"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Showing posts with label Bakaq Tarik Beca. Show all posts
Showing posts with label Bakaq Tarik Beca. Show all posts

Tuesday, August 12, 2008

Bakaq a.k.a ~penarik beca Kembali..!

Kayuh cermat jiwa selamat,
Gatal jari tangan digari,

Kalau memblog tidak berhemat,

Dicekup polis di malam hari.

Memang. Memang saya tak puas hati ditangkap. Saya tak puas hati kerana saya bukannya ditangkap kerana memperjuangkan nasib mustadh'afin (the oppressed atau golongan tertindas).

Saya juga bukannya ditangkap kerana memperjuangkan golongan terpinggir (the marginalised). Bukan kerana menentang rasuah, penyelewengan, penyalagunaan kuasa dan bukan kerana memperjuangkan Malaysia baru yang lebih bertamaddun akhlaknya. Bukan, bukan, bukan!

Saya dicekup polis di malam hari kerana kesilapan bangang (stupid mistake).

Saya bangga?

Nak bangga apa?! Tangan digari kerana gatal jari. Saya tak bangga sikit pun. Menyusahkan anak bini aku ja. Menyusahkan kawan-kawan aku. Tak pasal-pasal depa kena berkumpul di hadapan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) kerana kesilapan bangang aku. Saya merayu kemaafan mereka. Merayu sangat-sangat!

Saya juga tak bangga copy and paste crest puaka tu. Nak bangga apa?! Kesilapan bangang.

Saya pun dah delete crest puaka tu dari posting bertajuk "Kenapa tak usik Raja Petra?" Saya dah malas nak ingat benda tu.

Saya nak jadi orang yang sama

Ketika saya diberitahu sebab penangkapan saya, saya terus beritahu pegawai-pegawai polis yang menangkap saya, "Kalau yang ni, aku tak nak bela diri aku". Sejak saat pertama saya diberitahu sebab penangkapan saya, itulah jawapan dan perasaan saya.

Saya hanya nak jadi bakaq a.k.a. ~penarik beca yang sama. Kalau di JSJK saya kata saya tak bangga dan saya kesal (alahai, di bangunan itu jugalah terletaknya Kementerian Dalam Negeri dulu, di mana saya berkhidmat dari 2 Mei 1980 hingga 31 Disember 1983), di luar pun saya cakap perkara yang sama juga.

Saya tak kata saya kesal sebab saya nak bodek polis yang tangkap saya supaya mereka tak debik saya atau sumbat saya lama-lama dalam lokap. Saya tak perlu bodek polis. Nasib saya bukan di tangan mereka.

Kalau Allah s.w.t. yang dikasihi mentaqdirkan saya akan didebik macam anjin kepala buruk dan diterajang masuk lokap sampai mampuih, kalau itu taqdir Allah terhadap saya, bodeklah polis sampai berguling-guling atas tanah pun, itulah nasib yang terpaksa saya harungi.

Kalau Allah tidak mentaqdirkan saya disiksa bagai di neraka, buatlah apa pun, bulu roma pun tak gugur. Nasib saya di tangan Allah yang saya sembah.

Saya orang, bukan plastik

Saya tak ingat apa depa kata dengan tepat. Tetapi beberapa pegawai polis yang tangkap dan siasat saya dan juga pegawai-pegawai lain, termasuk ACP Kamaruddin Md Din bagaikan berkata kepada saya, "Gamak hang buat gitu kat lambang yang kami letak atas kepala kami!"

Saya beritahu mereka, bukan saya buat. Saya gatai tangan copy and paste crest puaka tu. ACP Kamaruddin memang marah kat saya. Tetapi, dia tak debik saya. Sama seperti kita, dia pun orang jugak, bukan robocop yang mungkin dicipta supaya tidak berperikemanusiaan.

Bila depa kata gitu, saya orang, bukan plastik. Saya rasa rasa kesal sangat. Sebab itulah saya beritahu Malaysiakini:
"Saya memohon maaf mana-mana yang tersinggung kepada semua (anggota) polis. Tetapi tulisan dalam artikel itu saya pertahankan," katanya.

