"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 10, 2009

JK Disiplin: Lain yang Diadu, Lain Pula yang Disiasat

Heran bin ajaib saya. Saya mendapat maklumat yang SAHIH lagi TASHIH bahawa Khalid Samad juga telah dihantar surat tunjuk sebab oleh JK Disiplin PAS. Para pembaca boleh pergi mensahihkan perkara ini sendiri dengan Khalid.

Setahu saya perbincangan sewaktu Mesyuarat Khas tempohari berkisar tentang Hasan Ali dan salah laku beliau sebagai PJ. Ertinya, kalau ada yang sepatutnya disiasat, mestilah Hasan Ali dan mereka yang terlibat dalam aktiviti anti Pakatan Rakyat.

Kita semua maklum bahawa Khalid Samad BUKAN ANTI PAKATAN RAKYAT. Mengapa Khalid Samad disiasat sama?

Maklumat yang saya dapat adalah tuntutan supaya Khalid Samad dikenakan tindakan disiplin telah dikeluarkan PAS Selangor SEBELUM mesyuarat khas PAS Pusat baru-baru ini. Sepatutnya, kes Khalid ini dibicarakan dalam sessi yang berlainan ataupun oleh JK yang berlainan. Ini kerana tema penyiasatan Hasan Ali and the gang adalah aktiviti anti Pakatan Rakyat.

Khalid Samad menghadapi tuduhan yang BERLAINAN dari “Hasan Ali and the gang”. Walaupun Presiden mengatakan PAS Selangor dihadapkan ke JK Disiplin, tapi TEMA atau SEBAB penghadapan itu adalah kegiatan anti Pakatan Rakyat.

Maklumat yang saya dapat juga, tuduhan kepada Khalid juga tuduhan bodoh. Misalnya, Khalid diminta dikenakan tindakan disiplin kerana terlibat bersama dalam kumpulan “10 MP” yang menyokong tindakan Tok Guru Nik Aziz menyuruh memberhentikan idea kerajaan Pakatan Rakyat.

Tapi, yang peliknya, hanya Khalid Samad seorang yang didakwa. Yang 9 lagi tu tak pula didakwa? Inilah standard PAS Selangor sekarang ini. Nak buat tuduhan pun tak konsisten apa lagi hendak membuat pembuktian.

Juga, saya sudah rujuk perlembagaan parti, tiada peruntukan yang mengatakan perjalanan mesyuarat PAS Perhubungan Negeri itu rahsia parti. Ini kerana setiap ahli yang membayar yuran ada hak untuk mengetahui keputusan mesyuarat Perhubungan negeri mereka. Jadi, kenapa harus berahsia? Itu pun mereka hendak buat tuduhan terhadap Khalid Samad.

(NOTA : Tuduhan yang dibuat ke atas Khalid Samad ini bukan datang dari JK Disiplin tapi datang dari Perhubungan PAS Negeri Selangor. Cumanya, JK Disiplin telah pun menghantar surat tunjuk sebab pada Khalid Samad)

Apa pun, tiada siapa yang boleh membuktikan Khalid Samad telah engkar dan belot terhadap parti. Tiada siapa boleh buktikan tindakan Khalid Samad merugikan parti.

Tiada Arahan Menyuruh Hasan Ali Berhenti “Tour” di Selangor

Juga saya hairan kerana JK Disiplin PAS mengetahui kegiatan Hasan Ali menjalankan kempen membela diri kepada ahli2 dan AJK PAS seluruh Selangor. PErkara yang diperkatakan Hasan Ali dalam dialog2 ini adalah berkaitan dengan tuduhan beliau dalam kes beliau yang sedang berjalan.

Kalau dalam prosiding mahkamah biasa, apa yang dibuat oleh Hasan Ali ini boleh dikira sebagai “subjudis” yang boleh membawa kepada hukuman penjara.

Soalan saya adalah mengapa JK Disiplin tidak mengarahkan Hasan Ali supaya memberhentikan kegiatan subjudis beliau sedangkan JK Disiplin mengetahui dengan jelas akan kegiatan Hasan Ali ini?

Ini pun buat saya pening memikirkannya.

Muslihat atau Tidak Sengaja?


Saya tidak tahu samada ini muslihat atau tidak sengaja. Tapi yang kita tidak mahu adalah untuk melindungi Hasan Ali dan pada waktu yang sama mahu tampak adil, maka hukuman terakhir yang akan diberikan adalah amaran keras kepada kedua2 Khalid dan Hasan Ali.

