"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, December 14, 2009

Konvensyen Blogger PAS Untuk Mem"BTN"kan Blogger?

Menjelang Konvensyen Blogger PAS yang akan diadakan pada 20 hb Disember ini bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, ramai yang tertanya-tanya apa pendirian GB.

Konvensyen ini dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat yang diketuai oleh Ustaz Idris Ahmad dan idea penganjuran konvensyen ini berlaku beberapa hari selepas para blogger telah tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat itu yang telah "menghentam" Prof Abd Aziz Bari. Malah Idris pernah menamakan dan menyerang para blogger sebagai penabur fitnah di dalam satu seminar di Gopeng.

Senarionya bermula apabila Prof Abd Aziz Bari melakukan kritikan terhadap pimpinan PAS Pusat, dan ianya disanggah hebat oleh Idris yang tidak berlapang dada untuk menerima kritikan. Diperburukkan lagi dengan tulisan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Nasruddin Hassan Tantawi yang melabelkan Abdul Aziz sebagai agen musuh.

Di dalam Seminar Memperkasakan Parti yang diadakan pada 7 Nov 2009 pula, keberadaan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut memberikan pandangan di dalam forum, disifatkan oleh Ust Zolkharnain Abidin adalah bias dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib.

Ketiga-tiga pimpinan PAS tersebut - Idris, Nasruddin Hassan Tantawi, Tuan Ibrahim, telah dikrtik hebat oleh para blogger - termasuklah GB :)

Dan kini ketiga-tiga pimpinan PAS tersebut terlibat secara terus di dalam Konvensyen blogger yang hendak diadakan pada 20 Disember ini yang menurut kenyataan dikeluarkan:

PAS memandang positif kewujudan blog sebagai medium bagi menghadapi peperangan siber disamping menyebarkan dakwah. Namun kebanyakan blogger PAS yang ada, tumbuh meliar tanpa panduan dari peringkat kepimpinan PAS hingga menjadikan dunia blog sebagai medan yang mendatangkan kerugian kepada PAS.

Maka satu konvensyen Blog dicadang untuk diadakan bagi mengenal pasti blogger sebenar PAS dan memberikan perkongsian maklumat serta panduan berguna untuk mereka memberikan sumbangan yang lebih bermakna buat PAS.

Objektif

1. Menghimpunkan dan mewujudkan Kelab Blogger PAS yang aktif
2. Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS

Tentatif Program

8.00-Pendaftaran Perserta.
8.30-Ucapan Aluan Oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad
8.45-Ucaptama Perasmian & Pelancaran Kelab Blogger PAS Oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
"Harapan dan Cabaran Buat Blogger PAS"
9.30-Rehat
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 1-Ust. Ghani Shamsuddin
"Memahami Potensi Blog dan Media Baru Dalam Gerakan Dakwah dan Politik PAS"
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 2-Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi
"Blog Sebagai Medan Dakwah Bukan Fitnah"
10.45-Sesi Diskusi kumpulan
11.45-Pembentang Cadangan /resolusi terhadap aktiviti Kelab Blogger PAS
12.45-Makan Tengahari
Bersurai

Jelas bukan? Ketiga-tiga pimpinan yang dihentam para blogger kini cuba untuk menindoktrinasikan pemikiran blogger melalui apa yang dipanggil Konvensyen Blogger yang tak ubah seperti langkah untuk "memBTNkan" mereka supaya patuh, akur dan jangan mengkritik pimpinan dengan alasan ia "merugikan PAS". Sedangkan kebanyakan blogger melihat pendirian dan kenyataan ketiga-tiga pimpinan yang telah dikeluarkan itulah yang telah banyak merugikan PAS.

Konvensyen dikatakan untuk "mengenal pasti blogger sebenar PAS" dan salah satu objektifnya "Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS".

Persoalan kini mengapa setelah kamu-kamu tidak berupaya menerima kritikan tiba-tiba cuba pula untuk "mengenal-pasti blogger sebenar PAS" dan dengan beralasan untuk "Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS" supaya ianya seiring hanya dengan pandangan dan pendirian ketiga-tiga pimpinan tersebut yang gagal menghargai kritikan orang lain. Apakah itu yang hendak ditanamkan ke minda para blogger?

Rumusan: GB adalah ahli PAS yang berdaftar, bernombor 2579xx, (telah mengikuti program PAS sejak dibangku sekolah sekitar 60an dan 70an mengikuti ayahanda yang merupakan pengasas dan Ketua Pas Cawangan di tempat GB, tetapi hanya disahkan menjadi ahli berdaftar PAS pada 80an) bererti layak sangat menghadiri konvensyen berkenaan, tetapi GB mengambil keputusan untuk tidak menghadirinya setelah GB gagal untuk melihat adanya kejujuran dan ketulusan di dalam penganjuran konvensyen berkenaan.

Kalau tak terima GB sebagai blogger PAS pun nanti, GB tak berkecil hati. Muga ada yang masih mahu membaca tulisan-tulisan GB.

Sumber - Kelab Greenboc

15 comments:

Anak Lenggong said...

Ada agenda tambahan iaitu:

"Blog Sebagai Fitnah dan menjatuhkan Orang Yang Mereka Tidak Sukai" - Pembentangan oleh Mohd Fauzi@ Topeng Berak

tulang ikan said...

ciri2 bloger yg layak hadir ialah :

1. kaki maki
2. hobi memfitnah
3. mat auta
4. kaki kondem org
5. bodoh tp luar nmpak pandai
6. ahli mesti mendapat tarbiah pas sejak kecik tu wajib!!!!

Istiqomah said...

