Berkaitan dengan alasan memberi laporan, EC seharusnya memberi amaran terakhir kepada MAFREL sebelum memecat mereka, bukan memecat mereka hanya kerana Noh Omar mahukan MAFREL dipecat. Dan Noh Omar melakukan demikian setelah dikritik MAFREL
kerana menabur janji-janji pembangunan sebagai kempen pilihanraya mereka.
Saya melihat SPR menjadi kuda tunggangan UMNO kerana mudah sangat menerima arahan dari Noh Omar, seorang pimpinan picisan UMNO yang tiada maruah. Seharusnya kenyataan MAFREL itu dialu-alukan oleh Noh Omar memandangkan janji-janji UMNO di Bagan Pinang dahulu pun masih belum tertunai.
Saya tidak tahu samada benar atau tidak MAFREL tidak menghantar laporan kepada EC, tapi pembuangan secara drastik ini adalah sangat merisaukan saya. Mengapa buang MAFREL setelah Noh Omar mengamuk? Bagi saya, jelas SPR menjadi kuda tunggangan UMNO.
Kita sedar betapa SPR sanggup melacurkan diri mereka di dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan Negeri Perak dahulu. Kita sedar bagaimana SPR tidak menghormati Speaker Negeri Kedah kerana tidak mahu mengadakan pilihanraya di DUN Kota Seputih. Kita sedar SPR adalah PELACUR kepada UMNO. Kita juga sedar SPR adalah salah satu biro UMNO.
Pemecatan MAFREL adalah rentetan dari berbagai tindakan SPR yang melacurkan diri mereka untuk UMNO dan Barisan Nasional.
Bersiap-sedialah Pakatan Rakyat untuk melihat penipuan pilihanraya yang berskala maksima dalam pilihanraya Hulu Selangor. Ini kerana kedua-dua UMNO dan SPR akan berganding bahu memastikan kemenangan Barisan Nasional.
Kita tidak tahu, mungkin SPR ni pun dah di Yahudi kan oleh UMNO?
Tulang Besi
SPR tak lagi iktiraf Mafrel, gugur pantau Hulu Selangor
Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 7 April — Selepas bertindak sebagai badan pemantau bebas dalam sembilan pilihan raya kecil sejak 2008, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak lagi mengiktiraf Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas Malaysia (Mafrel) bagi memantau pilihan raya kecil Hulu Selangor.SPR memutuskan untuk tidak lagi melantik Mafrel atas alasan ia telah melanggar syarat pelantikan — gagal mengemukakan laporan kerja pemantauan yang dilakukan semasa kesemua sembilan pilihan raya kecil sejak Ogos 2008.
Mafrel merupakan satu-satunya badan pemantau tempatan yang telah diiktiraf SPR untuk memantau perjalanan pilihan raya khususnya sejak enam tahun lalu.
“Kami tidak lagi melantik Mafrel sebagai badan pemantau bebas bagi SPR ketika pilihan raya kecil di Hulu Selangor,” kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Difahamkan Mafrel kemungkinan hilang pengiktirafan SPR selepas ini, tetapi boleh terus bertindak sebagai antara salah satu badan bukan kerajaan pilihan raya.
Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor diadakan 17 April ini manakala hari pengundian pula dijadual 25 April.
Lazimnya pelantikan SPR membolehkan Mafrel diberi ‘lesen’ untuk memantau perjalanan pilihan raya bermula dari hari penamaan calon sehingga hari pengundian.
Sehubungan jelas Wan Ahmad, apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan Mafrel adalah atas kapasitinya sebagai pertubuhan bukan kerajaan dan tiada kaitan dengan SPR.
“Itu kenyataan-kenyataan Mafrel (mengecam pengumuman kerajaan BN di Hulu Selangor), itu tiada kaitan dengan SPR,” katanya.
Menurut Wan Ahmad, keputusan untuk tidak melantik lagi Mafrel tiada kaitan dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kelmarin, yang mendakwa Mafrel tidak layak memantau pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Noh mendakwa Mafrel bukan satu badan berwibawa kerana mengeluarkan kenyataan sebelah pihak semata-mata.
“Ini kerana kami telah membuat keputusan itu lebih awal lagi,” katanya.
Wan Ahmad berkata, SPR telah berulang kali meminta Mafrel supaya mengemukakan laporan kepada SPR selepas berakhirnya setiap pilihan raya kecil tetapi tidak diambil berat.
