"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 02, 2009

Raja Petra - Apa Lagi Yang Harus Diperkatakan..?

Oleh - Raja Petra Kamarudin

Buat pertama kali saya berjumpa dengan Badrul Hisham Abdullah adalah pada Februari 2008. Saya berjumpa dengannya kerana jemputan daripada Ronnie Liu. Ronnie Liu akan bertanding di DUN Pandamaran yang berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang, manakala Badrul Hisham Abdullah juga bertanding di DUN Port Kelang yang bersebelahan dengan Pandamaran yang juga berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang. Maka untuk memastikan Charles Santiago memenangi Kawasan Parlimen Port Kelang, kemenangan Ronnie Lie dan Badrul Hisham Abdullah adalah sangat penting.

Saya tidak risau dengan DUN Pandamaran kerana Ronnie telah berkerja kuat dan menghabiskan banyak masa untuk membina kubunya disana. Kami percaya Ronnie boleh memenangi kawasan itu tanpa sebarang masalah. Tapi Port Kelang merupakan perkara lain, adalah menjadi satu tugas yang susah untuk memenangi kawasan itu.

Pertama, siapa yang kenal Badrul Hisham Abdullah. Kedua, kawasan tersebut merupakan kubu kuat Barisan Nasional kerana penduduk Melayu dari Kampung Raja Uda telah mengundi UMNO sejak dari Merdeka lagi. Penduduk Kampung Raja Uda tidak pernah mengundi pembangkang dan Badrul Hisham Abdullah tidak mungkin akan memenangi kawasan itu melainkan penduduk kampung itu mengundinya.

Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, Ronnie telah berkempen untuknya dan meminta saya supaya berjumpa dengan penduduk Kampung Raja Uda. Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, kita harus mendapat undi Melayu dari Kampung Raja Uda kata Ronnie. Undi orang Cina dan India bukan masalah besar. Sekiranya kita tidak mendapat undi dari kalangan orang Melayu kerana orang Melayu merupakan majoriti disana, walaupun kita mendapat 100% sokongan daripada orang Cina dan India, itu tidak menolong. Bahkan kita tidak mungkin memenangi 100% undi daripada orang Cina dan India.

Ronnie telah mengadakan ceramah untuk saya di Kampung Raja Uda. Mesej saya kepada pengundi Melayu di Kampung Raka Uda adalah ringkas dan tepat pada mesej. Hujan lebat pada hari itu dan kesemua pengundi Melayu basah kuyup kerana hujan. Jadi adalah lebih baik saya berceramah tepat kepada mesej supaya mereka tidak perlu bermandikan hujan.

Pembangkang tidak pernah menang undi dari Melayu di Kampung Raja Uda sejak Merdeka lagi, saya kata. Melayu selalu mengundi parti pemerintah. Ini adalah kali pertama saya meminta pengundi Melayu untuk mengundi pembangkang, saya kata. Kampung ini, Kampung Raja Uda dinamakan sempena dengan nama Datuk saya iaitu Raja Tun Uda. Saya selalu bersinggah disini semasa Hari Raya pada waktu saya masih kecil lagi kerana saudara mara saya tinggal disini walaupun banyak yang telah berhijrah keluar dari sini.

Sekiranya pengundi Melayu disini masih memilih parti pemerintah dan bukannya pembangkang, saya mahu mereka supaya menukar nama Datuk saya dari nama kampung ini. Sebut saja apa nama janji bukan Kampung Raja Uda. Sekiranya parti pemerintah menang lagi di kawasan Kampung Raja Uda maka saya bersumpah saya tidak akan pijak lagi ke tanah kampung ini.

Ketika pada hari mengundi, Badrul Hisham Abdullah telah memenangi kerusi Port Kelang, buat pertama kali dalam sejarah, Kampung Raja Uda telah memilih pembangkang. Tetapi semasa pengumuman kememangan calon, Badrul Hisham Abdullah tidak kelihatan. Mereka bergegas ke rumahnya untuk memastikan sama ada dia berada di rumahnya atau tidak. Mereka mengetuk pintunya tapi nampaknya tidak sebarang balasan dari dalam. Mereka mengetuk lagi pintu lalu Badrul Hisham Abdullah yang kelihatan baru bangun dari tidur datang ke mereka. Dia tidur. Semasa pengiraan undi dibuat dia tidur di rumahnya pula.