"Saya rasa saya tidak patutlah meletakkan lambang itu."

"Apabila disebut (dalam siasatan) tentang lambang (PDRM) itu, saya langsung tidak mempertahankan. Saya kesal dan saya tidak pertahankan. Kalau ada orang bertanya bab itu, saya malas layan lagi," tambahnya.

"Saya kesal, dan saya balik, saya mahu buang."
Semalam pun saya mohon maaf lagi dalam berita Malaysiakini bertajuk "Blogger apologises for lampooning police logo".

Ni saya nak mohon maaf lagi. Saya memohon maaf kepada seluruh anggota polis kerana copy and paste crest puaka itu dalam posting berkenaan. Saya mohon maaf sungguh-sungguh!

Mengelak didakwa?

Adakah saya beria-ia memohon maaf kerana mahu mengelak didakwa? Dakwa tak dakwa bukan urusan saya. Itu urusan undang-undang. Saya tidak ada kuasa nak ubah undang-undang.

Saya mohon maaf dari dhamir saya

Saya pun ada kelemahan. Bila saya diasak pelbagai persoalan oleh polis mengenai crest puaka itu, saya teringat sangat kat mak mertua saya. Saya dok teringat, macam manalah agaknya kalau mak tahu (memang dia dah tahu pun).

Saya jahat. Mak mertua lebih tahu dari orang lain bahawa anak dia bersuamikan orang jahat. Tetapi, jahat-jahat saya pun, saya tak mahu menyakitkan lagi hati mak, walaupun saya tahu dia amat merana sejak saat pertama dia menerima saya sebagai menantunya.

Menyakitkan hati mak mertua saya sama seperti menderhakainya. Menderhakainya sama seperti saya menderhakai mak yang melahirkan saya. Sama seperti saya menderhakai Fatimah Az-Zahra 'a.s. yang sangat-sangat saya kasihi, puteri RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wa alihi wasallam yang teringin sungguh hati saya hendak memanggil bonda kepadanya, tetapi saya tak berani kerana orang jahat selama-lamanya tidak layak memanggil bonda kepada Fatimah yang suci.

Mak mertua saya isteri anggota polis. Isteri saya dan adik-adiknya dibesarkan dan disekolahkan dengan gaji seorang anggota polis - abah yang dikasihi. Sebab itulah saya takut sangat mak mertua saya tahu sebab apa saya ditangkap. Tapi nak buat macam mana, mak dah tahu.

Good cop, bad cop

Saya berkali-kali memberitahu kepada pegawai-pegawai polis di JSJK, yang saya lawan ialah polis yang jahat.

Pasukan polis juga seperti yang lain. Ada baik, ada jahat.

Dalam PAS yang saya sokong pun ada yang baik. Ramai juga yang jahat. Dalam Umno juga ada yang baik, ramai yang jahat. Malah di masjid pun ada yang baik dan ada yang jahat. Ada yang pergi masjid kerana hendak mendedakatkan diri kepada Allah - qurbatan ilaLlah. Mereka baik.

Tetapi, ada juga yang pergi masjid kerana hendak curi kasut. Itu jahat.

Begitu juga dengan pasukan polis. Selepas ini saya akan sebut, i am targetting the bad cop. Polis baik saya tidak akan sakiti lagi hati mereka. Kalau saya buat begitu, saya yakin Allah s.w.t. yang dikasihi pun tak suka.

Takat ni dulu. Saya nak kena pi lagi JSJK. Saya nak pergi dan balik sebagai bakaq a.k.a. ~penarik beca yang sama. Seperti yang saya janjikan kepada majistret ketika merayu supaya reman ke atas saya dikurangkan dari lima hari dan majistret bagi dua hari sahaja, saya bersedia berkerjasama sepenuhnya sepanjang yang berhubung penangkapan saya. Berhubung dengan penangkapan saya sahaja.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang bersimpati terutama yang bersusah-payah. Terima kasih tak terhingga.

Sinaaar!!!

~penarik beca

Monday, August 11, 2008

Bakaq@~penarik beca Mungkin Dah Lupa!