“Kita telah memberi peringatan demi peringatan kepada Mafrel supaya menghantar laporan tetapi sejak sembilan pilihan raya kecil, bermula dari Permatang Pauh tiada laporan yang diterima SPR,” katanya.
“Itu syarat pelantikan Mafrel oleh SPR, menghantar laporan pemantauan... sejak pilihan raya kecil Permatang Pauh (pada Ogos 2008) sehingga pilihan raya kecil Bagan Pinang tahun lalu, Mafrel tidak menghantar laporan walaupun diminta berbuat demikian,” tambah Wan Ahmad dengan menyifatkan Mafrel telah “mereka melanggar syarat pelantikan.”
Terdahulu dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider, Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh menegaskan tiada mana-mana pihak sama ada SPR ataupun ahli politilk termasuk Noh berhak untuk menghalang daripada membuat pemantauan perjalanan pilihan raya.
Bagaimanapun Syed Ibrahim berkeyakinan kerjasama baik sedia terjalin antara pihaknya dengan SPR akan berterusan untuk melihat perjalanan pilihan raya bebas dan adil bagi semua.
“Apa yang dikatakan oleh Datuk Noh adalah hak beliau dan kami pun ada hak untuk memberikan pandangan,” kata beliau.
Semalam Noh menggesa SPR supaya mengkaji semula peranan Mafrel sebagai pemantau bebas pilihan raya atas alasan ia menjadi alat kepada parti pembangkang kerana didakwa tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya dan tidak layak dilihat sebagai sebuah badan yang benar-benar menyalankan peranannya.
Noh berkata Mafrel sepatutnya menegur kedua-dua sekali, bukan hanya BN kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat juga mengagihkan geran tanah kepada penduduk tetapi tidak ditegur.
Beliau mempertikaikan kredibiliti Mafrel yang menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor yang didakwanya menyalahi peraturan pilihan raya.
Jelas Syed Ibrahim, Mafrel telah menjalankan peranannya sejak 2001 termasuk pilihan raya negeri Sarawak pada 2006 dan siri pilihan raya kecil.
“Kami memantau dari luar dan dari dalam lingkungan hari pilihan raya. SPR mengiktiraf kami dan meminta kami memantau pada hari pengundian.
“Jadi kami membuat kerja sepanjang masa dan dari dalam ketika hari pengundian. Apa yang tidak betul kami tegur dan laporkan dan apa yang baik kami kata baik,” katanya.
Oleh itu tegas beliau, Mafrel tidak terikat dengan mana-mana pihak.
17 comments:
apabila fraksi PKR dalam PAS berkata2, bak taik dicampur mentega... sama buruk perangai dengan pemimpin PKR
dah la tu..dah mula la tu..nak cari alasan la kononnye PRK hulu selangor ni tak telus la ape la..
agaknye PR da merasa bahang2 kekalahan teruk kat hulu selangor..awal2 lagi da buat strategy nak timbulkan persepsi yg PRK tak telus dgn isu ni..
bukan ade wakil dua2 belah party ke mase proses pembuangan undi nanti?
he,he ubn dah merasa bahang prk hulu selangor! baru tahu bahawa rakyat telah mengenepikan mereka. program yang dianjurkanoleh bn tak mendapat sambutan.
mailkalumpang
...SPR bangang tahap cipan....sanggup bdn nie menjadi kuda tunggangan umno??...xde maruah ke??..hancur sistem demokrasi kat malaysia nie...
"SPR menjadi kuda tunggangan UMNO." kata si TB...
Abistu yg PR menang smp 7kali PRK tu hape? SPR tak adil lgker... Yg PR menang besa kat PRU2008 tu hape? SPR takadil lg???
Aku takpaham la korg, seme bende nak disalahkan org. Inila yg aku buat menyampah kat PR lg. Jenis mmg tak bersyukur
LOBANG JUBOR Saiful akan dikerahkan oleh umno ke Hulu Selangor sebagai bahan kempen BN..
PR ni mmg bodoh2 belaka..
suma org da tau..
bila menang, dia ckap kuasa rakyat menyokong PR menolak BN..
bila kalah, sprm tak adil..undi hantu, jin, setan, pocong suma kuar..
standard la..masih tak mengaku kalah, tak dapat terima keburukan sendiri..
ckap BN rasuah, tp die tak hebat jugak gejala derma dia..pastu org dedahkan dgn bukti pastu marah bukak keaiban org..yg dia bukak keaiban org tu takpe..
