"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, December 03, 2009

Isu Bermewah-Mewah: Menjawab Beberapa Persoalan Yang Ditimbulkan

Saya telah diberitahu isu yang saya naikkan dalam artikel disini telah mendapat beberapa respon dari dalaman Pemuda sendiri baik di Pusat mahupun di Negeri-Negeri.

Secara mudahnya, ada dua hujjah yang mereka gunakan untuk melawan hujjah saya. Izinkan saya menjawab hujjah2 itu :

HUJJAH PERTAMA : Tiada Bukti Pemuda Yang Bermewah-mewah itu dapat duit mereka dari sumber yang Haram. Tulang Besi harus memberi bukti mereka mendapat duit dari sumber haram.

Jawapan Saya : Mula-mula saya bagi pembaca saya jawab. Ada dua pembaca dan saya rasa jawapan mereka cukup baik untuk melentur hujjah-hujjah dangkal ini:

Pembaca Pertama :

Anonymous said...
Nampaknya ramai tukang komen disini,sudah "miss the point".

(1) Ahli PAS yang bekerja dan berniaga,kalau pakai kereta besar,orang tak heiran.Ini tak payah komenlah.

(2) Ahli PAS,dulu sebelum PRU 12,sengkek tiba-tiba pakai kereta besar.Tak ada pula kerja tetap atau berniaga,cuma buat kerja parti 100%,jenis inilah yang dipersoalkan.

(3) Pergi kempen pilihan raya,bawa kereta besar,pengundi yang hidup sederhana dan miskin,akan "terasa" bahawa yang datang itu,tidak setaraf dengan mereka.Tak perlukah kita "menjaga" hati pengundi?
December 3, 2009 12:09 AM


Pembaca Kedua :

Dr Ahmad Rashad said...
Kenapa la komen orang kat dalam ni semuanya ngong belaka. Berapa kali dah orang cakap, kalau pimpinan pemuda PAS yang tertentu itu kaya dengan duit usaha sendiri, tak payah tunggu lepas pru12 untuk jadi kaya, untuk beli mercedes. Tak payaj tunggu hasan ali jadi exco, untuk beli mercedes. Ini tak, sebelum pru12, hidup sederhana, lepas pru 12, tup tup, kaya raya, beli mercedes. Itu kan misteri namanya.

Pemuda PAS sekarang ni dah tidak boleh berfikir dengan waras kerana dicandukan dengan wala. Benda semudah itupun tak buleh faham.

Aku tahula, zaidi tak termasuk dalam kategori ini, sebab zaidi memang dah kaya sejak dulu, dia bisnesman berjaya. dia pun tak kuat sangat membodek hasan alu. Orang lain tu, kuat giler membodek hasan ali. Memang la, hasan ali kan exco infrasturuktur. Tender-tender ikut dia kan. Mesti ada komisyen siapa yang bawak kontraktor. Lepas tu bagi alasan nak bagi duit kat jamaah. Jamaah 10%, diri sendri 90%. Itu yang boleh beli mercedes tu.

Apa benda la pemuda PAS. Semuanya ikut perangai UMNO. Sebab itu nak bergabung dengan UMNO. Hari-hari duk mengata DAP dengan PKR. Diri sendiri tak sedar kronism.

Bila TB dedahkan, buat-buat nafi pulak. Buat-buat tak tahu. Alah, tak payah tipulah, semua orang tahu perangai korang macamana.
December 3, 2009 10:32 AM


Dari saya sendiri, dahulu sewaktu Tun Suffian memimpin Badan Pencegah Rasuah, beliau dapat menangkap perasuah hanya sewaktu beliau berjogging. Beliau pernah berjogging dan terjumpa sebuah rumah yang mewah. Bila diselidik, rupanya rumah tersebut milik seorang pegawai kerajaan bertaraf kerani sahaja.Terus beliau tangkap kerani tersebut dan buat siasatan. Akhirnya kerani tersebut disabit kesalahan kerana rasuah.

Pikir logik la. Kita tak marah orang macam Sany dan Zaidi pakai kereta mewah. Ini kerana dua-dua tu semenjak kita kenal diorang lagi dah kaya dan berjaya. Zaidi misalnya adalah contoh terbaik usahawan Islam dan usahawan PAS di Selangor.

PAS Selangor patut berbangga ada orang macam Zaidy ni dan harus disebut-sebut nama beliau sentiasa supaya dapat dicontohi semua ahli-ahli PAS. Sepatutnya Biro Ekonomi PAS Selangor kena buat program jemput Zaidy bagi motivasi dan penerangan berkenaan melahirkan usahawan berjaya.