Lama jugak teman tak kemaskinikan blog teman ini.Hari ini teman nak cuba buat entri baru. Teman mencuba nih!. Harap harap , percubaan teman tak lingkup ditengah jalan!

Di kesempatan ini saja teman nak beritahu, teman jenis yang selalu ketinggalan keretapi.Selepas sehari Bakaq Haq aka Penarikbeca ditahan polis, seorang kawan telah menalipon memberitahu teman tentang penangkapan sahabat kita itu.

Terkejut juga teman mendengar khabar buruk yang menimpa si Bakaq. Kawan yang menalipon hanya memberitahu pada teman ,Bakaq ditangkap tapi bila teman tanya apa kes, dia sendiri mengaku tak tahu punca sebenarnya.

Dalam keadaan itu , tak banyak yang dapat teman lakukan . Hanya sempat teman berdoa agar Bakaq dibebaskan segera. Teman tahu walaupun bakaq bukan jenis manusia yang banyak harta tapi dia hampir mustahil merompak bank untuk belanja hidup. Dia juga bukan jenis manusia yang punya potensi untuk ditahan kerana rasuah kerana dia tak pernah pegang jawatan penting dalam syarikat korporat atau kerajaan.

Selepas beliau dibebaskan dari tahanan polis, barulah teman tahu punca beliau ditahan. Teman mengeluh dan bertanya pada diri sendiri, adakah Bakaq sudah lupa di antara makluk yang suci di dunia ini, ialah Polis, khususnya Polis Malaya.

Sebagai Pasukan Polis Malaya yang suci lagi menyucikan terutama ketuanya yang lahir dari benih Ulamak Tajwid dan Taranum, sepatutnya Bakaq jangan sentuh walaupun seinci kesucian Polis Malaya. Tanpa polis yang serba suci lagi menyucikan, rakyat Malaya akan hidup dalam ketakutan kerana para samseng dan penyamun bebas melakukan apa saja yang merasuk dalam minda mereka. Tapi lihatlah Bakaq Ooii, Malaya cukup aman. Rakyat Malaya merasa cukup selamat di waktu tidur dan jaga berkat kesucian Polis Malaya.

"Bakaq ooii , di Malaya mana ada kes rompakan, rogol, penculikan, samun menyamun ,pengedaran dadah dan yang seumpama dengannya. Semua penyamun , perogol, peliwat, dan penjahat telah lama bersara dari professi masing-masing kerana takutkan 'bala' dan 'daulat' dari makluk suci dan menyucikan. Itulah sebab, Malaya boleh berbangga kerana kadar jenayahnya adalah sifar. Masihkah Bakaq tak faham-faham lagi?".

Mungkin semasa Bakaq ditahan untuk di siasat, setiap pegawai Polis telah memberi kerjasama yang secukupnya. Teman bayangkan, pegawai polis yang suci dan menyucikan telah menempatkan Bakaq dibilik tahanan yang seumpama bilik hotel 5 bintang. Dalam imaginasi teman, Bakaq telah dilayan dengan penuh sopan oleh pegawai polis yang suci dan menyucikan.

"Maaf Bakaq, teman macam terasa hang telah mengeluarkan setempayan airmata kerana tak sanggup meninggalkan bilik tahanan yang indah serta selesa dan pegawai-pegawai Polis yang telah memberi layanan penuh sopan santun kerana sifat mereka yang suci dan menyucikan.Tapi Bakaq, nak buat macam mana, hang terpaksa keluar jugak. Ini juga merupakan bukti bahawa pegawai-pegawai polis yang suci dan menyucikan adalah begitu baik hati.Makluk-makluk suci lagi menyucikan maha mengetahui bahawa anak-anak dan isteri tercinta hang , mahukan hang pulang ke pangkuan mereka".

"Oleh itu bersujud syukurlah bakaq, kerana hang telah dikeluarkan dari tahanan selepas dua malam menginap di bilik tahanan yang selesa dan indah dan di kelilingi oleh makluk yang suci lagi menyucikan".

