"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 06, 2009

Sayang Pemimpin atau Sayang PAS?

Itulah persoalan yang ramai ahli PAS tidak faham. Apabila diajukan persoalan ini, jawapan biasa yang diberikan adalah “kita kena wala’ (taat) ”. Jawapan lain tak da. Apa sahaja persoalan kita naikkan, jawapannya sama, yakni “kita kena wala’.

Baik, bukankah wala’ ini hanya diberikan kepada seseorang pemimpin bersama2 “Tsiqah” dari pengikutnya?

Rujuk penerangan Al Bakistani :
Bagaimana seseorang pemimpin boleh mendapat Tsiqah setelah pemimpin tersebut telah berbohong kepada ahli dan pengikutnya? Apabila telah hilang tsiqah (respek) maka hilanglah juga wala’ pengikut kepada pemimpin.

Tapi dalam PAS sekarang ini, yang diulang-ulang adalah “wala’”. Tetapi persoalan Tsiqah tidak pernah dibincang. Ini kerana bila buka sahaja topik ini, maka payahlah mereka hendak menghadapi soalan2 dari ahli. Jalan mudah, korang semua kena taat pada pemimpin. Soal respect ke tidak, tak jadi persoalan. Yang penting wajib taat.

BUKANKAH INI MACAM KOMUNIS namanya? Cuma bila digunakan perkataan Arab maka nampak macam Islam. Tapi sebenarnya fahaman ini adalah fahaman komunis.

Misalnya, perkataan “Muktamar” di Malaysia digunakan hanya oleh parti Islam. Tapi di Mesir, semua parti menggunakan perkataan “Muktamar”. Yang saya nampak sendiri dengan mata kepala saya sewaktu di “wustul balad” adalah kain rentang yang bertulis “Muktamar Hizbul Ghad” yang bermaksud “Perhimpunan Parti Hari Esok”. Sedangkan parti Ghad ini adalah parti sekular dan liberal.

Sayangkan Jemaah atau Sayangkan Pemimpin?

Saya kerap dimarahi kerana mengulangi kejadian PJ Terengganu di “boo” penyokong sendiri (baca : penyokong Pakatan Rakyat). Sebab apa? Adakah saya tidak wala”? Tidak sama sekali.

Sebabnya adalah rakyat Terengganu sudah mempunyai persepsi NEGATIF yang paling tinggi dengan beberapa orang “geng Terengganu” yang mengelilingi Tuan Guru Presiden PAS. Termasuk lah juga PJ Terengganu ini.

Kalau Dato’ PJ boleh di ‘boo’ penyokong sendiri, apatah lagi nak mengharapkan sokongan dari pengundi-pengundi atas pagar dalam pilihanraya umum kelak.

Ertinya demi untuk melihat PAS gemilang di Terengganu, kepimpinan negeri wajib ditukar. Namun,apa yang berlaku orang-orang lama masih memegang tampuk pemerintahan PAS Terengganu itu. Ini mengesahkan lagi persepsi negatif rakyat Terengganu terhadap kepimpinan PAS Terengganu.

Soalnya sekarang, adakah kita mahu melihat PAS terus kalah di Terengganu semata-mata mahu mengekalkan kepimpinan yang sedia ada? Siapa yang untung? Pemimpin atau parti?

Inilah persoalan yang sering tidak mahu dibincangkan secara serius dalam PAS. Adakah kalau kita buang Hasan Ali, kita ini dianggap sebagai merugikan PAS?

Benarlah kata Aziz Bari, bahawa PERLU sebahagian kepimpinan PAS dikorbankan. Kalau benar mereka2 ni ikhlas mahu melihat PAS maju, maka mereka kena sanggup letak jawatan secara terhormat.

Dalam PAS bukan pegang jawatan sahaja yang penting. Banyak lagi kerja yang boleh dibuat untuk PAS tanpa memegang jawatan.

Itu sebenarnya ujian keikhlasan dalam jemaah. Bukan jadi macam burung kakak tua. Asyik2 “Wala’, wala’, wala’”. Kalau kat Terengganu dia jadi “Balak, Balak, Balak”.

Tengok sendiri 2004. Akibat wala’ berlebihan, habis semua kalah. PAS kalah teruk dan hilang negeri Terengganu. Semua angkara wala’ la tu.

Budaya tidak sehat PAS sekarang ini adalah mereka melatih ahli2 PAS untuk memberi wala’ tanpa melatih ahli2 PAS memikirkan apa yang baik untuk jemaah atau tidak? Budaya berfikir tidak dikembangkan. Ertinya PAS sudah menjadi macam UMNO.