Badrul nampaknya masih tidak sedar diri. Kamu menang, mereka memberitahunya. Cepat menukar pakaian dan pergi ke pusat kira undi sekarang. Mereka memerlukan anda untuk diisytiharkan anda sebagai pemenang.

Badrul diam. Cepat, tukar pakaian. Kamu menang. Kamu perlu pergi ke tempat kira undi sekarang.

Saya memang? Badrul tak percaya dengan apa yang dia dengar.

Ya, kamu menang, cepat, ikut kami. Anda perlu berada di sana.

Tanda-tanda yang aneh dengan orang ini jelas terbukti pada hari pencalonan lagi dan Ronnie telah memberitahu saya dia agak risau dengan orang ini. Dia pergi ke pusat penamaan calon tanpa membawa wang jadi tidak mungkin untuknya membayar deposit. Maka mereka telah bergegas untuk mengumpulkan wang untuknya supaya dia dapat dicalonkan.

Setelah Badrul telah dilantik sebagai ADUN, dia menghilangkan diri. Daripada menghabiskan masa bersama dengan ADUN dan MP Pakatan Rakyat, dia lebih suka untuk menghabiskan masa makan malamnya dengan oranh-orang UMNO dan menjauhkan diri dari kawannya di Pakatan Rakyat.

Saya pernah memberitahu Nik Nazmi, iaitu setiausaha politik kepada Menteri Besar, tentang masalah Badrul pada pertengahan 2008 lagi. Saya kata mungkin kita akan 'kehilangannya'. Dan sebenarnya kami memang kehilangannya beberapa hari selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Nik Nazmi mengatakan kepada saya bahawa mereka menyedari masalah ini. Tapi tiada apapun usaha dilakukan dan sekarang masalah telah datang kembali ke PKR dan Pakatan Rakyat.

Itu adalah kisah Abdullah Badrul Hisham, calon PKR untuk kerusi DUN Port Kelang dimana pada hari penamaan calon, dia tidak membawa wang untuk membayar depositnya, dan pulang ke rumahnya dan tidur sementara pengiraan undian sedang berjalan lancar, dan yang nyaris 'menyertai' UMNO beberapa hari selepas beliau memenangi pilihanraya.

Ketika pertama kali kami bertemu dengan Badrul, isteri saya kata, oh Tuhan, PKR tidak mempunyai calon lain untuk dipilih? Secara jujur, isteri saya kata, bahkan aku tidak akan memilih dia. Bagaimana pula kita mengharapkan masyarakat setempat untuk memilih dia?

Saya rasa anda mungkin calon yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Badrul, aku memberitahu isteri saya.

Itu sangat menghina, jawab isteri saya. Kenapa anda membandingkan saya dengannya? Bahkan saya tidak percaya padanya walaupun untuk memotong rumput, apatah lagi meminta dia menjadi Wakil Rakyat saya.

Ya, itu adalah pendapat isteri saya. Dan Ronnie mengatakan kepada saya pada bulan March 2008 yang kita akan menghadapi sedikit masalah dengan Badrul. Kami percaya dia sudah melompat lebih daripada setahun yang lalu. Apa yang kami terkejut ialah hal ini telah mengambil masa yang begitu lama untuk terjadi. Dan apa yang paling mengejut ialah kenapa PKR tidak mengambil sebarang tindakan walaupun mengetahui semua ini?

Itu adalah kisah PKR. Dan ada banyak lagi orang-orang seperti Badrul Hisham Abdullah yang bersembunyi di PKR. Aku hanya bertanya-tanya bila akan terjadinya lagi perkara seperti kes Badrul.

PKR mula dilihat sebagai parti gurauan. Tetapi gurauan ini tidak melucukan. Kami telah berkempen dan meminta para pengundi supaya mempercayai kami untuk mengundi pembangkang. Saya juga turun ke padang secara peribadi untuk merayu para pengundi untuk mempercayai saya dan mengundi pembangkang. Adakah kita telah merosakkan kepercayaan itu? Adakah pengundi masih akan percaya pada saya lagi?

Itu yang saya hendak menyampaikan, itu adalah tragedi terbesar buat kita semua.

Alih bahasa oleh GoMalaysian, artikel asal dipetik dari Malaysia-Today.net.

19 comments:

PAPA GOMO said...

he he he...kalau lah dari awal dah kata YB Badrul tu ada masaalah awat pi lantik??? he he he....