Sebagai penamat bicara, teman pula nak tabik pada makluk-makluk yang suci lagi mensucikan kerana mulai hari ini teman semakin seriau dengan 'karomah' pasukan mereka. Mungkin teman nak cipta wirid baru untuk amalan harian yang lebih kurang begini bunyinya: " Ya, makluk suci lagi menyucikan,mohon ampun atas segala kesilapan".

(Nota: teman teringat sebaris lagu yang teman lupa penyanyinya yang lebih kurang begini bunyinya : "ala-ala Datuk, jangan saman")

-SHEIKH TELUK INTAN DAN LAPTOPNYA

Pesanan dari Penarik Beca

Assalamualaikum dan salam perjuangan,

Buat sementara waktu ini abah saya tidak dapat untuk update blog ini, berikutan kes hari itu. Komputer peribadi (bukan laptop) dan juga modem diambil oleh pihak polis sebagai barang siasatan. Jadi tiada sebarang penulisan dari abah sehinggalah masalah komputer dan modem ini selesai.

Abah saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat, dorongan dan simpati terhadap abah. Sesungguhnya hanya Allah swt yg dapat membalasnya.

Berkenaan posting yang mengheret abah ke lokap baru-baru ini, abah saya memang menyesali dengan tindakannya meletakkan atau dalam kata lain "copy-paste" logo didalam posting tersebut. Walaubagaimana pun, abah tetap mempertahankan kenyataan dan ulasan yang dibuat didalam postingnya dan tidak akan sekali-kali menarik semula kenyataan itu. Abah berjanji akan buang crest itu bila masalah komputernya selesai. Insya-Allah, harap bersabar.

My dad wish a new malaysia for all and a reformed malaysian police, he also tenders his apologies to the entire police force. Dad told me, "i'm a dreamer, damn dreamer". Abah dah sedia didakwa dan menghadapi kemungkinan dihukum penjara. Keluarga juga insya-Allah akan bersedia menghadapi segala kemungkinan. Abah juga kirim salam untuk semua dgn lafaz assalamualaikum.

Kami anak-anak abah juga Umi, sentiasa memberi sokongan kepada abah, kerana kami tahu abah melakukan perkara yang betul (kecuali logo tersebut, saya sependapat dengan abah, kami memang kesal) cuma kami agak terkejut ketika dikhabarkan berita penangkapan tersebut. Yang paling kami risaukan adalah masalah kesihatan abah, yang lain-lain saya tahu abah pasti dapat tangani dengan baik. Bukanlah saya terlalu yakin tanpa asas hanya semata-mata kerana dia adalah abah saya. Tapi saya menilainya sebagai seorang yang matang, berpendirian tegas juga tak gusar jika perkara yang dibawa itu adalah benar. Walaupun kami jauh dari rumah, kami (saya dan baqir) sentiasa berada disamping umi dan abah(iyah dan sadiq juga) pada setiap saat dan ketika, jatuh atau bangun, sakit atau sihat, sedih atau gembira.

Doa dan harapan kami hanya satu, semoga kebenaran akan terbukti dan kajahilan akan jatuh disaksikan seluruh alam. Kerana yang melaksanakan adalah Allah swt kita manusia hanya merancang. Walau selicik mana pun kita merahsiakan kekufuran dan kezaliman kita, pasti satu hari Allah akan membukanya satu persatu.. Pasti!!! Tunggu dan lihat sahajalah saat itu..

Salam Perjuangan,
Kak Long
Tanjung Malim.

~penarik beca

Sunday, August 10, 2008

PDRM dan Penarik Beca – Anjing Makhluk Allah Istimewa dan Mulia

(Bulan Penuh 2012) - Blogger ~penarik beca merengkok 2 malam dalam lokap polis kerana menyiarkan gambar logo polis yang telah diubahsuai. Laptop dan handphone beliau juga turut menjadi mangsa. Khabarnya polis menahan beliau atas kesalahan menghasut.

KPN Musa Hassan muncul di kaca TV pada hari Ahad memberitahu kita bahawa Penarik Beca menghasut rakyat untuk membenci polis. Katanya, posting ~penarik beca bertarikh 14 Julai 2007, menjejaskan reputasi PDRM sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang dan pemelihara ketenteraman awam.