Tengoklah cara Pemuda2 PAS berfikir. BEgitu jumud, sempit, tidak kreatif dan akhirnya tiada orang baru yang mahu menghampiri PAS. Anak muda pun lari dari PAS dan rapat dengan UMNO. Bila kalah pilihanraya barulah terpingga-pingga.

Marilah kita kembali kepada konsep “Wala’” yang ditunjukkan oleh para Sahabat RA yang telah meruntuhkan empayar Rom dan Parsi dalam masa kurang dari 40 tahun. Bukan yang diajar oleh ustaz2 mana ntah dan ada yang sanggup berdoa supaya Tok Guru mati cepat.

Tulang Besi

27 comments:

Anonymous said...

"Tengok sendiri 2004. Akibat wala’ berlebihan, habis semua kalah. PAS kalah teruk dan hilang negeri Terengganu. Semua angkara wala’ la tu."

Betul ke tulang babi nie,..???

Bukan ke PAS kalah krn penipuan,undi hantu,undi pos, pengundi dirasuah,pengundi ditipu,spr xadil,spr & polis barua umno,..bla,..bla,.bla,...

Tulang Besi said...

TIdak, ada seorang penyokong Harun Taib sendiri bagitau saya.

Memang nampak sangat pengundi Terengganu tolak PAS Terengganu

Anonymous said...

aku ade tanye buda ganu dia kata masa PAS printah trlalu ganas & x hormat hak rakyat.

Tulang Besi said...

Dalam politik, "persepsi" akan menentukan kemenangan.

SAmada persepsi benar atau tidak, itu adalah isu kedua.

Persepsi rakyat Terengganu pada kepimpinan yang ada sekarang adalah NEGATIF.

Ertinya, demi menukar persepsi tersebut, kepimpinan PAS TErengganu mesti ditukar.

Persepsi berkenaan kerajaan Terengganu PAS dahulu mungkin benar atau tidak, tapi persepsi itulah yang telah menyebabkan PAS tersunggkur menyembah bumi.

Dan, setelah kalah, PAS Terengganu tidak mahu membetulkan persepsi tersebut malahan menguatkannya lagi dengan mengekalkan kepimpinan yang dibenci oleh Rakyat Terengganu.

Jadi bagaimana nak menang pru nanti?

Anonymous said...

kenapa nak terpesong dari tujuan asal penubuhan parti islam....pemimpin pas lama dan baru kena ingat!!!!!...
boleh kah umno mengubah kepada konsep islam sebenarnya??????
Kepada pemimpin PAS yang baru anda kena ingat jangan cepat nk jadi jaguh glamor saja jika berucap tentang islam pun gagal.....jangan glamor nama mcm pemimpin umno......
BUANG FAHAMAN UMNO DIDALAM PARTI PAS....TAKBIRRRRRRRRRRRRRRRR...

PUTRA MERDEKA said...

TB ngan anon, ko jangan gaduh boleh tak? macam mana PAS nak kuat? PAS sedang nazak sekarang ni, pemimpin bergaduh, kuda belang berkelahi, bila nak bersatu? sekarang ni nik aziz sakit, kalau mati macam mana?
apa la ko orang ni...PAS sekarang dah menjadi kuda tunggangan yang jinak kepada tuhan Anwar dan DAP, biar lah dia orang tunggang lama lagi, kalau PAS terus bergaduh sesama sendiri takut tuhan2 tu lari naik kuda lain...siapa gigit jari kaki?
shh..jangan cakap kuat2 nanti nik aziz dengar, dia tengah rehat kat IJN tu, takut dia dengar terperanjat lalu mati...cian

Tulang Besi said...

Kalau tukar PJ sekarang kepada PJ yang lebih boleh diterima masyarakat, apakah prinsip perjuangan parti yang telah terkorban?

Minta jawab soalan ni?

Ada orang sokong PAS sebab dia nak tengok PAS boleh mentadbir neger Terengganu, bukan sebab Islam.

PAS nak tolak kah sokongan orang2 ini?

Fisabilillah said...

