
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Friday, January 15, 2010
PAS Bakal Dapat Sokongan Majoriti Pengundi Bukan Islam Kerana PAS Berpegang DEngan Al Quran
Bahagian artikel yang sangat menarik hati saya adalah apabila penulis mengatakan bahawa PAS bakal mendapat sokongan padu Bukan Islam kerana PAS berpegang dengan Al Quran.
Penulis berkata walaupun majoriti orang Melayu tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan isu “Kalimah Allah-The Herald”, PAS lebih istiqamah dan lebih condong kepada mengikut apa yang ditetapkan syariat Islam dari mengikut sentiment pengundi Melayu.
Ini kerana rekod PAS semenjak penubuhan adalah PAS akan sentiasa mengikut kehendak Al-Qur'an dan Hadeeth, tidak kira siapa pun yang memimpin PAS (samada yang memimpin PAS itu pro sosialis (Dr Burhanuddin Helmi) atau Nasionalis (Dato Asri Haji Muda) ataupun Islamis (Kepimpinan Ulama).
Dalam isu "Kalimah Allah-The Herald", jelas syariat Islam TIDAK MENGHARAMKANNYA. Penentangan UMNO dan NGO2 Islam adalah berasaskan kepada semangat NASIONALISMA MELAYU semata-mata. Bukan atas dasar Islam.
Maka, mengikut penulis, berkat dari istiqamahnya PAS dengan Al-Qur'an dan Sunnah, maka PAS bakal mendapat laba yang besar dari sokongan bukan Islam.
Adapun sokongan Islam, sokongan yang PAS dapat selama ini tidak akan berkurang kerana tidak mungkin orang Melayu yang pro Islam akan mengundi UMNO. Mereka yang pro Islam tidak akan sanggup mengundi parti yang menghalalkan judi dan arak seperti UMNO.
Pengundi2 muda dan atas pagar Melayu juga akan condong kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim kerana jelas pemimpin2 Pakatan Rakyat lebih baik untuk kestabilan negara dan ekonomi.
Insya-Allah selepas ini orang bukan Islam di Malaysia tidak akan menentang usaha menjalankan hukum syariah asalkan hukum syariah tidak dikenakan ke atas mereka.
Ikuti artikel tersebut di bawah :
Tulang Besi
PAS’ true colours appeal to non-Muslims — The Malaysian Insider
JAN 15 — Since its inception in 1951, PAS has always been seen as an Islamist party focused on the Malay heartland and with just one aim: To set up an Islamic state.
That changed when the Roman Catholic Church sued the Barisan Nasional government in late 2007 to regain its right to use the term “Allah” to describe the Christian God in Bahasa Malaysia.
The Islamist party has already publicly backed the Catholics, citing the fact that the Quran does not prohibit the usage. But its support now comes at a cost within its own Malay/Muslim base.
Anecdotal evidence suggests that a majority of Malays/Muslims — who form 60 per cent of the country — disagree with the Dec 31 High Court ruling. The bulk of them are PAS supporters.
So why is the PAS leadership doing this, countering their image as a group of hard-line fundamentalist Muslims bent solely on setting up an Islamic state where, as painted by their political rivals, non-Muslims could face a host of prohibitions?
Simple. Despite their failings and conservatism, every decision made by the Islamist party is grounded by the Quran.
It has been their supreme guide since 1951, no matter whether Malay nationalists or religious scholars helm the party.
There is also a political imperative and logic at work here. Yes, PAS could lose 5 to 10 per cent of the Malay vote but the opportunity to show non-Muslims that it is not an extremist party is priceless.
And that is what Umno fails to understand in the aftermath of the landmark ruling. PAS knows that its hardcore base of supporters will not desert it. That’s about 40 per cent of the Malay vote.
And by being firm in its principle, PAS now stands to reap support from the non-Muslims and perhaps a slice of the Christian vote that has, more often than not, backed the Barisan Nasional.
PAS spiritual chief Datuk Nik Aziz Nik Mat’s offer to host an inter-faith meeting this Jan 28 shows its confidence in handling the issue and projecting itself as a party that will take care of all people despite its Islamist outlook.
And Nik Aziz’s two-decade rule of Kelantan also reflects the party’s tolerance, if not respect, for non-Muslims. His pronouncements, policies and rulings have affected Muslims more, feeding their need for a pious life while allowing non-Muslims to worship and conduct their own legitimate affairs.
PAS’ true colours of setting up an Islamic state might still be a scary thought for some, but it might now appeal to more with its ready support of the Christians’ right to use “Allah” based on what is contained in the Quran.
Faith. It might just move mountains after all.
