
hang buat lawak lar !
Bila pulak rundingan nak tarik UMNO masuk PAS ?! Ndak ker si UMNO jadah tue?!
Idea UG oleh TGHH ni dlm Dewan Rakyat masa Pak Lah masih PM. Usaha ini bagi menghalang Najib jadi PM dan jugak mengucar-kacirkan UMNOjadah..

dinbangi kata:
"Namun ramai diantara mereka kini hilang ingatan, lupa jasa UMNO dengan menyokong dan menjadi alat PAS."

Hang ni buat lawak kuno la..!
Budak tadika mungkin percaya cakap hang !!
Pembangunan, pendidikan, bab kesihatan, infrastruktur,dsb memang jadi tanggungjawab bagi KERAjaan/parti pemerintah. Buat jalanraya, bina sekolah, bina hospital, dll.
Hang ingat UMNO kat Malaysia saja bina sekolah & universiti?! Apa kat Thailand, Singapore, Indonesia, Korea selatan, Jepun takde universiti kaa..? Hang ingat Universiti Al-Azhar kat Mesir pun UMNO bina apa..?!

Kepala hotak sempit, jadi dungu dan bebal. Sokonglah UMNOjadah lagi..