Mohon kepada Putra yang tak Merdeka ni mengucap dua kalimah sahadah semula kerana akidah anda telah terpesong. Anda menganggap Anwar dan DAP sebagai tuhan. Astagfirullahalazim...
Tuhan yang satu hanya Allah, jgn la kerana parti, sanggup memanggil Anwar dan DAP sebagai tuhan. Mohon jaga tutur kata anda semoga tidak menjadi syirik..wallahualam...

jit_tontoya said...
This comment has been removed by the author.
jit_tontoya said...

haluuuuuuuuuuuu

Siapa yg mencintai TGNA, ingatlah bahawa dia akan mati. Tetapi sesiapa yang mencintai Allah SWT, ketahuilah Dia adalah kekal abadi.

Tetapi harus dingat, barang siapa yang mencintai TGHH, En.Nasaruddin Janggut Kontot Cari Makan, Stopa Ali Banggali, Hassan Ali Pencuri, Nasruddin Tantawi Al-Mangkuki, Harun Tahik serta pejuang dan pemikir UG...percayalah sebenarnya saudara berada di ambang KEMUSNAHAN JAMAAH!!!!

-aku lebih cintakan Tulang Besi daripada WALLA pada mangkuk hayun haloba ni!!!!

KHAK TUIH !!!!!!!

Anonymous said...

Bukan ke PAS kalah krn penipuan,undi hantu,undi pos, pengundi dirasuah,pengundi ditipu,spr xadil,spr & polis barua umno,..bla,..bla,.bla,...
=======================

Negeri lain pun penuh penipuan oleh BN, ada undi pos, SPR dan polis tipu dsb, tapi boleh pula PR menang?

Kalau dah pengundi Terengganu pun ramai tidak mengundi PAS dan ditambah dgn BN penipu, memang lah PAS takkan menang kat Terengganu.

Itu pun tak boleh terima ke?

- Putera Malaysia

Anonymous said...

putra merdeka tu kapiaq. tuhan dia bnyak tp utk org2 PAS tuhan kita satu jer....

Anonymous said...

putra merdeka tu kapiaq. tuhan dia bnyak tp utk org2 PAS tuhan kita satu jer....

aesalno said...

wakakakak..aku sokong ko putera malaysia!! Parti Pembangkang if kalah, macam2 alasan kiota dengar... bila menang, xda pula BN nak bising2 mcm diorang... amende ler....

aesalno said...

dah berusaha sungguh2 nak menang, pastu tetap tak menang gak, terima jer lah qada & qadar Allah... ada hikmah tuh.. takkanlah ahli PAS yang xbleh fikir benda tuh... agak-agak ler... maybe PAS masih belum mampu tuk memimpin negara, sebab tuh Allah tak bagi menang..so cermin2 lah diri korang wahai ahli PAS yang taksub!!

Liza said...

sekarang ni bloggers UBN dah tak yah keja lagi... cuma tunggu elaun je masyuk setiap bulan... kerja fitnah, kutuk dah dibuat oleh blogger Rakyat sendiri... dulu dok kata blogger UBN suka fitnah, suka kutuk, suka maki... sekarang ni diri sendiri yg buat. (MEMANG TAK ADA RASA KE'MALU'AN LANGSUNG)! yg banjar dok kutuk tulang, yang tulang dok kutuk cengau, yang cengau dok kutuk topeng, yang topeng dok kutuk jawa, yang jawa dok kutuk cislam, yang cislam dok kutuk kelab sokong pAS!!! apa punyai perangai BANGANG! BARAL!! BODOH!!! mentang2 blog dah ada sponsor, ada pengikut... masing2 dah JADI TAKBUR, SOMBONG, BONGKAK!!! bolehkah kesombongan, kebongkakan, ketakburan korang semua tu akan menyelesaikan masalah yg jadi sekarang ni? adakah masalah sudah terurai atau semakin parah? terima kasihlah kepada korang blogger yg dgn ketakburan korang menjadikan UBN menyapu bersih PR13 nanti!

TheSniper said...

Puak Umno memang melatih ahli2nya untuk menghasut orangramai dengan kata2 "PAS tunggangan Anwar dan DAP". Kemana saja aku pergi, inilah modal mereka!

aesalno said...

memang tunggangan pun...ahli2 PAS je yang segan nak mengaku... malah aku fikir bukan PAS jer..PKR pun tunggangan gak untuk DAP yang mencari kesempatan dalam kesempitan pemikiran bangsa kita...

jit_tontoya said...

haluuuuuuuuuuuu

aesalino, ko tu sbnrnya jadi kuda tunggangan....smlmkn bini ko tunggang ko kn....

UMNOngok pula tunggangan SYAITAN....aku confirm....sbb fulamak pemimpinye lahir daripada kaki tongkang la katakan.....