Thursday, September 18, 2008
Mustafa, Nik Aziz bertemu selesaikan isu 16 Sept
Manakala Mustafa yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu pula dilihat tidak yakin usaha Anwar itu akan menjadi kenyataan.
Dalam pertemuan tersebut, Malaysiakini difahamkan kedua-dua pemimpin tertinggi PAS telah memperjelaskan pendirian masing-masing dan 'hubungan mereka kini kembali seperti sediakala'
Ketika dihubungi Malaysiakini, Mustafa mengesahkan mengadakan pertemuan tersebut di Kota Bharu pagi tadi atas permintaan Nik Aziz.
Menurutnya, pertelagahannya dengan Nik Aziz itu berpunca daripada "salah faham" semata-mata.
"(Perkara ini) macam ayah dengan anak," tambahnya.
Ahad lalu, dalam ceramahnya di Taman Melewar, Gombak, Nik Aziz secara terbuka mengkritik kenyataan Mustafa yang tidak yakin pertukaran kerajaan pada 16 September.
Merujuk kepada kenyataan Mustafa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia serta wawancaranya dengan Harakah mengenai isu tersebut, Nik Aziz menyifatkan pengarah pilihanraya PAS itu "sudah menjadi lidah Umno" dan "betul-betul serupa dengan nada presiden Umno".
Malah, Nik Aziz turut menyifatkan PAS Terengganu "telah tersalah memilih seorang pesuruhjaya".
Bagaimanapun, Mustafa sebelum ini, enggan mengulas kritikan menteri besar Kelantan itu.
"Dalam pertemuan pagi tadi, (kami) bincang perkara itu (perselisihan faham) sekejap saja. Yang lain kita sembang-sembanglah," kata Mustafa.
-malaysiakini
Tuesday, September 16, 2008
Jangan hendak jadi Mat Jenin - Hadi Awang
''Janganlah hendak jadi Mat Jenin. Jika kerajaan baru tidak berteraskan Islam, Pas tidak akan berkompromi.
''Tidak kiralah sama ada Anwar atau UMNO yang akan menjadi Perdana Menteri. Ini adalah pendirian saya sebagai Presiden Pas,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
-Utusan Malaysia Online
TP - No komen... pandai-pandai la hangpa pikiaq sendiri..
Monday, September 15, 2008
Nik Aziz vs Mustafa Ali ~ Malaysiakini
Pandangan TGNA terhadap orang penting didalam organisasi PAS... ada arahan supaya kenyataan ini ditarik balik... tarik balik??? Why??? bernai kerana benar, takut kerana salah...
1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.
2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.
3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.
4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.
5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.
6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.
7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.
8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?
9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.
10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.
Mustafa Ali: Masuk UMNO Lah, Natang!
Fraksi UMNO dalam PAS telah mengkhianati Tuan Guru Dato’ Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Belum lagi rasmi isi borang keahlian UMNO kawanan ini sudah ikut perangai UMNO.
Sebenarnya, TG Nik Aziz telah pun membuat satu kenyataan media membidas kenyataan Mustafa Ali yang berniat mematahkan semangat rakyat yang ingin melihat perubahan kerajaan pada September 16.
Tetapi kerana Mustafa Ali juga adalah pengerusi lembaga pengarah Harakah, akhbar lidah rasmi PAS, maka kenyataan TG Nik Aziz itu telah di’gelapkan’.
Malah lebih teruk dari itu, fraksi UMNO dalam PAS juga telah ‘mengugut’ kakitangan Harakah yang menyiarkan kenyataan itu dalam blog mereka.
Tu dia pembaca budiman. Kita rakyat yang pro-pembangkang marahkan UMNO bila laman web pro-pembangkang dipintas. Kita marahkan UMNO kerana menyekat siaran berita mengenai pembangkang melalui akhbar arus perdana serta setesyen televisyen dan radio milek negara. Kita sakit hati bila berita tentang pembangkang atau pemimpinnya diputar belitkan.
Dan langsung tidak terlintas pada imajinasi terliar kita yang politikus pembangkang, khususnya dari PAS, pun boleh bersifat persis UMNO bila merasakan kepentingan mereka diancam kebenaran. ‘Kecewa’ atau ‘marah’ adalah perkataan paling lemah untuk membayangkan perasaan hati kita.
Di sini saya perturunkan kenyataan akhbar TG Nik Aziz bertajuk ‘Rakyat Terengganu Salah Pilih Pesuruhjaya' yang telah digelapkan oleh kawanan Mustafa Ali. Kenyataan ini boleh juga dibaca di sini dan di sini.
RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.
3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.
Artikel penuh klik [sini].
-Boneka, Penyu dan SPR