Sany pula telah menjalankan kerja sebagai Penyelia DUN Dusun Tua dengan jaya. Maklumat yang saya dapat, orang-orang UMNO di sana pun suka sangat dengan Sany. Mereka lebih suka rujuk pada Sany berbanding dengan UMNO Bahagian Hulu Langat. Tapi sayang, Sany telah ditukar dari menjadi Penyelaras DUN Dusun Tua walaupun beliau “perform”.

Tapi yang kita heran, kerja takda, bisness takda tiba-tiba tukar kereta baru. Kereta mahal pulak tu. Walaupun takda bukti ianya HARAM tapi di situ ada “syubhah”. Dan kalau ikut prosedur BPR/SPRM, orang seperti ini boleh ditangkap untuk siasatan selanjutnya.

Tu kalau ikut saya, Tulang Besi. Kalau ikut Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz NAsaruddin Tantawi, walaupun orang itu kaya pun dengan usaha sendiri, dia tetap kena hidup bersederhana.
Itu sebenarnya tarbiyyah dan motto Pemuda. HIDUP SEDERHANA.

HUJJAH KEDUA :
Ramai AJK PAS PUsat juga mempunyai kereta-kereta mewah. Mengapa mereka tidak dijadikan isu?

Jawapan saya : Hujjah ini jelas tidak kuat kerana beberapa faktor :
  1. Majoriti AJK PAS Pusat adalah Ahli Parlimen atau bekas Ahli Parlimen. Setiap Ahli Parlimen di Malaysia diberi satu AP. Rujuk pada senarai penerima AP yang dikeluarkan oleh Rafidah Aziz satu masa dahulu sewaktu isu AP menjadi hangat. Dengan AP tersebut, harga sebuah Toyota Harrier bagi mereka menjadi lebih mahal sedikit dari harga Proton Wira baru bagi kita. Kalau boleh dapat AP, belilah apa-apa kereta pun sebab harganya jadi murah. Kalau tidak NAZA takkan boleh jadi kaya raya hanya dengan AP?
  2. Sebahagian yang lain sudah pun menjadi kaya sebelum masuk politik. Mereka sudah pun mempunyai Mercedez dan kereta2 mewah sebelum masuk politik dan aktif dalam PAS. Jadi, apa yang kita nak buat isu?
Pemimpin-pemimpin Pemuda yang dijadikan isu adalah mereka yang tiada bisness dan tiada kerja tetap tiba-tiba tukar kereta mewah. Itu yang menjadi fitnah. “Trend” ini kita mesti bendung sebelum menjadi barah.

Pada mulanya saya pun nak tahan isu ni dari keluar, tapi bila saya dengar dari kawasan saya, Raya Haji tahun ni Guru-Guru PASTI tak dapat bonus, maka saya pun mengamuk la. Mana boleh macam ni? Pemuda bertanggungjawab atas PASTI dsbnya. Mereka patut dahulukan institusi-institusi Pemuda ni dahulu yang lebih penting kepada PAS dan dakwah Islam.

Dicampur dengan rintihan dan komplen dari kalangan Pemuda sendiri yang datang pada saya. Ia datang dari orang yang duduk dalam Pemuda sendiri.

Saya bersedih, dalam isu ini, Pemuda-pemuda PAS Pusat bergabung bukan untuk membetulkan keadaan tapi untuk menyerang saya. Apa kamu dapat dari menyerang saya dengan hujjah2 lemah kamu? Adakah meyerang saya dapat memastikan Guru-Guru PASTI mendapat bonus sempena Hari Raya Haji (walaupun terlewat)?

Itu saya belum cerita lagi pasal Pemuda Selangor yang mandom dan tiada aktiviti. Setakat ni, apa yang kita nampak dari Pemuda PAS Selangor? Dalam isu Kepala Lembu, Khalid dibiarkan keseorangan menghadapi serangan-serangan UMNO. Pemuda PAS Selangor langsung tidak kelihatan.

Dalam isu SELCAT, Pemuda sanggup menyokong Agenda Melayu Hasan Ali sedangkan perkara melibatkan akidah seperti ini wajib dibangkang oleh Pemuda PAS Selangor.

Jelas Pemuda skrg ni dah jadi macam Assabiyyah. Benda tak betul pun mereka berpakat-pakat untuk pertahan. Nak pertahan pulak tu dengan hujjah-hujjah yang lemah dan daeef. Patutlah golongan muda tidak berminat untuk menyokong dan bergabung dengan Pemuda PAS. Tak heranlah majoriti Pemuda ni pro pada "Kerajaang Perpaduang".

Tapi saya sokong kenyataan Ketua Pemuda PAS di atas, Ustaz Nasaruddin Tantawi, bahawa PEmuda PAS dilatih untuk hidup bersederhana.

Tulang Besi

15 comments:

Anonymous said...

tkde sape pn stkt ni yg blh contohi kehidupan tok guru nik aziz. Dh 20 thn jd MB pn, cmtula idup dia.. Klu MB lain, skrg ni dh ade istana, tgk wak toyo.