Gomo telah terima satu transkrip rakaman perbualan antara Menteri Besar Selangor Khalid dan Anwar Ibrahim pada hari di mana Adun Pelabuhan Klang keluar PKR. Ini adalah transkrip rakaman perbualan itu: http://www.papagomo.com/2009/11/gempar-transkrip-rakaman-antara-anwar.html

matstimketum said...

baguslah dia keluar! dengan ketiadaan adun sampah ini pr selangor akan bertambah mantap lagi. hu,hu punahlah harapan pok jib nak merampas selangor semula. seronoknye teman!

Tan Sri Pelir said...

pendek kata.BN ni mmg baguslah untuk saya.saya mengesyorkan jenama BN ini untuk semua.putih dan suci mcm klorox.

Burka Taliban said...

Mentaliti umno masih kuat dalam kalangan mereka dari PKR, tapi yang paling menyedihkan, mentaliti umno mula menular ke dalam Pas....lambat laun, tertawan juga ahli ahli PKR dan PAS yang mengutamakan dunia kebendaan dari realiti kemanusiaan.....

zali said...

pas goyang...pkr goyang...
goyang-goyang pr le namanyer tuu...

goyang sampai bubar pak!

Liza said...

Goyang!?? orang dangkal je beranggapan begitu! baiklah sekarang penapisan dilakukan... kan banyak "Iblis" UBN meresap dalam PKR @ PAS. Eloklah setan2 ni dibakar dulu supaya semua rakyat tahu mereka2 ni dan semua pemilihan akan datang kepimpinan tertinggi tak akan serba salah lagi untuk TIDAK mencalonkan "setan2 1Me'sia2" ini. Buatlah unggun api tu besar2 setan2 1Me'sia2 hoi!!! rakyat pun menyampah dah kat ko... pemilihan calon akan datang tak memeningkan seperti 2008!

Anonymous said...

PKR DAH IMBIL TINDAKAN KE ATAS PENGKGIANAT BADRUL HISHAM SECARA JELAS.


TAPI ADA SATU LAGI PARTI AJARAN SESAT (PAS) BELUM AMBIK TINDAKAN KE ATAS HASSAN ALI.

SEBENTAR TADI HASSAN ALI ARAH JAIS TANGKAP MUFTI PERLIS KERANA TAK DE PERMIT BAGI CARAMAH...

HASSAN DAH IKUT PERANGAI UMNO..YG DULU TANGKAP AHLI PAS YANG BAGI CERAMAH TANPA PERMIT

VISIT WWW.MALAYSIABARU.COM/BLOG.HTML

minitminit said...

berita yang dikhabarkan oleh seorang munafik perlulah diselidiki

Anonymous said...

Tolong beritahu RPK untuk membetulkan fakta:
Kampong Raja Uda dibawah DUN Pandamaran N47 dan Badrul bertanding di DUN 46 Port Klang. Pengundi Kampong Raja Uda tidak mengundi Badrul.
RPK bukan datang berkempen di kampong Raja Uda. Dia berkempen di Kuil Cina, Port Klang. Saya berada disana.
Untuk pengetahuan, pada PRU lepas, Wakil BN (MCA) menang di Polling Station Kampong Raja Uda tetapi undi dari penempatan Cina di Pandamaran melebehi undi yang menang di Kampong Raja Uda. Maka..Ronnie Liu DAP menang kerusi Pandamaran dimana Kampong Raja Uda ikut sama tersungkur ke tangan DAP. Semenjak Merdeka ini lah kali pertama nya, kampong Raja Uda, kampong Melayu di terajuai oleh RIDA pada tahun 1952 jatuh ke tangan Pembangkang. Ustaz Ronnie Liu pun memeberikan kepada PAS untuk mentadbir Kampong dan Masjid Kampong Raja Uda. Untuk keadaan berikut nya, sila datang ke kampong Raja Uda dan apa dah jadi dengan keharmonian kampong dan Masjid nya.

lurus said...

Anon 1.29pm. x kira la kt mane pun. yg jelas org2 yg xdapat terima knyataan je yg suka buat huru-hara mcm kes kpala lembu ari tu....

tengala said...

Anon 10:42 am...
Lu ingat Jais tu Hasan Ali punya syarikat ka...senang2 boleh arah orang pergi tangkap bekas Tok Mufti...
Lu UMNO jangan nak mengajar orang kat sini....
JAIS tu geng2 UMNO dan Sultan Selangor yang berkuasa penuh..
Harap jangan sebar fitnah kat blog nie..

chot said...



itu le masalah PKR..amik calon sampah jadi wakil rakyat...

next time PKR kene tapis dulu le...
jgn main amik jeks...dari amik badul hisam...baik amik zali kuda longkang..

gomo..ko tak sayang parpu kurtu aka moks kutils lg ke?

