"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, December 05, 2009

Royalti Minyak Kelantan: GEGAR Atur Program Penerangan

Isu Royalti Minyak Kelantan akan dibawa keperingkat Nasional oleh sebuah badan yang baru sahaja ditubuhkan hari ini dan ianya dikenali dengan nama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR).

Dalam 1 sidang media yang telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan (JKR 10), Dr. Abdul Halim Yusof selaku Pengerusi Bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) memaklumkan bahawa pihaknya sedang merancang untuk mengadakan 1 konvensyen yang akan membincangkan isu Royalti Minyak di Kuala Lumpur dan tarikhnya akan ditentukan kemudian.
GEGAR juga secara terbuka menjemput mana-mana badan, orang perseorangan atau kumpulan yang berminat untuk menyertai GEGAR dalam memperjuangkan hak rakyat dan negeri-negeri yang telah dinafikan haknya dalam isu pembahagian Royalti Minyak.

Sebelum ini, sebuah badan yang sama telah ditubuhkan dalam menangani isu Royalti Minyak Terengganu iaitu MAMPAT.

Dalam kenyataan yang sama, GEGAR juga menjelaskan bahawa pihaknya yakin pihaknya akan mendapat kerjasama penuh daripada Kerajaan Negeri Kelantan dalam semua program-program yang bakal diatur oleh GEGAR dalam siri Jelajah Negeri Kelantan dalam usaha memberi penerangan kepada rakyat Kelantan berhubung dengan isu Royalti Minyak.
  • Banyak kenyataan yang rakyat Kelantan masih belum faham dalam kewajipan Petronas dibawah Kerajaan Pusat membayar Royalti Minyak kepada negeri-negeri yang menjadi pengeluar minyak. ini adalah kerana media perdana dan Menteri-Menteri Pusat telah mengambil peranan memutar belitkan fakta sehingga kebanyakan rakyat tidak faham.
Pihak GEGAR juga akan meminta kerjasama dan pandangan Tengku Razaleigh Hamzah selaku bekas Pengerusi Petronas yang bertanggungjawab merangka perjanjian Royalti Minyak.
  • Kemungkinan besar, kita akan menjemput Tengku Razaleigh Hamzah untuk bersama kita dalam Konvensyen yang bakal diadakan di Kuala Lumpur nanti. walau bagaimanapun, setakat hari ini, pihak GEGAR masih belum memaklumkan secara rasmi atau tidak rasmi akan hasrat GEGAR kepada Tengku Razaleigh Hamzah.
Kenyataan Akhbar Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR).

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ditubuhkan pada 5hb. Disember, 2009 yang mewakili Gabungan Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) yang terdiri daripada lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO).

Matlamat utama penubuhan GEGAR ialah bagi mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

GEGAR akan :
  1. Mengembelingkan tenaga semua pihak tanpa mengira sempadan agama, politik dan bangsa bersama menuntut hak dan maruah rakyat dengan memberikan maklumat dan kesedaran melalui berbagai cara.
  2. Mengadakan "Konvensyen Rakyat : Royalti Petroleum - Antara Hak dan Ihsan..?" di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
  3. Mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan, bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat diatas.
Dengan itu, GEGAR menggesa Kerajaan Persekutuan agar memahami isi hati rakyat dan kehendak-kehendak Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedaulatan negeri-negeri bilamana mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu seterusnya Malaysia.

8 comments:

GARPU said...

To all Muslim - PAS,PKR or UMNO..pls boycot this fucking blog yg menjahanamkan silaturahim ummah! Telah lama kita bertelagah, telah banyak yg kita korbankan d tanahair ini.dan akhirnya kita juga yg rugi!

Sayangi Islam.Selamatkan agama dan tanahair..Hidup dan perjuangan kita hanya kerana Allah dan demi Allah!!

Ikhlas,
Gerakan Rakyat Cintakan Perpaduan Ummah (GARPU)

Anonymous said...

-garpu,lu amik garpu tu cocok kt lobang hidong lu smbil nyanyi lgu ape tu,anak kecil main api?..hah lagu tu la..

-zargus-

Anonymous said...

-garpu,
hang ni ada penyakit sawan ke, tak boleh lihat, baca pandangan orang yg menjerumus untuk ke bahagiaan rakyat, dok guna bahasa binatang utk manusia. tobat dan astagfarlah...

Anonymous said...

garpu tak paham tuh..ni mesti bukan org kelantan.. lantak pi la depa nak tuntut royalti pun.. dah hak depa..err..garpu tu pun baru tubuhkan ari ni jugak ka? - Neo

Liza said...

Garpu... ko adik beradik dgn Gomok ke? dak pun Perapu Kari... ayat ko macam sama je... ko sedang "high" ke nih?

melor45 said...

Garpu....pengganti jari jemari ketika makan,ulama menjelaskan penggunaan garpu ketika makan tidak mengikut sunnah rasul,yang sentiasa menggunakan jari-jari ketika menyuap makanan.Garpu sendiri tidak ada ciri-ciri islamik dan dok cuba nak bagi nasihat kepada kita semua.Dia ni mesti gulungan partime pemudahcara semasa kursus BTN,sumber pendapatannya mungkin terjejas,dok meraban semacam aje.

matgeram said...

garpu diketuai oleh mat raba jj!

Anonymous said...

GARPU, APA BENDA YG DI KORBANKAN TU? SIAPA YG MENGORBANKAN? BUKANKAH UMNO YG MEMERINTAH NEGARA, SUDAH PASTILAH PARTI UMNO HARAMJADAH YG BANYAK MENGURBANKAN HAK MELAYU DAN MENJUAL HAK ORG MELAYU. PEMIMPIN UMNO DAN PEGAWAI MELAYU PALING SUKA DI RESUAH.SANGUP GADAI MERUAH DEMI RESUAH.KAMU TAHUKAH BERAPA BANYAK BN SUDAH MAKAN HAK ORG SABAH. CUBA TELITI PERJANJIAN 20 PERKARA SYARAT SABAH DLM PEMBENTUKAN MALAYSIA. SAYA SEBAGAI ORG SABAH TIDAK IZIN DUNIA AKHIRAT HAK KAMI DI MAKAN OLEH PEMIMPIN BN. YOU CAKAP PASAL ISLAM, ISLAM LARANG MAKAN HAK ORANG, ITU SEBAB TOK GURU SUNGUH2 SUPAYA KASIH BALIK HAK ROYALTI RAKYAT KELANTAN, KLU TAK KASIH BALIK SEPERTI DLM PERJANJIAN PETRONAS, SEMUA PEMIMPIN UMNO YG LAIN TERLIBAT MAKAN HAK ORANG.INI BERMAKNA PEMIMPIN UMNO KEBANYAKANNYA PENYAMUN TERBUS, TIDAK SEDARDIRI KERANA MAKAN HAK.SOLAT MACAMMANAPUN KLU MAKAN HAK ORANG TETAP AKAN BINASA JUGA.