Anonymous said...

Suka dinyatakan bahawa Pemuda Pusat telah lama dok makan duit PASTI, kononnya merea yg uruskan pasti sehingga memperuntukan sekitar RM90,000.00 setahun untuk urusan pengurusan Pemuda dan ianya turun kepada Pemuda negeri-negeri. Malang dan dukacitanya Pasti cawangan yang menjadi punca dapatan atau sumber kewangan Pasti Pusat tidak dihiraukan langsung. Hidup mati pandai merekalah sendiri. Jualan barsngan Pasti mahal dan kekal harganya walaupun cetakan beberapa tahun lalu. Bila dibangitan, jawapannya mereka berhak kerana Pemuda urusan Pasti. Mesyuarat bulanan Pasti Pusat berlegar dari hotel ke hotel dengan sejumlah wang sagyhati kepada Pengarah-Pengarah Pasti negeri-negeri. Itulah kata Si Azrin Majid " Kita kenalah bertindak dan bersikap sebagai pimpinan tertinggi dalam hiraki Pasti' Bukan hendak menjaga kebajian guru-guru dan warga Pasti peringkat akar umbi tetapi lebih kepada mengenyagkan "pemimpin tertinggi" Pasti. Saya yang pernah memegang Pengerusi Pasti peringkat kawasan menyatakan di sini BAHAWA KAMI TIDAK PERNAH MENGHALALKAN DUIT ITU DIGUNAPAKAI OLEH PEMUDA PUSAT DAN NEGERI-NEGERI.

Khairul Hazman said...

Tahniah saudara Tulang Besi..saya merupakan seorang ahli PAS juga menyokong pendedahan-pendedahan sebegini untuk mengelakkan PAS turut terjerumus dan leka dari tanggungjawab terhadap Islam dan rakyat Malaysia..teruskan menulis saudara, bagi saya kebenaran harus didedahkan untuk tujuan keadilan..kita hendaklah berlaku adil..syabas sekali lagi

Mamat Drebar said...

kat Kelantan ni ramai tokoh politik PAS samada pemuda/dewasa yang kaya raya sejak 1990 lagi. kebykkannya melalui projek kerajaan negeri atas alasan politik (bantu jemaah). sekali lagi aku desak PAS Pusat agar segerakan penubuhan Badan Hisbah PAS.

Anonymous said...

PAS bukan jemaah ISLAM,PAS hanya sebuah parti politik,Sebab tu lah kebanyakan individu2 dalam PAS berjuang atas maksud dunia sama saja mcm BN..Jadi kalau pemimpin dalam PAS menang pun takde jauh beza sangat dgn pemimpin UMNO yg ada sekarang.Contohnya kita dapat lihat pemimpin2 PAS di Selangor.Kesimpulannya,aku memang dari dulu tak pernah sokong PAS,cuma aku sokong PAKATAN RAKYAT.Bagi aku PAS hanya guna agama demi kepentingan politik peribadi pemimpin2 dan individu2 tertentu.Kalau betul lah pemimpin dikalangan PAS ni berjuang demi agama..Kenapa org2 yg terang2 mengkhianati perjuangan mereka tak disingkir kan?atau pemimpin2 berkenaan letak saja jawatan?sebab mereka kata berjuang demi agama.Sekarang mereka ini telah manjadi asbab fitnah kepada islam itu sendiri.JAdi kalau benar2 ikhlas berjuang utk agama...LETAK JER JAWATAN..org utara cakap TAKDAK HARI..sorry lah depa nak letak jawatan..sebab benda tu yg depa ligan pun...cuma duk wayang guna agama jaa...supaya org sokong...antara yg jelas menunjukan sifat gila kuasa ni adalah: Hassan Ali,Nasha,Mustapa Ali dan GENG2 perpaduang..CETT..wayang semua..

Anonymous said...

Samada pendedahan tulangbesi ni benar atau tidak, hanya ALLAH swt mengetahui.

Amat malulah kiranya ianya benar kerna PAS menggunakan nama ISLAM yang murni didalam namanya.

Lebih baik UBN, sebab depa pakai nama bangsa. Dah tentu dasar mereka bukan dasar ISLAM.

Jgn kerna nila, rosak susu sebelangga.

Aduhai, benarlah firman ALLAH swt, dunia akhir zaman penuh dengan fitnah dan tipu daya.