KESIMPULAN nye, PR ni boleh la dilabelkan sbg 3P:
-PELACUR AGAMA,
-PENGKHIANAT BANGSA,
-PEROSAK NEGARA..
anti-firaun.
Dah mula dah,..
bila PR menang SPR bagus,adil,bijak dsb,..
bila PR kalah,.SPR barua UMNO,pelacur,berat sebelah dsb,.
Sedangkan BN tidak pernah menyalahkan SPR bila kalah di 7 PRK,.
rakyat bleh lihat sejelas-jelasnya siapa MUNAFIQUN,..
betul dino...aku sokong hang
apa2 biarlah sentimen mengatasi segala...
macam spr tolak mafrel,
macam speaker tolak hujah karpal,
apa yang dicakap x penting,
siapa yang bercakaptu lebih penting
hidup ketuananku...
PR dh start berkokok kate ade pengundi hantu,plhnry xtelus,bg sogokan n mcm2..sumenye sbb dh tau xde harapan nk mng..
nuar plak kuarkn isu br..kate pdrm ade yahudi masuk..strategi politik murahan utk bg persepsi yg gov kwn yahudi..tuduhan2 bekas kwn2 baik ko xnk plak ko jwb ye nuar al juburi..bodo la ko ni nuar..
mmg PR parti hipokrit paling besar kt dunia ni..bab2 membohong,menipu,memfitnah bg kt PR..tula PR..masing2 otak dh kne liwat dgn NUAR al juburi..
'ANWAR HARUS BERTAUBAT'-KAPAL SINK
semoga melayu semua bertambah bodoh....
kah kah kah kah kah kah .....
nasib abaik aku bukan melayu.....selamatttt.....
tak pa depa gugurkan MAFREL kita lantik berjuta2 rakyat Malaysia jadi pemerhati bebas
suma mesti "on" camera sentiasa
'on' henpon, 'on' telinga, 'on' mata, 'on' jugak kepala otak,
dapat BUKTI kemukakan terus ke mahkamah 'rakyat' malaysia
ada berani????????
pencacai umno guna komputer dipejabat untuk buat komen? boleh lihat pola komen mereka tinggi antara 8pg hingga 7ptg. malulah sikit!
Biasalah cik mankeldai dapat duit lendir rakyat sikit nak bayar minyak buat pergi kerja.
Masa PR menang dulu pun sebab sambutan keatas PR terlalu tinggi mungkin tiada kesempatan nak cilok peti undi atau nak bawak peti undi hantu. Bagan Pinang pun sebab undi POS kalau takde undi POS lingkup lagi umnobn. Rakyat tahu dan tahu.
Kenyataan Najib tempohari kemenangan PRK Hulu Selangor amat penting untuk kekalkan momentum kepercayaan rakyat sudah nampak langkah terdesak umnobn untuk menang walau apa cara sekalipun.
Pemecatan MAFREL memang mengejutkan malah beruk-beruk sama suku dengan pencacai umno pun terkejut jugak kerana satu langkah pemecatan yang sangat drastik tanpa alasan melantik badan yang berkecuali untuk memantau ketelusan PRK.
Ada beruk-beruk dihutan mencadangkan pada saudara seberuknya untuk melantik PERKASA menjadi pemantau pilihanraya agar hak ketuanan melayu tidak jatuh ketangan AP MIC masa pilihanraya nanti.
Jadi pencacai umno yang bersemangat kemelayuan ni...dengarlah saranan saudaramu dihutan agar PRK HULU SELANGOR mahupun PRU 13 ini pastikan tiada pemimpin dari kaum lain bertanding bagi menjamin ketuanan melayu kalau tidak jangan nak melalak soal ketuanan melayu.
pok jib lantik mat jidin jadi pengarah piliharaya bn hulu selangor tetapi kelmarin dia dah buat kenyataan calonya dari mic! terlopor mat jidin! najib pulak dah terbang keluar negara. kalau betul ada arahan calon mesti mic nampaknya ia telah mengenepikan sentimen pengundi semasa hulu selangor. hancurlah bn kalau begini, pemimpin tak mahu dengar akar umbi!
usoplaksa
usoplaksa...laksa1malaysia tak mau...laksa penang ok.
BN akan menang di Hulu Selangor. PR akan kalah tergolek. Percayalaa...
Post a Comment