Elok saudara GB tak pergi... senang orang luar macam saya nak tahu pada setiap penulisan. Sama ada datang dari suara parti atau suara induvidu.
Suara individu kita boleh baca sambil lalu sahaja...

Anonymous said...

Sapa nok boleh pergi, takmboh gi sudah.. bangga sangat ah tu takmboh gi..

al-khattab said...

kpd blogger yg ingin atau msh berkira kira untuk hadir diharapkan mmbuat solat istikharah atau jika berkesempatan, dapatkn nasihat dari TGNA..

ana agak sependapat dengan sdra topeng perak mamandangkan kini banyak pejuang munafik didalan politik islam ini..
wallahualam..

BOND 0134331159 said...

adalah lebih baik kalau aku tak pi konvensyen tu...lebih kurang macam seminar jualan lansung yang nak bagi naik sales depa tu saja...

nanti mesti ada komen dari sesapa yang pi...

aku tak pi walaupun aku

ahli pas PARLIMEN PERMATANG PAUH

salah seorang blogger pas
berjuang dekat PRK:
1>PENANTI (TAK BEST rasa macam syok sendiri)
2>PERMATANG PASIR (terasa macam pi perang badar al kubra - kempen waktu bulan posa)
3>PERMATANG PAUH (PRK PALING BEST YANG AKU PERNAH "JOIN"
4>BUKIT SELAMBAU - AKU JADI SPY PR UNTUK MENYELONGKAR SALAH 2 CALON BEBAS DAN BERTANGGUNG JAWAB MENGAGALKAN MEREKA DALAM PILIHANRAYA,SAPA AKU TAK BOLEH BAGI TAU....SORANG MELAYU SORANG HINDU......ALHAMDULILAH PR MENANG DI BUKIT SELAMBAU....

Anonymous said...

Ek eleh, pengecut ke GB?

Kenapa? Iman kau tak kuat ke? istiqamah kau tak kuat ke sampai boleh berubah bila didoktrin (konon2) oleh mereka2 itu?

Kan ada masa membentang, masa bersoal jawab. Pakai la masa tu untuk membalas hujah?

Ke pengecut sebenarnya?

Anonymous said...

PAS mengambil tindakan bebal dgn penganjuran seminar blogger ini.

Ia mendedahkan blogger-blogger PAS dikenali oleh golongan yg anti-PAS terutama dari golongan Bukit Aman.

Difahami, ramai SB-SB akan menyamar sebagai blogger yang kononnya simpati kpd PAS akan menyertai seminar ini.

Tujuan mereka untuk mengenalpasti blogger-blogger PAS dan mudah bagi SB-SB ini nanti hendak melakukan kerja-kerja jahat mereka seperti mencekup, menggelidah dan sebagainya bila tiba waktunya.

Berhati-hati.

linux said...

alaahaaaaiii
kalau nak biarkan kepala anda diputar2kan oleh puak2 UG spt Tn Ibrahim, Idris dengan Nasruddin tu anda dipersilakan....

Anonymous said...

Buruk ka ...baik ka,.aku tetap pergi. ... perjuangan aku satu aje...menuju keredaan ilahi....membenteras penyelewangan..menegakkan keadilan.

Hampa tak pergi...hampa punya pasal la...Aku pergi sana bukan nak berdangdud....tapi mendapat penerangan dari orang atas parti yg aku ikuti.

Insya-Allah...sesuatu yg baik yg cuba dianjurkan pasti akan di balas dgn yg baik.

Anonymous said...

Ya ya, ini keKeje "org atas" parti nak bodohkan blogger-blogger Pas.

Ini baru kerja UG, bekerjasama untuk musnahkan pengkritik2 pimpinan.

gi jahanam lah pemuka2 UG keparat.

Anonymous said...

Bengong betoi la hampa ni....
Mana ada UG lagi...
Dah tutup buku dah....hampa tak baca paper ka..??? Hampa tak tengok TV ka...???

Eh...eh...ehhhhh...kolotnya.

Anonymous said...

aku setuju gak dgn komen anon yang menyatakan sb-sb akan menyamar sbg blogger PAS.

sejarah kejatuhan kerajaan PAS Terengganu diantaranya ialah kebijaksaan SB sehingga dpt menjadi juruiring TG Abd Hadi sehingga boleh mendapat maklumat rahsia parti dan pejabat MB.

lagipun jika blogger-blogger ditahan dan digelidah macam yg pernah berlaku ke atas wm pahangdaily, penarekbeca dan lain-lain, pimpinan PAS lansung tidak amik kisah. lu tanggung sendili lah...

Anonymous said...

kalau tengok pd tajuk2nya,bagaikan tak berpijak dibumi nyata.Sessi soal jawab pun tak de.nampaknya sape pegi, dia akan makan suap lah.tak de benda baru.Tajuk mcm tu kat masjid pun dah di sentuh.Patut lah PAS lambat menang.Bincang tajuk ntah ape2

tunjang said...

aku respek kat GB. aku lbh setuju GB yang sampaikan seminar. dia siap boleh bagi kursus blog lagi. orang lama. dah lahirkan ramai blogger2 pas tanpa disuruh dan diarah oleh sesiapa. mana2 pimpinan pas pun tak buat macam GB dah buat. aku pernah hadir bersama-sama Prof Hamirdin, Hasbullah Pit, assirkami, Din dll di seminar blog yang disampaikan oleh GB. Dia dtg berlenggang, tapi org lain pulang penuh sarat dgn ilmu yg dia sampaikan. Semua hal pasal blogging kat ujung jari dia. Memang professional dan kelas gitu...