Ya ALLAH, ku pohon padaMU lindungilah daku, keluargarku serta semua saudara seISLAM dari fitnah akhir zaman ini.

kene tpu lg..mmg UMNgOk said...

bahaya kalau di biarkan. ia seperti di lihat tak ubah seperti UMNgOk yang hanya mahukan kemenangan untuk kepentingan.

pada sy, kemenangan pertama besar atau julung2 kalinya. tapi, baru saja mahu menapak, sudah nampak orang2 seperti UMNgOk pemikirannya yang wujud dalam parti PAS.

mana2 yang duduk di tampuk pemerintahan, sepatutnya tau tanggungjwb yang di amanahkan. iaitu menegakkan dasar dan membantu yang di bawah.

yang di bawah, akan bergandingan, berusaha dan terus menyokong demi kejayaan bersama.

sama2 berjuang, sama2 sakit, sepatutnya sama2lah merasa hasilnya. ini tidak. sakit sama2, senang sendiri.

hari ni, berlaku hal sebegini. esok lusa, mulalah timbul perbezaan antara golongan bawahan dan golongan professional. kalau ini berlaku, tak ubah seperti UMNgOK.

hal2 seperti ini kalau di biarkan, mmg pilihanraya selepas ni mengundang kejatuhan.

seperti kata pepatah, rambut sama hitam, tapi tak tau isi hati masing2.

nauzubillah...

wirautama said...

kuat buruk sangka TB kepada ahli PAS sekarang ni terutama pemuda PAS selangor (kenapalah DHA tak nak ambik TB jadi PA dia, klu tak tak jadi cam tu). Dimana salahnya org yg tak kerja pakai kereta mewah? salah ke? dia sendiri mengaku tak de bukti haram (Walaupun takda bukti ianya HARAM tapi di situ ada “syubhah”.) apa yg syubhahnye? dan tak yah TB nok kabor cam ne prosedur BPR/SPRM, klu betul ada kes dah lama BPR/SPRM igat.. jgn kau lok jadi lebih sudu dari BPR/SPRM, BPR/SPRM mmg sentiasa cari silap pembangkang.. tay yah kau nak ajor BPR lok.. sbb BPR tu mmg agen UMNO dia tahu kerja dia org.. tapi tak tahu lah kot2 kau terlebih agen daripada BPR.

Anonymous said...

hahhahahha amik lu TB...

Tulang Besi said...

wira wira

tu la kalau tak tau cerita jangan bukak mulut.

kan dah nampak kao bodoh.

Aku ni memang dah jadi PA pada DHA. Aku Pegawai Khas PJ Selangor.

Aku ada surat boleh tunjuk la.

Kalau dah UMNO, sah bengap

wirautama said...

bodoh2 aku pun tak lah sbb ilang jawatan terus jadi kuda tungangan umno..

aku tanya satu pun kau tak jawab, mana yg haram dan mana yg syubhah, kau org cerdik dok kan dok tahu dlm islam org yg menuduh kena bawak bukti.. so apa bukti kau kata haram dan syubhah tu? kau kan lama doh ngaji sejok dari umor berapa?! 12 th.. wow! sure alim besor kau ni, takkan dok tahu hak org menuduh dan org kena tuduh..

Anonymous said...

TB, TB
hang ni dok megah dgn surat hang...
tapi org dalam,.. dok kutuk hang sbb ke-bangangan hang, ade ke hang tau.
Hang mmg suka buat cite...dulu kata pegang jawatan itu ini...tapi bila check...habuk pun tarak. setakat PA bahalul sape nak hang lagi.

sedar2x le...jgn jadi mcm kickdafella la...bila kena buang jawatan,,,,semua org jahat.

Anonymous said...

ahahahhah amik ko TB terdiam dibuatnye...amik ko suke sgt bermengah2 ngn aman tarbiah n jawatan ko skg....bla la ko ni anjing jalanan je kt mana ada tulang kt situ ko menyalak...

sory,
anti tulang

Anonymous said...

POLITIK jelas sekali memecah belahkan sesama islam.Politik demokrasi yg kita guna pakai sekarang adalah ciptaan YAHUDI,bukan POLITIK cara NABI saw.POLITIK NABI saw ialah dgn DAKWAH untuk menyatukan umat.

PENYAKIT UMAT-UMAT TERDAHULU:
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab,"Penyakit-penyakit itu ialah (1)terlalu banyak seronok, (2)terlalu mewah, (3)menghimpun harta sebanyak mungkin, (4)tipi menipu dalam merebut harta benda dunia, (5)saling memarahi, (6)hasut-menghasut sehingga menjadi zalim menzalim".
H.R Hakim

Anonymous said...

POLITIK jelas sekali memecah belahkan sesama islam.Politik demokrasi yg kita guna pakai sekarang adalah ciptaan YAHUDI,bukan POLITIK cara NABI saw.POLITIK NABI saw ialah dgn DAKWAH untuk menyatukan umat.

PENYAKIT UMAT-UMAT TERDAHULU:
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab,"Penyakit-penyakit itu ialah (1)terlalu banyak seronok, (2)terlalu mewah, (3)menghimpun harta sebanyak mungkin, (4)tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5)saling memarahi, (6)hasut-menghasut sehingga menjadi zalim menzalim".
H.R Hakim