Anak Lenggong said...

1. OIII...Meriam buluh..Jais tu dibawah kuasa kerajaan negeri selangor laa sebenarnya Ini tidak lebih merupakan satu lagi taktik Anwar untuk mengalih tumpuan umum terhadap perbicaraan beliau yang akan berlangsung minggu ini.

Menggunakan jentera PKR yang bersahabat dengan Dr Asri untuk menyampaikan kuliah isyak di rumah, mereka akhirnya mengatur himpunan ceramah yang besar.

Dr Asri sendiri khabarnya tidak mengetahui ada ceramah sebesar itu dan dihadiri oleh wakil rakyat PKR.

Anwar juga menggunakan konco-konco dalam persatuan peguam syarie semalam untuk membuat memorandum kepada YDP Agong agar menagkap Dr Asri kerana menyebarkan fahaman wahabi.

Bukankah aneh laporan kepada JAIS agar menangkap Dr Asri kerana menyampaikan ceramah malam tadi juga dibuat oleh PKR?

Semua ini tidak lebih daripada agenda Anwar untuk mengecilkan KES SODOMI yang akan beliau hadapi minggu ini.

Anwar sememangnya diketahui pakar memanipulasi media. Kali ini Dr Asri menjadi mangsanya

2. Berkenaan dengan topik diatas...sudah2 laa dengan fitnah daripada si raja beruk tu..dia hanya berani menabur fitnah sahaja tapi tak berani menerima kenyataan ..kalau berani buat pe dok sembunyikan diri...lagi satu nak gelak fitnah dia tak kena laa..sebab BILA PILAK KG RAJA UDA TU DIBAWAH DUN PELABUHAN KELANG..SEBENAR NYA KG RAJA UDA DIBAWAH DUN PANDAMARAN...KAH KAH KAH...NIE LAA SIBANGANG TOPENG PERAK @ TAGEH BONTOT NYA..MAIN NAK SEBAR FITNAH JEE..MAMAT KELANTAN MANA LAA TAU KAWASAN ORANG KAH KAH KAH...

matgeram said...

untuk maklumat jabatan ugama islam negeri adalah dibawah sultan atau yang dipertua yang memerintah. ini adalah jabatan yang kuat keumnoannya. kes penangkapan dr asri ini adalah untuk memburukan pribadinya kerana kebelakangan ini dr asri lebih condong kepada politik pr.

Anonymous said...

Dibawah projek Ezam dan Zamil xPKR dulu telah menjadi proksi (Barua)UMNO telah berusaha keras keatas Adun dan MP yang akan lompat katak keluar parti PR.segala usha barua tersebut akan diupah dengan nilai peratusan komisyen... mencecah jutaaaan rm...

Anonymous said...

strategi Anwar?? xheran..xingat nama iblis A'war kerja menyesatkan manusia

Anonymous said...

RPK & Anwar, wa caya lu berdua dari najib mengomolia yang suka tipu 1Malassia.

Hidup YM RPK dan DSAI. Jasa mu akan dikenang sekiranya kamu berdua dapat menghapuskan Yakjuk Monggolia dari bumi Malaisia.

Anonymous said...

caya lu Anon 7:07

"RPK & Anwar, wa caya lu berdua dari najib mengomolia yang suka tipu 1Malassia.

Hidup YM RPK dan DSAI. Jasa mu akan dikenang sekiranya kamu berdua dapat menghapuskan Yakjuk Monggolia dari bumi Malaisia."

lagi baik si katak tu lompat cepat2.. drpd terus jadi kudis Dlm Pakatan.

syabas Yb katak@frooggg.

nanti adalah parti puuttttt tu yg kutip, macam kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari - "parti pengumpul sampah dan barang lusuh"

uhuk... uhukkk... uhuuukk.....

Anak Bugis said...

Bagi aku eloklah badrul melompat melompat..hehehe lagi elok gambar dia dgn kepimpinan PR di Port Klang ditukar je.. jgn dikoyak.. ditukar pada gambar KATAK...dgn nama dia diatas sebagai peringatan kepada mana2 calon PR yang ada keinginan untuk mengkhinati rakyat yang mengundi mereka. Rakyat mengundi PR bukannya mereka..