KHAK TUIH!!!!!!

aesalno said...

ceh... nih ar contoh pemikiran ahli PAS yang penuh taksub...sepatutnya guna akal pikir dan pikir baru cakap.. yang ko kata benda merapu ni pehal? setahu aku PAS tuh parti Islam, n konfem ahlinya pun xdalah mcm ko!!! n aku yakin, now ada syaitan dalam hati ko.. hehehehe

hussin said...

aesalno kata,

"dah berusaha sungguh2 nak menang, pastu tetap tak menang gak, terima jer lah qada & qadar Allah".

kalau dah tahu orang tak suka, ikhtiar macam mana pun, tak leh ubah ketidaksukaan tu selagi ada yang orang tak suka. benda mudah pun ko tak leh faham...

YANG GAMBI said...

Salam TB, kenapa ahli-ahli PAS begitu taksyub dengan pandangan dari Aziz Bari ? bukankah Aziz ini peroksi Anwar yang mahu melihat PAS lebih lemah dari PKR......

Persoalannya, apakah salah bila seorang pemimpin pejuang Islam menampakkan bahwa untuk lebih kukuh memartabatkan Islam adalah duduk semeja bersama UMNO ? kerana itulah pandangan mereka mungkin....

Kawan rasa adalah tidak wajar melebelkan seseorang pemimpin itu pengkhianat semata-mata kerana mereka ingin berbaik-baik dengan musuhnya kerana kepentingan agama...

Cuba kita renungi bersama, siapakah yang benar-benar bimbang dan takut kalau PAS benar-benar mengadakan 'perpaduan' dengan UMNO ? Mereka-mereka inilah yang menghantar proksi-proksi untuk mengadudombakan pkepimpinan PAS.....

melayu pas said...

Saya rasa pro UMNO itu kerana merasakan sayangnya kepada bangsa dan merasakan DAP dah naik tocang kat Selangor. Kita tak boleh nak marah dgn DAP dgn Keadilan sebab mereka berbilang bangsa. Mereka ada agenda perjuangan sendiri. Pas pula terasa tertekan tetapi nak mengharapkan melayu umno bersama payah sikit. Mereka pun agenda masa tengah sakit ni, masa dia tengah kuat, apa yang bahalol ni kat Pas? sebab itu kita jgn layan UMNo dan puak sebulu dengannya. Elok sangat Pas kekalkan kawan dgn DAP dan PKR untuk rampas beberapa negeri lagi. Tak mustahil bila banyak negeri jatuh pada Pakatan, melayu umno akan beralih kat Melayu Pas, masa itu kita jadi kuat dan boleh berperanan lebih besar.

melayu pas said...

Saya rasa pro UMNO itu kerana merasakan sayangnya kepada bangsa dan merasakan DAP dah naik tocang kat Selangor. Kita tak boleh nak marah dgn DAP dgn Keadilan sebab mereka berbilang bangsa. Mereka ada agenda perjuangan sendiri. Pas pula terasa tertekan tetapi nak mengharapkan melayu umno bersama payah sikit. Mereka pun agenda masa tengah sakit ni, masa dia tengah kuat, apa yang bahalol ni kat Pas? sebab itu kita jgn layan UMNo dan puak sebulu dengannya. Elok sangat Pas kekalkan kawan dgn DAP dan PKR untuk rampas beberapa negeri lagi. Tak mustahil bila banyak negeri jatuh pada Pakatan, melayu umno akan beralih kat Melayu Pas, masa itu kita jadi kuat dan boleh berperanan lebih besar.

cucuhamka said...

Salam, Tulang Besi atau Aziz Bari, sila bersabar. Jangan burukkan keadaan. Tiada sesiapapun yag sempurna. Kalau Haji Hadi lemah anda beritahulah bagaimana untuk memperkukuhkannya.

Tulang Besi said...

aesalno ni dari kaum qadariyah. Tak payah berusaha just tawakal

hussin said...

cucuhamka kata,

"Kalau Haji Hadi lemah anda beritahulah bagaimana untuk memperkukuhkannya."

dia kena buang penasihat2 dia. jgn longgok pas ganu di bawah ketiak dia. tukar kepala harakah. ganti pj2 yang ditonjolkan oleh penasihatnya. kelemahan dia banyak sangat bergantung kepada penasihat. gantikan orang2 di bawah ketiak yang banyak merosakkan imej pas. semua dunia sudah kenal, takkan dia tak tahu?