Ini supaya nampak bahawa kedua-dua Khalid Samad dan Hasan Ali sama2 bersalah dalam isu ini. Sedangkan tiada bukti tindakan Khalid menjejaskan persepsi rakyat pada PAS padahal tindakan Hasan Ali telah maklum menjejaskan persepsi rakyat pada PAS.

Kita tidak mahu ini menjadi alat untuk melindungi mereka yang jelas bersalah.

Saya juga berharap apa yang saya tulis ini dibuktikan salah dan ianya cuma salah faham saya sahaja.

Tulang Besi

21 comments:

Anonymous said...

saya dah nampak sebelum ini bhw JK Disiplin tidak mungkin berlaku adil kerana pengerusinya kawan rapat dengan Hasan Ali sejak forum Perdana lagi. Pengerusinya juga sering dijemput oleh Hasan Ali dalam program ceramah dan forum di Selangor di porfolio Hasan Ali. Dato' Tuan Ibrahim, bagus orangnya tapi faham2 lah bila berdepan dengan sahabat baik. Dia hanya penceramah yang baik tetapi dia bukan pemimpin yang bagus.Percayalah PAS akan terus mundur kerana pemimpin yang naik adalah mereka yang pandai ceramah. Pandai ceramah tidak semestinya pandai memimpin. Cuba tengok presiden sekarang, Ketua Pemuda PAS dan timbalannya termasuk Dato' Ismail Kamus.Kalau PAS nak maju kena ambil orang yang pandai memimpin seperti Husam, Nizar dan seumpamnya

Anonymous said...

Senang cakap ,Hasan Ali tour sebab anak jantan pertahankan prinsip.Kome puak yang dok bela sangat MP Shah Alam tu orang dah tahu dah, cume kome jer buat buat bodo tak tahu. Sebenarnya orang tak nak aibkan geng awak Tulang Besi. Tapi kome memang tak ade perasaan aib dan terus mengaibkan.

Anak Lenggong said...

2 Khalid Perbodohkan Perwakilan Pas
" PETALING JAYA: Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim has denied criticisms by some PAS delegates that the Pakatan Rakyat coalition is not doing enough to promote Islam.

He said Muslims had a collective responsibility to be proactive and that he was doing his part to promote Islam in the state.

Khalid was responding to the PAS delegates attending a special seminar on Saturday. They had voiced concern that the PKR-PAS-DAP coalition might not augur well for the propagation of Islam.

This comes in the wake of several controversies involving Selangor PAS chief and exco member Datuk Dr Hasan Ali and the state government in recent times.

Besides protesting the sale of beer in Muslim majority areas and locking horns with his DAP counterpart Ronnie Liu, Dr Hasan had also created a furore by accusing Selangor’s Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) of bullying civil servants at its inquiry.

This earned him the ire of Speaker Teng Chang Khim, also from the DAP. Khalid told the PAS delegates to “walk the talk.”

“If you want to be a leader, people have to accept you as a leader,” he said.

“It is not merely about you wanting others to say that you are a leader.”

In an immediate reaction, Shah Alam MP Khalid Samad said the opinions voiced by some party members in the seminar did not represent the view of the majority.

“There are always the sceptics as PAS is a broad-based organisation,” he said.

“However, the resolution passed reflected the majority support for the Pakatan coalition.” Khalid Samad said these sceptics sometimes made “silly” statements, and they were the ones who were the least authorised and knowledgeable.

“They are completely in the dark,” he said. “Forget the voices in the dark. They should be ignored,” he said. "

Sumber : http://www.thestar.com.mynation

Komen warisan :

Ada 2 perkara menarik mengenai pandangan pemimpin PR selangor mengenai Seminar Memperkasa Parti yang Pas anjurkan minggu lalu.

Pertama, Khalid MB minta pemimpin PAS cakap serupa bikin. "Walk the Talk" kata Khalid kepada pemimpin Pas.

Khalid juga perli pemimpin Pas, kalau nak jadi pemimpin biar kita jadi pemimpin yang diterima orang.

Celupar betul Khalid MB ini belasah pemimpin Pas. Yang pastinya dibelasah bagaimana pun Pimpin Pas akan buat dek saja. Bak kata orang muda, pemimpin Pas mana ada T_ _ _ _. Mereka berceramah boleh ler ! Ceramah cuma trafik sehala. Mana ada soal jawab dalam ceramah Pas.