Dalam penulisan artikel ini saya tidak mahu menyebelahi sesiapa, baik Musa mahupun Penarik Beca. Terlalu banyak yang telah diperkatakan mengenai dua orang hamba Allah s.w.t ini di mana-mana. Biarlah rakyat menjadi hakim di dunia ini dan di akhirat kelak Allah s.w.t akan menghakimi perselisihan mereka berdua.

Tetapi saya harus berlaku adil terhadap anjing. Ya! Logo asal PDRM yang berlogo harimau itu tiba-tiba hilang harimaunya dan gambar seekor anjing mulut ternganga menggantikan tempatnya.

Kehilangan Harimau dalam logo itu membangkitkan kemarahan Musa Hassan, dan penempatan gambar anjing menyebabkan Musa Hassan dan orang bawahannya merasa terhina.

Penghinaan kepada anjing?

Jelaslah mentaliti Musa Hassan dan anggota bawahannya masih di takuk lama. Percaya harimau melambangkan keberanian manakala anjing bermaksud sial, barua, hamba tebus, najis, perkakas dan pencacai.

Mentaliti ini amatlah tidak adil kepada kedua-dua haiwan tersebut.

Di zaman serba maju ini harimau lebih banyak di zoo dari hidup liar di belantara. Banyak yang sudah jadi jinak mengalahkan jinaknya kucing-kucing siam.

Bagi anjing pula, taraf pencacai sebagaimana yang diberi kepada anjing-anjing buruan zaman purbawara sudah tidak sesuai lagi. Banyak kajian menunjukkan bahawa anjing adalah sahabat manusia yang paling setia.

Malah sesetengah anjing terlatih mempunyai kepakaran yang lebih hebat dari manusia kebanyakan, umpamanya anjing-anjing pengesan dadah.

Tanpa anjing-anjing sebegini, tidak mungkin anak-anak buah Musa Hassan dapat merampas dadah bernilai RM4 juta di Johor baru-baru ini.

Maka amatlah tidak wajar Musa Hassan berasa tersinggung dengan penggunaan gambar anjing di logo PDRM itu. Mungkin posting Penarik Beca membawa maksud sebaliknya iaitu memuji kehebatan, kepakaran dan kepatuhan juak-juak Musa Hassan.

Sebagai perbandingan, harimau mungkin lebih gagah dan hebat dari anjing, tetapi apa yang pasti ia tidak sekali-kali dapat menandingi kepakaran dan kepatuhan sang anjing.

Nampaknya hakikat ini tidak dapat tidak dapat difahami oleh Musa Hassan dan juak-juaknya. Tidak faham sebab salah tafsir. Salah tafsiran itu pula membawa maksud menghina.

Timbullah pula persoalan di benak saya bahawa Musa Hassan wajar meminta maaf kepada anjing-anjing (macam mana caranya fikir sendiri) dan juga pencinta anjing di seluruh dunia atas penghinaan ini.

Penghinaan Musa Hassan terhadap anjing amatlah memalukan. Sepatutnya Musa Hassan menerima logo bergambar kepala anjing itu dengan hati terbuka dan berlapang dada.

Anjing lambang orang-orang soleh?

Musa Hassan juga patut berbangga kerana anjing juga melambangkan perangai dan amalan orang-orang yang soleh dan dekat kepada Allah s.w.t.

Ini bukan rekaan saya dan Musa Hassan bolehlah merujuk kepada ayahnya sendiri tentang keistimewaan makhluk Allah s.w.t bergelar anjing sehinggakan namanya disebut dalam Al-Quran dan menjadi bacaan umat Islam sehingga ke hari kiamat.

Untuk tujuan artikel ini, saya ingin memajukan kepada Musa Hassan dan juak-juaknya tentang SEPULUH ciri-ciri, sifat-sifat dan perlakuan mulia anjing yang boleh disifatkan menyamai amalan orang-orang soleh yang sentiasa ada Allah s.w.t di hatinya.

Seorang ulama bernama Hassan al-Basri r.a pernah mengatakan bahawa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.