Apa pun, yang disebut oleh Khalid itu ada kebenaran nya. Memang dia dah tak sebulu dengan Hassan Ali, dah lama dah. Itu sebabnya banyak 'function' Hassan Ali dia ambil alih.

Keduanya pandangan Khalid MP Shah Alam, ini lagi syok.

Khalid kata pandangan mereka yang berseminar itu adalah pandangan mereka yang berada didalam kegelapan. Lupakan mereka yang berada dalam kegelapan itu. Wow lagi celupar mulut MP Pas membelasah perwakilan yang berucap berapi-apa masa seminar itu.

Nampaknya MP Shah Alam langsung tidak mengiktiraf perwakilan Pas ini. Dia melautkan pandangan akar umbi Pas. Dia kata mereka langsung tak 'relevant', mereka berada dalam kegelapan !

Mendabik dada betul Khalid ini, al maklumkan dah jadi Yang Berhormat. Sebelum jadi yang berhormat, tak de pulak perangai Khalid macam ini. Bila jadi yang berhormat rupanya dia lupa kawan dan pengundi malah pandangan akar umbi Pas pun di anggap 'karut' dan 'irrelevant'.

Kuasa oh kuasa, besar peranan kuasa rupanya. Kuasa boleh mengubah pandangan dan persepsi, semata-mata apabila sudah berkuasa. Sama saja rupanya, penggal pertama jadi YB dia akan sombong dan bongkak. Penggal kedua dia jadi YB, pastinya dia akan bolot segala kekayaan dan hasil mahsul yang ada.

Anonymous said...

klau sdr x yakin apa yg ditulis,baik jln tulis.khuatir terjaja fitnah pula...... kesian org Islam kita.

Anonymous said...

salam, pengumuman,forum perdana pada ..ahli panel: pengerusi: Hassan Ali, ahli2: Tuan Ibrahim Tuan Man, Abdul Hadi awang, Mustafa Ali,Abu Bakar Chik, ahli jemputan: nasaruddin Mat Isa, Tajuk: Bersama UG - Pusat sehenti maksiat.
Soalan chepumas, Siapa Hasan Ali; bekas pegawai kerajaan - bersara join PAS
Siapa Tuan Ibrahim- bekas pensyarah, bersara baru join PAS, yang lain-lain beringus lagi kalau nak dibandingkan dengan TGNA
kalau ginilah JK Disiplin PAS, habislah PAS, JK Disiplin yang kelabu asap,kenapa Khalid Samad?,woi, rentikan permainan ini,siasat yang diadu. Hidup Khalid Samad!!!!!-Warga putrajaya

checkmate said...

siapa berani pancung hassan ali...?

Anonymous said...

Tulang Besi. Sy byk sependapat dengan saudara. Tp dalam tulisan yg sedikit mengkritik atau sinis kpd tuan Ibrahim itu, minta maaf saya tak setuju. sebab mungkin saudara TB tulis tanpa maklumat. Berjiwa besar terima teguran ni ye. Bukan suruh TB letak jawatan.

Ok. isu blog tokguru nik aziz. sebelum tok guru tulis isu egm dlm blog, pemimpin terakhir yg dia bincangkan hal ini ialah tuan ibrahim (anak sedaranya sendiri).Tokguru mengetahui anak sedaranya ini memahami maksud hatinya. jika diadu kpd husam atau mana2 pemimpin pas kelantan, org akn kata tokguru diperalat erdogan la dn mcm2 lg.. dia telah memaklumkan segala apa yg hendak ditulisnya 2 jam sebelum dia tulis kpd tuan ibrahim. Tuan Ibrahim bersetuju dan tidak membantah. keduanya dlm temuramah dlm harakah baru2 ini (cuba chek balik minggu lepas rasanya), bila diaju soalan mengapa tokguru boleh guna blog utk kritik parti. Tuan Ibrahim jawab, mursyidul am ada hak tersendiri untu menegur mana2 elemen yang tidak betul dalam parti termasuk pimpinan pusat. lebih kurang gitu la ayat tuan brahim.

Dlm kes khalid samad, jgn khuatir. percayalah dia akan menang. jika disiasat hasan ali shj, sebelah pihak kata tidak adil. sedangkan ada 11 laporan kes2 lain juga yang sedang disiasat. ustaz ahmad awang juga terlibat dalam penyiasatan disiplin ini. dia lebih tahu siapa hasan ali dan siapa khalid samat dan siapa gila umno..

(Pas tidak mustahil dan tidak akan masuk umno, perkara ini tidak akan berlaku, tetapi jika ada individu dalam pas yang ingin bersama Umno, Yallah.. kamu boleh pergi!!!.. kami tidak perlukan kamu) Ucapan Dato Tuan Ibrahim di seminar khas sabtu lalu.

ambillah sama teguran seperti ini.. tuan ibrahim sebut begitu sbb dia tahu ada dua tiga kerat gila umno.. adillah sikit, jgn ambil part2 tuan ibrahim tegur yg kena dengan kita sahaja..

Ok Tulang Besi, kita jumpa lg.. terus menulis...

FaridShah said...

Patutlah diumumkan PAS Selangor akan diheret ke JK Disiplin, BUKAN beberapa nama pemimpin sahaja.. Padahal nama2 yg terbabit 'berpeluk dgn UMNO' ramai yg sedia maklum.

Jika PAS semakin undur ke belakang, tak mustahil ramai yg akan pakat2 tinggalkan PAS. Bukan ahli, tetapi penyokong dan pengundi PAS/PR.

PAS perlukan undi bukan sekadar dari ahlinya sahaja..

Lawan Tetap Lawan

Anonymous said...

Orang yang menjaja pembohongan ini adalah orang yang akan ditusuk besi neraka di dagu, pipi dan mukanya di akhirat.

Insaflah..

Allah Maha 'Alim..

Anonymous said...

sejak kebelakangan ini kadang kadang aku tergelak dengan posting albanjari ..

http://politikbanjar.blogspot.com/2009/11/hassan-ali-dipecat.html

Anonymous said...

Tuan Ibrahim ....bertindak adillah...apa yang dikatakan rasulullah "akan ku potong tangan anak ku sekiranya anak ku mencuri"

ingatlah Tuan Ibrahim...orang yang tak mendapat sufaat diakhirat adalah orang yang tidak berlaku adil didunia ini....mengajo orang kan main pandai....bila Allah bagi sedikit je amanah dah tak boleh lakukan

Tulang Besi said...

Ok. isu blog tokguru nik aziz. sebelum tok guru tulis isu egm dlm blog, pemimpin terakhir yg dia bincangkan hal ini ialah tuan ibrahim (anak sedaranya sendiri).Tokguru mengetahui anak sedaranya ini memahami maksud hatinya. jika diadu kpd husam atau mana2 pemimpin pas kelantan, org akn kata tokguru diperalat erdogan la dn mcm2 lg.. dia telah memaklumkan segala apa yg hendak ditulisnya 2 jam sebelum dia tulis kpd tuan ibrahim. Tuan Ibrahim bersetuju dan tidak membantah. .

Maklumat yang saya dapat lain pula. Percayalah, maklumat yang saya dapat inilah yang membuatkan saya menulis artikel2 sebegini.


keduanya dlm temuramah dlm harakah baru2 ini (cuba chek balik minggu lepas rasanya), bila diaju soalan mengapa tokguru boleh guna blog utk kritik parti. Tuan Ibrahim jawab, mursyidul am ada hak tersendiri untu menegur mana2 elemen yang tidak betul dalam parti termasuk pimpinan pusat. lebih kurang gitu la ayat tuan brahim..

Tapi lepas tu dia marah orang pakai blog?

Betul tak?

Anak Lwain Papulut said...

Anak Lenggong aka zali tak habis-habis dok makan duit haram dari umno,belajar pun tak habis lagi,tak pa boleh bagi duit haram tu kat mak bapak ko...

buat belanja pergi haji

Anonymous said...

Jwatankuasa disiplin tu belum ambik apa2 tindakan lagi. baru siasat.. tiba2 dah kata tak adil la dsb..apa ni? emosi.. tuan ibrahim bukan bergiat dalam pas lepas bersara.. ni bengap takdak maklumat.. dia berhenti jd pensyarah ketika umur 39 tahun. bukan 55.. umur dia sekarang baru 49 tahun.. Tulang besi ni degil.. maksudnya, kamu menulis di blog ni, yg baca sapa? umno pun baca.. sy tengok tukar sapa pimpinan pun kalau ada jenis tulang besi ni, tak selesai masalah.. dengan cawangan, kawasan tak terlibat.. kerja komplen dari luar shj.. lps tu buat fitnah dan andaian tak betull.