Makan setelah lapar, berhenti sebelum kenyang

Pertama; anjing itu sentiasa lapar, ia jarang makan sampai kenyang apatah lagi tidur tergolek dalam kekenyangan.

Sifat ini adalah sama dengan sifatnya orang-orang soleh. Mereka makan hanya apabila berasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Tawakkal dan mengembara

Kedua; anjing tidak mempunyai tempat yang tetap. Ia selalu berpindah randah mengikut keperluan hidupnya.

Sifat ini adalah sifat orang yang bertawakkal kepada Allah. Mereka mengembara ke merata-rata tempat untuk menuntut ilmu dan menyampaikan dakwah Islamiyyah.

Tidur yang sedikit

Ketiga; anjing tidak tidur di waktu malam, melainkan sedikit sahaja. Dia selalu berjaga-jaga.

Sifat ini sama seperti sifat orang-orang soleh yang cintakan Allah s.w.t, di mana mereka sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah s.w.t.

Zuhud

Keempat; jika anjing mati, dia tidak ada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewarisi.

Sifat ini adalah sama dengan sifat hamba-hamba Allah yang zuhud. Mereka membelanjakan semua harta ke jalan Allah s.w.t sehingga tiada pusaka untuk diwarisi.

Tidak marah tidak merajuk

Kelima; anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan diri dari tuannya sekalipun dipukul atau dimarahi.

Sifat ini adalah sama dengan sifat pelajar-pelajar yang siddiqin yang sedang menuntut ilmu dengan gurunya. Tidak marah dan tidak merajuk sekalipun kesabarannya diuji dengan pelbagai ujian.

Tawadduk, redha dan tidak sombong

Keenam; anjing lebih redha dan rela bertempat di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia.

Sifat ini adalah sama dengan sifat-sifat orang-orang yang tawadduk, suka merendah diri dan tidak sombong diri.

Tiada dendam

Ketujuh; Jika tempatnya diambilalih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, anjing akan berpindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau menaruh dendam.

Ini adalah sama dengan sifat orang-orang soleh yang sentiasa redha dengan bahagiannya yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

Khusyuk

Kelapan; Jika anjing dipukul, dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan, ia menerimanya dengan hati terbuka. Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang telah berlalu.

Sifat ini adalah sama dengan sifat orang-orang yang khusyuk.

Redha rezeki Allah

Kesembilan; jika anjing melihat manusia makan, ia melihat sahaja dari jauh, tidak meminta-minta atau mengganggu. Jika diberi, ia makan. Jika tidak diberi makan, ia akan berdiam sahaja.

Ini adalah sama dengan sifat orang-orang miskin yang redha akan pemberian rezeki oleh Allah s.w.t.

Istiqamah

Kesepuluh; jika anjing berjalan atau pergi dari tempat asalnya, ia tidak menoleh ke belakang dan terus berjalan.

Ini adalah sama dengan sifat orang-orang susah yang istiqamah mencari keredhaan Allah s.w.t.

Demikianlah sepuluh sifat mulia yang ada pada makhluk yang kita gelar anjing dan Hasan al-Basri menyifatkannya sebagai bersamaan dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh orang-orang yang soleh.


Berbalik kepada isu penangkapan blogger Penarik Beca tadi, saya fikir Musa Hassan telah tersalah tafsir atau tidak pernah diberitahu akan kemulian anjing sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama besar itu.

Jelas Musa Hassan dan juak-juaknya telah tersalah tafsir dan menyangka gambar anjing di logo PDRM itu sebagai menghina dan menghasut sesuai dengan fahamannya bahawa anjing itu najis, kotor, patuh membuta tuli dan sebagainya.

Jika Musa Hassan berlapang dada dan merujuk kepada mufti-mufti atau ulama-ulama yang jujur, saya fikir tidak mungkin polis akan melokapkan Penarik Beca apatahlagi mengenakan dakwaan menghasut ke atas beliau.

Bagi kita yang turut tersalah sangka bahawa blogger ini bertujuan menghina polis, marilah kita sama-sama beristighfar dan memohon maaf kepada blogger Penarik Beca.