JAWATANKUASA DISIPLIN BELUM BUAT KEPUTUSAN LA.... BISING KATA TAK ADIL APA HAL...

Anonymous said...

TB jangan kira maklumat yang kamu dapat sahaja.. ni la jd, dia kira maklumnat dia sahaja terus tulis.. tak chek betul2.. nik aziz yg minta tuan brahim jd jkuasa disiplin dan jd panel forum baru2 ni... tu maklumat kita dapat.. bukan kira maklumta kamu sahja..

satu lagi,, yg komen banyak 2 kata jkuasa disiplin tak adil ni pasal apa? khalid samad pun kata tn brahim punya tindakan ok... kalau kamu tak percaya sangat ytuan ibrahim,.,, dlm jawatankuasa tu ada us ahmad awang... g adu kat dia..

pelik la TB.. aku duk follow blog kau ni tak pernah jumpa komen yg teruk mcm hari ni.. belum buat keputusan dah kata lembaga disiplin tak adil..

jit_tontoya said...

haluuuuuuuuuuu

2 bkn jwtnkuasa...itu adalah malapetaka....!!!!!!!

Anonymous said...

Pas akan kalah teruk dalam PRU 13 kalau hassan ali, hadi, nasha tidak dipecat dari sekarang.-rakyat marhaen.

Anonymous said...

Pas sekarang dah serupa umno. oleh itu Pas perlu di bubarkan untuk digantikan dengan parti islam lain dipimpin TGNA sebab lainnya dah murtad macam umno.

Reezl said...

tindak tanduk kepimpinan tertinggi PAS sekarang semakin menyerupai UMNO. sungguh mengecewakan...
sedarlah bahawa rakyat banyak sokong PAS ( PR amnya) sebab depa tolak UMNO (BN amnya).
tapi kalo dah PAS pon nak berlagak jadi macm UMNO, jangan harap la nanti nak buat tsunami lagi...

Tulang Besi said...

Jwatankuasa disiplin tu belum ambik apa2 tindakan lagi. baru siasat.. tiba2 dah kata tak adil la dsb..apa ni? emosi.. tuan ibrahim bukan bergiat dalam pas lepas bersara.. ni bengap takdak maklumat.. dia berhenti jd pensyarah ketika umur 39 tahun. bukan 55.. umur dia sekarang baru 49 tahun.. Tulang besi ni degil.. maksudnya, kamu menulis di blog ni, yg baca sapa? umno pun baca.. sy tengok tukar sapa pimpinan pun kalau ada jenis tulang besi ni, tak selesai masalah.. dengan cawangan, kawasan tak terlibat.. kerja komplen dari luar shj.. lps tu buat fitnah dan andaian tak betull.

JAWATANKUASA DISIPLIN BELUM BUAT KEPUTUSAN LA.... BISING KATA TAK ADIL APA HAL...

November 10, 2009 5:53 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

TB jangan kira maklumat yang kamu dapat sahaja.. ni la jd, dia kira maklumnat dia sahaja terus tulis.. tak chek betul2.. nik aziz yg minta tuan brahim jd jkuasa disiplin dan jd panel forum baru2 ni... tu maklumat kita dapat.. bukan kira maklumta kamu sahja..

satu lagi,, yg komen banyak 2 kata jkuasa disiplin tak adil ni pasal apa? khalid samad pun kata tn brahim punya tindakan ok... kalau kamu tak percaya sangat ytuan ibrahim,.,, dlm jawatankuasa tu ada us ahmad awang... g adu kat dia..
.

yang pegi charge Khalid sekali apasal?

Tuduhan lain2.

Dari mula lagi dah nampak mcm tak boleh percaya.

Anonymous said...

Nampaknya pas sekarang mula diresapi anasir perosak yang membuat kerosakan dari dalam. Contohnya ada tuduhan wujudnya amalan bai'ah di kalangan calon wakil rakyat parti, bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti. baiah tu memang ada tapi yang kemudian tu ditokok tambah tu buat apa. Azizan Razak pun dah nafi dan tak pernah dengar benda macam tu. Mungkinkah ia agen musuh yang dihantar untuk merosakkan parti. Elok sangatlah dia disiasat..