Atas kejahilan sendiri, kita tidak tersedar bahawa Penarik Beca sedang berdakwah dengan menggunakan gambar anjing supaya kita menteladani kemuliaan dan kesolehan makhluk-makhluk yang kita gelar anjing itu.

Terima kasih Penarik Beca dan saya memohon maaf atas kejahilan ini. Saya akan berusaha mengambil iktibar dari sifat-sifat mulia anjing itu walaupun saya tidak pernah membela seekor anjing pun di kediaman saya. Semoga dakwah saudara turut terkesan dan berjaya melembutkan hati Musa Hassan dan anggota-anggota polis yang berada di bawah kekuasaannya.

-Bulan Penuh 2012

Saturday, August 09, 2008

Kenduri kesyukuran untuk brader Bakaq

All right! Brader Bakaq pun dah lepas tapi mungkin ramai dari kita yang masih tak tau hujung pangkal apa yang berlaku. Kita pun tak tau lepas ni, sapa pulak yang kena. Aku dok rasa, kalau BN makin teruk, mungkin depa akan lebih kelam kabut. Masa tu, depa tak peduli dah, mungkin sapu saja sapa yang ada.

Bila ramai member-member yang cadangkan kita lakukan sesuatu, memang patut kita buat sesuatu. Apa yang perlu dibuat, kita boleh bincang sama-sama. Tapi bila? kat mana? Macam mana?

Nak kumpul bloggers ni pun satu hal. Satu Kuala Lumpur, satu Kuala Krau, satu Kuala Kangsar. Jadi aku pakat dengan member kat Permatang Pauh, kot-kot boleh organise satu perjumpaan diantara bloggers. Dan dia pun bersetuju. Dan dia sedang mencari tempat yang sesuai, nak cari orang bancuh teh, cari orang buat roti jala.


Agenda utama ialah doa kesyukuran brader Bakaq dah bebas dan kita minta brader Bakaq hadir untuk jadi penceramah utama.Lepas tu, kita lantik sorang fasilitator, dan bincang la apa yang patut dibuat. Jangan jadi macam mesyuarat cawangan Umno dah la.

OK, tentatively, majlis tu akan dibuat seperti berikut.

Tarikh: 16.8.08
Masa: 4 petang (seebelah pagi, kita tengok Hari Pencalonan Pilihanraya Permatang Pauh)
Tempat: akan diberitahu kemudian.


Ini cuma cadangan, dan kalau ada idea-idea lain, tolong bagi tau. Dan sapa-sapa yang boleh hadir, minta confirm kehadiran. Takut nanti, buat kuah roti jala sebelanga, yang datang berduyun.

-Republik Kata

Saya Tidak Percaya Penarik Beca Ditangkap Hanya Kerana Logo

Saya tidak percaya Penarik Beca ditangkap hanya kerana Logo Polis yang diubahsuai menganddungi kepala anjing. Secara jujur , pada mulanya saya ingatkan ianya gambar beruang.

Saya tidak percaya kalau kandungan berita tidak langsung diambil kira.

Yang membuatkan saya tidak percaya adalah persoalan mengapa penarik Beca dibawa ke "Commercial Crime Division" (Jenayah Perdagangan).

Apa kaitan logo kepala anjing yang macam beruang itu dengan Jenayah Perdagangan?

Yang mana lebih berkaitan dengan Jenayah Perdagangan, logo grafik atau "E-power Force Solution" ?

Apa kaitan penagkapan di atas Akta Hasutan dengan jenayah Perdagangan?

Adakah dia menghasut rakyat supaya jangan berdagang menggunakan matawang ringgit dan sebaliknya menggunakan Dinar?

Adakah dia menghasut rakyat supaya membenci Menteri Kewangan yang telah melacurkan nilai ringgit sehingga terlalu dibawah nilai sebenar?

Atau mungkin polis meminta bantuan unit Jenayah Perdagangan supaya memastikan logo anjing itu bukannya daripada iklan Nuffnang?

Kalau Nuffnang paparkan iklan logo anjing itu, kita semua kena tangkap?

Banyak persoalan yang timbul, harap Bang Bakaq sendiri jelaskan.

-Hasbullah Pit